Thursday, June 18, 2020

Melayu tak takut, tapi ditakutkan Najib yang takut ke penjara...!!!

DAP akan hancur orang Melayu – demikian dakwaan Najib dan Muhyiddin.


Apakah benar orang Melayu mudah dihancur sehingga sebuah parti politik pun boleh hancur orang Melayu.

Apa buktinya dalam sejarah orang Melayu dihancur.

Bagi Melayu yang takut dihancur ingin saya rujuk kepada sejarah orang Melayu.

Ya. Memang mereka lemah dari segi kewangan. Tetapi mereka tidak hancur. Diserang dan ditawan oleh Portugis, Belanda dan British. Melayu tidak hancur. Ditawan sebahagian oleh Siam, Melayu tidak hancur. Dikuasai oleh Jepun bangsa Melayu terus kekal tidak jadi seperti tamadun Egypt yang sudah hilang, tamadun Greek (Yunani) yang runtuh, tamadun Rome, tamadun Aztec, tamadun-tamadun asli Amerika Tengah dan Selatan yang dihancur dan banyak lagi.

Semasa semua tamadun dan negara-negara ini muncul, tubuh dan diri tamadun mereka bangsa Melayu berada dan turut berada

British balik dan cuba rampas Tanah Melayu – mereka gagal

Melayu tuntut kemerdekaan dari sebuah kuasa besar, berjaya

Setelah ambil alih negara, pentadbiran Melayu selamatkan negara dari gerila komunis – mereka diri Kerajaan yang berwibawa, maju berbanding dengan tanah jajahan orang Eropah yang lain, yang hancur jadi serbuk, tidak stabil, tidak maju, tetapi Malaysia dapat ditadbir dengan baik, maju dan Melayu tidak hancur.

Orang Melayu memalukan British apabila paksa British gugurkan Malayan Union setelah dirasmi hanya dua tahun.

Apabila merdeka pada 1957, Malaysia diancam dengan gerila komunis. Pentadbiran Melayu yang ambil alih dari British berjaya mengalahkan pengganas pada 1960, hanya tiga tahun lepas mentadbir sendiri negara yang baru merdeka. Pentadbiran Melayu, pimpinan Melayu dapat majukan negara lebih dari British.

Pada 1969, rusuhan kaum berlaku – tidak seperti negara lain, termasuk Amerika Syarikat (A.S) kita selesai masalah dan negara terus maju.

British tidak hormat kita. Kita orang Melayu tolak barangan British dan British tunduk.

Penyangak mata wang serang kita. IMF dan World Bank nasihat supaya kita beri kuasa kepada mereka untuk tangani masalah ini. Kita, orang Melayu tolak IMF, tolak World Bank dan kita banteras penyangak mata wang dengan cara kita sendiri.

Dalam dunia kita orang Melayu sahaja yang berani tolak pendapat seluruh dunia.

Secara terbuka kita kutuk Bush kerana serang Iraq, kerana cetus rusuhan di negara-negara Islam, kerana sokong Israel. Demikian juga dengan Trump. Di UN kita terang-terang tolak pendirian U.S. berkenaan Israel.

Dalam dunia hanya pemerintahan Melayu sahaja yang tegur kuasa besar apabila mereka lakukan kesalahan.

Inilah Melayu apabila mendiri pemerintahan 96% Melayu selepas merdeka. Kita tidak takut, kita berani dan kita berjaya.

Tetapi ada Melayu yang takut kepada DAP. Konon DAP boleh hancur orang Melayu. Orang yang bacul macam ini tidak layak panggil diri mereka Melayu. Demikian juga orang yang terikut-ikut dengan orang Melayu bacul seperti ini.

DAP bukan institusi dunia seperti IMF dan World Bank. DAP hanya parti politik. Apa yang ada pada DAP yang perlu kita takut dihancur oleh mereka.

Wahai Melayu
Bersikap beranilah sedikit
Konon saya dikuasai DAP
Konon Pakatan Harapan (PH) dikuasai DAP
Tak masuk akal

Kamu ditipu oleh Najib yang takut kena penjara. Setelah ditolak rakyat, Najib mempermain ketakutan orang Melayu untuk kembali diterima ke dalam Kerajaan pintu belakang.

Dengan mengguna orang Melayu yang hendak sangat jadi Perdana Menteri, Najib berjaya. Sekarang anak tirinya terlepas. Jika rakyat tidak bantah, dan dengan izin Muhyiddin, Najib juga boleh terlepas dari penjara.

Bolehkah kita fikir Najib berusaha bantu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan dia sendiri masuk penjara.

Bolehkah kita terima Najib begitu murah hati

Fikirlah

Sumber : http://chedet.cc/?p=3103

14 comments:

  1. Replies
    1. Mereka ni selain da modal basi, da takde modal lain nak tulis, merapu sepanjang masa. Org lain da takde masa nak pikir hal dia ni.

      Delete
  2. Kalau najib takut dipenjara, kenapa dia rela masuk mahkamah, masuk kandang saksi? Kenapa dia tak ikut macam Guan Eng yang mintak kesnya digugurkan?

    ReplyDelete
  3. Apanama dia ni...Tun Mahathir ni... dah nyanyuk, jadi bongok diperkuda dek orang China, dan bersifat bangsat, tak peduli umor tua yg akan jumpa MATI.

    ReplyDelete
  4. Itu Melayu dulu. Melayu skrg lain. Tabur duit dan jawatan jadi cair. Jadi Melayu sekarang tidak mahu jadi mcm tu. Melayu sekarang sayang agama dan kesultanan.

    ReplyDelete
  5. Dulu melayu mmg kuat Tak leh dinafikan.tpi skrg mlayu A rsakkan mlyu B mlyu C rsakkan AB.. erti kta lain mlyu dh brpecah..

    ReplyDelete
  6. Nak buat berita ni kita kena singkap sejarah DAPIG ni.. Siapa yg mengetuainya.. Ke yg buat berita ni spesis khinzir gak.. Pergi cari terowong bawah tanah tu jumpa x?

    ReplyDelete
  7. Dulu hang benci Sgt dap.. La ni hang puji dap.. Hang sokong dap. Piirah tak boleh pakai punya orang. Mmg la dap tu sebuah parti politik tapi agenda dia boleh merosakkan agama Dan bangsa. Kami tak takut pun dap tu.. Cuma kami risau apa agenda tersembunyi yg sedang dirancang. INI pendapat sy.

    ReplyDelete
  8. tu cerita madet dulu masa tahap intelektualnya 98%, sekarang dh dimamah masa.......

    ReplyDelete
  9. DSN minta dibicarakan..LGE gigil lari masuk terowong mati² suruh AG gugur kes..hahahha

    ReplyDelete
  10. Bod9h punya cerita....kalau dah DAP pegang kuasa politik...habis la semua...otak tak boleh fikir che det ni.....

    ReplyDelete
  11. Ya betul melayu x akan hancur dengan DAP tapi melayu akan hidup seperti melukut d tepi gantang dek pemerintahan Dap. Tun.. Sudahlah.. melayu sudah sedar tipu helah kamu bersama Dap.Jangan nayakan bangsa dan Raja Kami !!

    ReplyDelete
  12. Dah kenal DAP nak tanya pula.
    Musuh dalam selimut orang Melayu cam PAN dan PKR..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...