Tuesday, November 19, 2019
Tanjung Piai - Benarkah Melayu Jatuhkan Melayu?
Tanjung Piai terjemahkan 1001 cerita
MELAYU JATUHKAN MELAYU
Oleh Norman Liverpool
Tanjung Piai mempunyai 1001 satu hikmah kpd mereka yg ingin berfikir. Bagaimana hukum hakam dilelong begitu sahaja, bagaimana bijak pengundi Cina dan bagaimana begitu mudah Melayu diperbodohkan. Terserlah kata Abdullah Munsyi, Zaaba dan Hamka itu benar. Org Melayu boleh dianggap pemikiran kelas kedua.
Dlm tempoh 24 jam keputusan PRK Tg Piai pelbagai andaian faktor kekalahan diulas. Ada betul atau tidak. Malah apa yg dikatakan kerajaan PH ini tidak menunaikan janji, menipu dan bermacam lagi ia hanya sekadar persepsi.
Sedangkan kerajaan BN yg memimpin selama 60 tahun lebih banyak menipu, tidak menunaikan janji dan lebih teruk dari itu rasuah beratus billion. Ada org Melayu ambil peduli?
Hadi hanya ingin membalas dendam peribadi dan mencapai cita2 nya. Pengakuan Hadi hudud mustahil utk dilakukan di negara ini membuktikan dia meniagakan hukum utk agenda politiknya. Sdgkan dgn menggunakan hujah tersebutlah dia menghalau bekas2 pemimpin PAS dan keluar dari Pakatan Rakyat.
Najib pula sanggup menebalkan muka dgn harapan dia berjaya mengubah kerajaan utk dia bebas dari hukuman rasuahnya yg mampu memenjarakannya bertahun lamanya. Jika dia fikirkan soal rakyat dia tak mencuri berpuluh billion iaitu jenayah paling hebat dlm sejarah dunia.
UMNO sgt bijak mempergunakan PAS utk kepentingan politik mereka. Hadi tahu dia sdg dipergunakan tetapi cita2 peribadinya mengatasi segalanya. Bagi saya nasib PAS akn jadi seperti digambar. Sebelum ini pun seorang pemimpin PAS dilihat dipinggirkan, selepas kejayaan juga pemimpin PAS seperti dipinggirkan. Akhirnya hilang pemimpin Melayu yg warak di Parlimen kerana dijatuhkan oleh pengundi2 Melayu sendiri.
Keputusan PRU Tg Piai, yg membimbangkan saya bukanlah soal janji kerana dari penilaian saya walaupun PH baru memerintah 500 hari, kerajaan ini banyak melakukan kebajikan kpd rakyat.
Penghapusan GST, mengawal harga minyak dgn baik, harga barangan runcit dan basah terkawal, subsidi dan bonus kpd rakyat... negara berkebajikan itu berjaya dibuktikan walaupun kekangan hutang yg sgt dasyat ditinggalkan.
Yg membimbangkan saya ialah mengenai org Melayu. Bohong jika Melayu tuntut pasal janji sb UMNO dulu byk janji tak ditunaikan. Yg kita bimbangkan Melayu masih ditahap pemikiran kelas kedua.
Ada dua faktor utama kenapa org Melayu akan terus tertinggal dan tidak faham kehendak sesebuah negara. Faktor utamanya ialah mudah percaya kpd persepsi dan faktor kedua taksub. Bukan soal pengurusan, jika soal pengurusan diambil kira PH jauh lebih baik.
Jadi saya lebih suka mengajak rakan2 berfikir mengenai sikap org Melayu. Tidak guna kita cari salah sana dan sini sdgkan kita tidak mahu ambil tahu senjata mudah yg lama sudah dikesan oleh Inggeris dan UMNO kelemahan bangsa Melayu ini.
Kemenangan BN faktor kedua, kekalahan PH juga faktor ketiga. Yg lebih penting dari itu sampai bila org Melayu boleh dibodohkan begitu mudah?
