Sunday, May 20, 2018
Umno mau bangkit kaa.. Kirim salam ajalah..!
Bangkit apa... ni la muka yang membangkitkan kemarahan rakyat sehingga berkuburnya umno....Semua orang tahu, tumbangnya BN bukanlah kerana nama BN.. Tapi kerana pemimpin dan menteri-menterinya.
Dulu, bila rakyat meluah rasa, mereka bongkak. Mereka sombong. Disuruh keluar Malaysia. Disuruh tanam kangkung. Disuruh jangan ambil gula. Sambil sinis ketawa dan tersenyum.
Dulu bila rakyat meluah rasa terbeban kerana GST, mereka buat resepi entah apa-apa.. Mereka buat muka bodoh bingung dan lari. Langsung. Langsung tak endah apa yang diluah rakyat.
Setiap minggu harga petrol berubah. Turun 20 sen, naik 40 sen. Begitulah umpamanya. Katanya kerajaan tiada kuasa. Ikut harga minyak dunia. Tiba-tiba sebelum pilihanraya, turun naik harganya boleh ditangguh sementara. Mereka sangka rakyat begitu bodoh. Mereka sangka rakyat tidak mengkaji. Mereka inilah sebenarnya yang menumbangkan parti mereka sendiri.
Bayangkan, 9 Mei lalu, rakyat keluar dengan niat "AKU MAHU BN KALAH!". Lantas sekalian rakyat melupakan siapa calonnya. Mereka tidak kisahkan siapa muka wakil rakyat mereka. Yang mereka mahu lihat cuma logo PARTI KEADILAN RAKYAT lalu dipangkah mereka.
Calon-calon BN bukan semuanya buruk. Ramai juga calon yang berkaliber. Tapi rakyat mahu yang di atas itu turun! Maka mereka terpaksa mengorbankan calon yang bagus-bagus. Asalkan bukan lagi BN memerintah! Begitulah marahnya mereka dengan parti yang sekian lama mempersenda mereka.
Hari ini rakyat bersorak. Nyata, rakyat sudah geram dan amat marah. Sehinggakan tumbang parti keramat. Sejarah hari ini akan mengajar. Bukan setakat BN, tapi sesiapa pun yang berkuasa. Bahawa rakyat boleh. Rakyat mampu. Dan rakyat berani untuk berubah, kalau sikap bongkak tidak dipatah.
Sazali Lie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment