Thursday, June 18, 2020

KENAPA DAP KALUT SANGAT NAK JADI KERAJAAN?


 #Rupa-rupanya seluruh DAP mahukan Tun M jadi PM? Mari kita #HASUT DSAI utk bertegas TOLAK Tun M.

1) Sebelum ini saya telah kritik #sebahagian dari Amanah lalu saya diserang dan dimaki hamun dituduh mahu adu domba dan memecah belahkan PH. It's ok. Itu juga yg pernah berlaku pada tahun 2015 sewaktu saya mula-mula mendedahkan Kartel. Org biasanya takut pada perkara yg mereka tidak faham.

2) Saya penuh sedar yg tulisan saya mengkritik DAP ini akan mengundang maki hamun dari pentaksub-pentaksub DAP yg menyangkakan parti itu sesuci embun pagi. DAP sebenarnya sedang menunjukkan sikap #Abg_Long mereka ke atas DSAI dan PKR. Ini adalah tembelang terbaik yg mereka sdg tunjukkan.

3) MySalam 200 juta kali RM kpd DAP. 😅 Cara DAP membuat desakan terbuka ini hanya beri peluru kpd PN dan M(B)N utk tambah jahanamkan lagi imej PH dan "mengesahkan "NARATIF" UMNO-PA$ bahawa PH kononnya dikuasai oleh DAP. Terrima kasih 400 juta kali RM pula buat DAP. Izinkan saya menambah garam pada luka itu.

4) Apa yg DAP kalut sgt nak jadi kerajaan? Bukankah di dalam Mesyuarat MP PH dulu apabila SUA Bersatu waktu itu Marzuki Yahya membayangkan akan keluar dari PH maka wakil Amanah dan DAP kata mereka tak kisah jadi pembangkang sebab dah biasa jadi pembangkang? Tiba2 bagi alasan nak dapatkan mandat rakyat pula? Kalau begitu, dulu otak letak di lutut kah bila menempelak Marzuki? Skrg dah tak suka dan tak tahan nak jadi pembangkang ke sehingga sanggup mengangkat semula seorang yg telah meletak jawatan PM? Bukankah org yg sama yg bertanggungjawab merancang plot yg menjatuhkan PH dulu?


5) DSAI yg menenangkan Mesyuarat itu dan sekali lagi mengorbankan hak dia yg dijanjikan, sehingga skrg tidak kelamkabut pun nak jadi kerajaan semula. Beliau lebih tenang dan mahu dipastikan Agenda Reformasi mesti akan berlaku.DAP tak perlulah nak beretorik dan kata kononnya dah lama sokong DSAI jadi PM hanya kali ni nak Tun M jadi PM. Berhentilah kelentong penyokong. Hakikatnya DAP hanya menyokong DSAI jadi "CALON" bukan jadi "PM".

6) Apa yg Tun M akan bagi pada DAP jika dia jadi PM semula? Atau apakah yg Tun M dah "pegang"? Jgn bengang, saya hanya bertanya sbb musykil shj. Kenapa dlm keinginan "merampas semula mandat rakyat" DAP boleh melupakan Prinsip REFORM dgn mahu mengangkat seorg warga emas berusia 95 thn yg tak pernah REFORM perangainya? Org ini kah yg DAP harapkan utk melaksanakan REFORM?

7) DAP tak payah bagi alasan kononnya sebab DSAI akan dijadikan TPM, apa DAP lupa apa yg berlaku pada 1998? Berapa pasti DAP bhwa itu tidak akan berlaku lagi? Apa jaminan DAP jika ia berlaku lagi DAP dapat membela DSAI ketika itu? Sewaktu Tun M melanggar segala prinsip PH dalam perlantikan Menteri Kabinet, Ketua Agensi dan Pegawai Kanan Kerajaan apa yg DAP boleh buat? Menikus?

8) JIKA dulu DAP terbukti menikus bila mulut penuh sagon apa yg membuatkan rakyat boleh yakin yg DSAI akan dibela jika dianiaya lagi? Kenapa DAP sebut 6 bulan shj utk Tun M jadi PM? Kenapa tidak sebut 12 bulan diminta oleh Tun M dan kemudiannya Shafie Apdal bertegas utk Tun M jadi PM sehingga habis penggal?

9) Selama Menteri DAP dalam MoF berapa banyak hutang2 Kementerian telah dibayar kepada byk syarikat2 pembekal, perunding, kontraktor bumiputera yg kebanyakannya sudah tidak lagi mampu membayar gaji pekerja mereka sejak tidak mendapat payment dari era Kerajaan BN? Panjang kalau saya nak tulis mengenai hal ini. Oleh itu DAP janganlah bagi alasan mandat rakyat, mandat penyokong atau demi rakyat? Sykrt2 bumiputera yg tidak dibantu dan dibayar tu bukan rakyat ke? Saya tanya jer tapi mesti ada pentaksub DAP kata ini isu perkauman. Terpulanglah tapi dlm isu seperti itu ia melibatkan keadlan jika anda mahu melihatnya secara lebih objektif.

10) Dalam kesempatan ini, saya dengan ini mengajak anda semua supaya #MENGHASUT DSAI dan PKR jangan berganjak dengan pendirian asal PKR MENOLAK Tun M sebagai PM. DSAI punya banyak Option sebenarnya. Yg tersepit adalah Tun M dan PM Yiddin. Biarkan Amanah dan DAP sendiri yg lantik Tun M jd calon PM kita tgk ke mana arah mereka mahu pergi? Kalau jadi kerajaan dgn menggadai prinsip, ia hanya sementara tapi akan kalah bila tiba PRU15 nanti.DSAI jgn sesekali tunduk kpd kemahuan DAP atau DSAI akan digelar oleh penyokong2 UMNO-PA$ sbagai #BARUA_DAP dan kami dibawah ini setiap hari akan dipanggil sbgai #DAPig

11) Saya pernah menulis tentang keberangkalian Amanah dan DAP meninggakan PKR utk membentuk Kerajaan. Jangkaan saya, mengikut kiraan logik, kumpulan mereka hanya mampu meraih 88 sokongan MP dan tersangkut utk mara kecuali bekerjasama dgn PA$ dan UMNO? Sanggupkan mereka? JIKA samggup, silakanlah. Artikel saya itu boleh dibaca di sini : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/906130853224633

12) "Biar mati berdiri daripada hidup melutut" pada Tun M. Semua alasan konon demi rakyat demi negara itu adalah auta dan temberang Politikus shj, jangan percaya atau kita akan dimangsakan mereka.

Wallahualam

"MySalam 200 juta kali RM buat DAP"
- Zus Din
17 Jun 2020

**NOTA ADMIN : JIKA ANDA MAHU MAKI HAMUN SAYA, BOLEH MAKI DIRUANGAN KOMEN DI BAWAH.😅😄
****************************************

Dr M jadi PM, Anwar timbalannya - DAP gesa PKR nyatakan pendirian
17 Jun 2020
Hariz Mohd & Ng Xiang Yi
Diterbitkan Hari ini 8:02 pm

EKSKLUSIF | DAP hari ini mendedahkan perancangan berkenaan kebuntuan dalam "PH plus" dalam soal calon perdana menteri.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, beberapa minggu ini PH dan sekutunya telah meneroka dua kombinasi bagi jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
Kombinasi pertama melibatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.

Bagaimanapun ia tidak menerima sokongan daripada sekutu PH dan justeru cadangan baru dibangkitkan, iaitu Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dengan Anwar sebagai timbalannya.

Loke berkata, DAP, Amanah, Warisan dan anggota Parlimen yang menyokong Mahathir setuju dengan pilihan kedua dalam satu mesyuarat pada 9 Jun dan ia ditegaskan pada 13 Jun.

Dengan mengambil kira perkara itu, beliau menggesa PKR agar tidak berlengah dan menyatakan pendirian berkenaan perkara itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri pengangkutan itu berkata PKR sepatutnya menyatakan pendiriannya semalam (16 Jun) tetapi setakat ini ia belum disampaikan.
Katanya, penting untuk PKR menyatakan sama ada parti itu bersetuju atau tidak dengan cadangan itu.
"Perlu ada hala tuju jelas berkenaan langkah ke hadapan. Tidak boleh ada ketidakpastian...Sebaik saja kita buat keputusan, kita boleh melangkah ke depan. Inilah pendirian DAP.

"Kami memutuskan untuk bercakap (secara terbuka) hari ini kerana kami mahukan keputusan. Kami mahu tarikh akhir ditepati dan tidak mahu sebarang kepimpinan yang tidak tegas dalam PH," katanya.
Terdahulu hari ini, Anwar memohon maaf bagi pihak PH kerana belum dapat memuktamadkan calon perdana menteri.

'Warisan bantah kombinasi Anwar-Mukhriz'

Sementara itu, Loke berkata beliau diberi kuasa oleh DAP untuk menyatakan secara terbuka perincian rundingan dalam "PH plus" kerana tarikh akhir 13 Jun untuk PKR sudah berlalu.
"Kini masanya untuk meletakkan hal ini dalam perspektif. Kami tidak mahu penyokong kami dalam keadaan terawang-awang. Perlu ada hala tuju jelas daripada kepimpinan. Semua orang keliru dengan apa yang sedang berlaku.

"DAP sedia untuk bercakap kerana tarikh akhir telah berlalu semalam. Kami ada tanggungjawab untuk memaklumkan penyokong, anggota Parlimen dan ahli berkenaan apa yang berlaku dan pendirian parti," katanya lagi.

Loke menjelaskan bahawa DAP konsisten menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri sejak 7 Januari 2018, ketika Bersatu menyertai PH.

Pada hari itu, penandatangan untuk keempat-empat parti menyatakan mereka menyokong Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar akan menggantinya.

Sebaik saja selepas "Langkah Sheraton", kata Loke, PH sekali lagi menegaskan sokongan kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baru tetapi ketua pembangkang itu tidak dapat menarik sokongan yang mencukupi.

Susulan itu, PH setuju untuk menyokong Mahathir sebagai perdana menteri baru, tetapi ia sudah terlambat memandangkan Istana Negara telah memutuskan pada 29 Februari bahawa Muhyiddin Yassin memiliki cukup sokongan untuk menjadi perdana menteri baru.

Selepas pertukaran kerajaan, Loke berkata parti-parti dalam PH serta sekutu mereka meneroka kemungkinan untuk membentuk semula kerajaan demi memenuhi mandat pengundi.

Katanya, mengambil langkah sebaliknya merupakan suatu yang tidak bertanggungjawab.

"Bagi DAP, kami tidak boleh mengecewakan penyokong kami. Jadi kami perlu mendapatkan semula mandat rakyat.

"Kami tidak akan kata kami sedia untuk kekal sebagai pembangkang kerana rakyat mengundi PH untuk menjadi kerajaan.

"Mandat kami telah diambil, maka kami perlu cuba yang terbaik untuk mendapatkannya semula," katanya lagi.

Ketika peringkat awal perbincangan, Loke berkata PH telah mencadangkan kombinasi Anwar-Mukhriz tetapi Warisan tidak setuju dan maka kombinasi Mahathir-Anwar dibangkitkan.
Shafie Apdal

Beliau berkata Warisan tegas mahu Mahathir memimpin kerana parti itu percaya beliau mampu mendapat jumlah sokongan yang diperlukan untuk membentuk majoriti.

Mahathir juga mencadangkan beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

"Bagi kami, dua pilihan telah pun dibincangkan oleh PH, dan pendirian alternatif (fallback position) kami adalah untuk Mahathir memimpin dan kemudian Anwar mengambil alih selepas satu sela masa.

"Selepas keputusan itu, kami memutuskan bahawa kini terpulang kepada Anwar sama ada beliau setuju atau tidak. Tarikh akhir sepatutnya semalam. Setakat ini kami belum mendengar apa-apa keputusan daripadanya," katanya lagi.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...