1. Melayu sejak zaman Parameswara sgt mudah dijajah. Tidak seperti Siam yg bijak menjaga maruah negaranya dgn memberi kerjasama dgn kuasa2 besar. Kisah sikap negatif Melayu yg sukar berubah ini telah dizahirkan oleh Abdullah Munsyi di dlm buku Kitab Pelayaran Abdullah Munsyi dari Singapura ke Kota Bharu. Kata beliau " Aku melihat org Melayu ini sukar ditegur... jika aku menegurnya nescaya mereka akan mengikat aku dipokok dan mengetuk ngetuk kepala ku."
2. Hamka Ulama Besar di rantau ini banyak terguris dgn sikap org Melayu yg tidak mahu memperluaskan ilmu. Akhirnya mereka mudah jumuk atau taksub kpd individu2 tertentu. Islam diwarisi begitu sahaja tanpa mahu memperluaskan. Contoh seperti doa Qunut. Isunya simple tetapi ia menjadi besar apabila dimomok oleh Ulama kolot. Ulama besar ini bila ditanya mengapa dia tidak mahu membaca doa qunut ketika menjadi Imam... jawab Hamka," Dulu aku hanya membaca satu kitab tapi skg aku membaca byk kitab dan ternyata ilmu Islam itu sgt luas." Tersirat Hamka memperli sikap org Melayu yg malas membaca, berfikir dan mencari ilmu yg baru.
Dalam satu isu lagi terutama di dlm buku karya beliau Tafsir Al Azhar.... buah fikirannya byk ditentang oleh Ulama2 yg kolot. Hingga waktu beliau berjalan di Medan anak2 muda yg terpengaruh dgn Ulama kolot mencercanya dgn memanggil beliau dgn panggilan Ulama Roman Van Der Wijck' kerana pemikiran Hamka berbeza dgn mereka yg kononnya bergelar Ulama.
3. Zaaba insan yg hebat dianugerah kpd umat Melayu sebelum Hamka dan selepas Abdullah Mursyi. Zaaba berkata ajaran Islam yg diajar oleh guru agama skg telah membuat masyarakat Melayu ketinggalan ke belakang. Tokoh ilmuan dan agama ini menceritakan byk sebabnya kerana sikap org Melayu yg malas mencari ilmu utk merubah bangsa ini.Dlm artikel Jalan Keselamatan Melayu Bagi Org2 Melayu' antara topik yg dibicarakan ialah mengenai rajinnya org Cina. Org Cina bukan setakat rajin bekerja tetapi rajin membaca dan mencari ilmu. Kata Zaaba kepandaian org Melayu bagi kereka hanya cukup tahu menulis dan membaca dan boleh bekerja sebagai kerani. Moral dari kata2 3 tokoh hebat rantau ini... org Melayu mudah diperbodohkan dgn persepsi kerana sikap malas berfikir dan mencari ilmu.
4. Berdasarkan kpd hujah2 tersebut apa yg berlaku di Tg Piai bukan mengejutkan bila org/ Melayu luar bandar mudah dipergunakan oleh bijak pandai yg mempunyai agenda peribadi. Mana mungkin bangsa di dunia lain boleh menerima kerajaan yg sgt korupsi utk diangkat semula... Mereka terpedaya dgn hujah pemimpin yg selama ini mencuri berbillion harta rakyat sehingga menyusahkan diri mereka.
5. Org Melayu masih tertinggal dgn bangsa Cina. Org Melayu menuduh bangsa Cina 'racist' kerana menyokong DAP. Sebenarnya tidak... bangsa Cina 60 tahun lamanya menyokong MCA tetapi kerana ekonomi merudum disebabkan dirompak beratus billion hingga menjejaskan perniagaan mereka, akhirnya bangsa Cina mengambil pendekatan swing 360% dgn memilih PH dan bukan DAP dlm erti kata sebenarnya. Org Cina tak kira apa nama bentuk persefahaman antara parti yg penting bagi mereka BN mesti dijatuhkan ketika PRU lalu utk ekonomi mereka.
