Sunday, July 29, 2018

Umno turunkan had umur dari 18 kepada 16 tahun

Umno turunkan had umur dari 18 kepada 16 tahun
KUALA LUMPUR - Umno memutuskan turunkan had umur ahli kepada 16 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras untuk memenuhi hasrat akar umbi Umno dan bagi memastikan beberapa perubahan dapat dilakukan pada struktur organisasi parti itu.

Menurutnya, Umno juga perlu bersiap sedia memperkukuhkan parti dalam menghadapi cabaran lebih besar pada masa akan datang.

"Kami juga merasakan bahawa umur belia yang diktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa ialah 15 tahun.

"15 tahun itu dikira umur belia dan kita ambil setahun lebih lewat berbanding definisi sebenar umur belia," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, sebentar tadi.


Sementara itu, Ahmad Zahid juga menyatakan Umno akan melakukan pemutihan terhadap ahli parti.

"Kita akan keluarkan ahli parti yang telah meninggal dunia ataupun yang telah tinggalkan Umno.

"Ini penting untuk melihat jumlah sebenar ahli parti dan kita mahu jumlah yang akumulatif dan bukan jumlah yang kuantitatif," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...