6. Kemenangan PRU yg lalu sebenarnya ia byk dibantu oleh pengundi bukan Melayu termasuk di Sabah disamping 40% org Melayu yg boleh dianggap sebagai golongan intelektual iaitu yg tahu mengenai isu sebenar dan tahu menggunakan hak mereka. Lalu PRK Tanjung Piai org Cina menunjukkan kebijaksanaan mereka dgn memenangkan calon bangsa Cina. Sekurang kurangnya bajet Parlimen ( walau tidak sebanyak MP kerajaan ) akn ke arah mereka dan pemimpin Cina diangkat. Tanya org Melayu Tanjung Piai apa yg mereka dpt? Mereka terpaksa menunggu 3 tahun lagi utk sebarang pembangunan di kwasan mereka. Sedangkan penduduk Cameron Highland dan Semenyih yg memilih BN... apa yg mereka dpt dan tertunai sudahkah janji PRK BN? Pastinya tidak kerana mereka bukan kerajaan.
7. Org Melayu PAS boleh saya anggap sebagai kasta Melayu paling rendah pemikiran mereka. Tahap pendidikan dan pergaulan seperti ditekan oleh Zaaba telah menjadikan puak ini sebagai golongan Melayu yg mudah dipergunakan tanpa mahu berfikir. Hikmah disebalik PRK Tanjung Piai kpd yg tidak hitam hatinya ( taksub ) dpt melihat bagaimana PAS melelong hukum hakam dgn begitu murah. Bila di Cameron Highland wajib memilih calon Islam, bila di Tg Piai sebaliknya pula. Malah disertakan pelbagai dalil utk menyakinkan pengikut2 nya yg mencari jalan singkat ke syurga. Akhirnya PAS akui dlm pilihanraya bukannya kita mahu memilih Imam tetapi memilih individu yg layak.
8. PRK ini sebenarnya memang dlm jangkaan ia akn memihak kpd BN. Ini kerana kemenangan PH dulu sgt tipis. Apatah lagi apabila PAS bersubahat memihak kpd calon MCA. Cuma keputusan sgt mengejutkan bagaimana BN boleh menang dgn majoriti yg sgt besar. Post morterm yg jujur mesti dilakukan dgn segera.
9. Dalam PH strategi sgt lemah. PH menang dahulu kerana kebencian yg amat sgt bangsa Cina dan 40% golongan intelektual Melayu kpd kerajaan korupsi BN. Mereka lupa fokus kpd Melayu yg malas berfikir... yg hanya suka melepak di kedai kopi, yg malas membaca apatah lagi berfikir mereka mengundi kerana namanya Melayu. Kelompok ini mudah dimainkan isu perkauman hingga meredhakan bumi Melayu ini dijual oleh bangsanya sendiri. Berbeza bangsa Cina yg dibenci mereka itu di mana di China kpd mereka yg makan rasuah... hukuman bunuh boleh dikenakan.
10. Dgn hanya melahirkan persepsi ( mengada adakan cerita ) begitu mudah org Melayu lupa bagaimana Najib mencuri berpuluh puluh billion. Di depan rakyat dgn mudah Najib konon mahu namanya dibersihkan sdg di mahkamah dia lah insan penakut dgn berdolak dalih utk hadir ke mahkamah. Barangkali Najib mengharapkan kesnya mampu ditangguhkan sehingga berlaku perpecahan dlm PH pada Mei 2020 utk dia pula 'diampunkan'. Jika sikap org Melayu seperti bangsa negara2 maju pastinya Najib tidak akan berani lagi berhadapan dgn rakyat. Kesalahannya bukan fitnah, ia adalah bukti2 yg berjaya dibuktikan oleh SPRM. Inj menunjukkan org Melayu tak faham cerita di mahkamah tersebut atau org Melayu tidak merasakan rasuah berbillion ringgit itu satu masalah kerana ia sudah menjadi satu budaya.
PH PERLU ADA STRATEGI...
1. Kelemahan kerajaan PH bermula dari PM sendiri. Sikap Tun yg dilihat gagal meningkatkan ekonomi selain sikap berdolak dalihnya utk menyerahkan jawatan PM membuatkan 'mood' utk pengundi sgt negatif. Apatah lagi Tun juga masih berperangai seperti PM4 dgn menggunakan kuasa eksekutifnya dgn menlindungi individu2 tertentu daripada dibawa ke muka pengadilan. Malaysia Baru dilihat hanya gula2 pemimpin sdgkan ia hanya diamalkan oleh PM dan kroni2 nya.
2. Kerajaan PH mesti berani utk meminta Tun Mahathir berundur. Jika tidak kerajaan PH ini akan menerima nasib yg sama dgn BN kerana tidak berani meminta Najib Tun Razak berundur. Perlu ingat, jika Najib berundur belum tentu PH akan memerintah. Ini faktanya dan di Tg Piai membuktikan kekalahan BN bukan kerana faktor Tun Mahathir tetapi faktor Najib.
3. Selepas Tun diundurkan, PH terpaksa memulakan strategi yg baru. Kemenangan BN di Tg Piai usah dibimbangkan sgt kerana pengundi Cina hanya sekadar memilih bangsanya kerana menang dan kalah tidak mengubah apa2 pun politik tanahair.
4. PH mesti pecahkan peranan parti seperti pasukan bola sepak. Ada penyerang, ada pemain tgh dan ada penjaga golnya. Seperti BN, UMNO peranannya sebagai pembela Melayu, MCA pembela Cina, MIC pembela India dan parti Sarawak dan Sabah membela rakyat negeri masing2. PKR mesti bertindak sebagai parti yg menyatukan semua kaum. Parti yg sentiasa bercakap mengenai perpaduan kaum. Parti yg membangkitkan semangat Nasionalisme.
5. DAP perlu menjaga kepentingan bangsa Cina dgn tidak bertindak bodoh meminta berlebih lebihan sehingga menyentuh kepentingan hak2 org Melayu. Mesti difahamkan permintaan yg melampau dari kaum Cina tidak akan dipenuhi oleh BN yg diketuai UMNO dan PAS yg kuat semangat racist mereka. Kawal mulut2 celupar MP DAP utk bijak berpolitik dan menjaga sensitiviti org Melayu. Beritahu kpd bangsa Cina, jika mereka keterlaluan sdgkan ekonomi negara menjamin perniagaan mereka tidak mustahil negara ni akan diperintah 100% parti Melayu yg hanya menjaga kepentingan Melayu.
6. Bersatu mesti bertindak sebagai parti yg menjaga kepentingan org Melayu. Pemimpin Bersatu mesti menyakinkan org Melayu betapa penting menjaga PH sebagai sebuah kerajaan yg bersih dan berkebajikan. Bersatu mesti dilihat sebagai hero Melayu tetapi tidak keterlaluan. Fokuskan kpd golongan penduduk luar bandar kerana Melayu Bandar tidak perlu diyakinkan lagi.
7. Amanah mestilah bertindak sebagai pengganti PAS. Amanah mesti menggunakan media dan platform sebagai kerajaan utk menjelaskan Islam yg sebenar. Malah bertindak kpd pemimpin2 PAS yg menyalah gunakan fatwa agama. Mengapa Dr Asri, Dr Rozaimi, Dr Daniel dan beberapa nama lagi intelktual agama yg sebelum ini banyak menyokong ideal Islam rahmatan alamin ini dipinggirkan malah dimusuhi. Inilah kelemahan Amanah yg mana tidak ramai ahli2 agama menyertai mereka tetapi tidak mahu menggunakan platform sebagai kerajaan utk agresif dlm mengajak masyarakat berfikir ke arah Islam yg lebih terbuka dan progresif.
8. PH mulai skg wajib menggunakan segala media yg ada di negara ini bukan sahaja utk marketing kebaikan2 yg dibuat PH malah gunakan utk melemahkan parti lawan. Ingat utk golongan B40 yg ramai di kampung2 mereka tidak mampu berfikir soal korupsi. Malah korupsi pun mereka tidak faham... jelaskan maksudnya rasuah. Golongan ini juga paling ramai yg menonton dan percaya Berita RTM dan TV3 adalah berita sahih. Jika mereka ada Astro sekalipun kelompok ini bukan ingin menonton Berita Awani tetapi ingin menonton Kilauan Emas dan Gegar Avanza. Pengetahuan mereka mengingati nama2 penyanyi dan gosip artis lebih mendalam dlm memikirkan soal ekonomi dan pengurusan negara.
9. Jika setiap hari dgn baki 1000 hari PH membongkar rahsia keburukkan yg dilakukan kerajaan dahulu, saya yakin kerajaan PH akhirnya mampu mem'branding'kan ke pemikiran org Melayu betapa dasyatnya kemusnahan yg dilakukan pemimpin2 BN dahulu. Senjata dan peluru di tangan mengapa hanya menggunakan keris?
10. Moralnya PH seperti saya ulaskan tadi mesti mengambil dua pendekatan ini. Bagaimana mengatasi persepsi dan ketaksuban dgn menggunakan media massa. Langkah utama diambil selain itu Majlis Presiden PH mesti berani berterus terang kpd Tun utk beliau berundur. Zamannya sudah berlalu. Lin Dan, Chong Wei dan Nicol David pun tidak mampu mengulangi kejayaan mereka begitulah juga Tun. Lantik segera Anwar sebagai PM dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan. Kerja kuat utk tanamkan di pemikiran org Melayu rasuah itu amalan paling jahat. Negara yg kuat amalan rasuahnya tidak akan menjadi hebat seperti negara2 maju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DIULANGI - Najib pula sanggup menebalkan muka dgn harapan dia berjaya mengubah kerajaan utk dia bebas dari hukuman rasuahnya yg mampu memenjarakannya bertahun lamanya. Jika dia fikirkan soal rakyat dia tak mencuri berpuluh billion iaitu jenayah paling hebat dlm sejarah dunia.
ReplyDeletesAYA KONGSIKAN KOMEN DR MAZA YANG DIUCAPKAN DI SEBUAH IPTA BERTAJUK : Keputusan PRK Tanjung Piai ~ Drmaza https://www.youtube.com/watch?v=C4zuN1DFSaQ&t=5s
Ko crita najib menvuri ko ade bukti ker...saksi dlm mahkamah tak ade bagi bikti najib mencuri. Saksi hanye ceritakan najib sangat rapat dgn jho lo....tapi mana jho lo ?...kenape madey tak mau tangkap dan dakwa jho lo?..
DeleteTak de bukti boleh ke masuk mahkamah? bukti apa lagi yang tuan nak? kapal, kapal terbang, lukisan, apartment mewah, duit dah dirampas atau dibekukan? kalua tak de bukti, najib dah dibebaskan le tuan..ni kenapa kena bela diri????
DeleteMadey tipu manipestol satu persepsi?....penulis ni kaki putar alam....nak nafikan benda yg sudah jelas...
ReplyDeleteMelayu pon cedik jugak...penulis mcm madey masih beranggapan melayu bodoh...
Rakyat zahirkan rasa kaciwa dan mahu ajar madey melalui peti undi...
Kalau DAP yg bertanding DAP pon akan tumbang....DAP sudah tahu kemarahan melayu cina india dan orang asli di tg Piai kpd madey.....