Monday, September 28, 2020

Mahalnya harga PRN SABAH sampai rakyat terpaksa terkorban dek kerana COVID-19!

 

Day 194 - Mahalnya PRN Sabah. Rekod cemerlang Malaysia memerangi Covid dah tercalar, KKM ambil kira sebagai gelombang kedua Covid19 di Malaysia yang bermula sejak 7 September 2020. 


1. Selama ni, sasaran kita adalah untuk mengurangkan kes aktif. Untuk capai trend penurunan, jumlah sembuh perlu mengatasi jumlah jangkitan baru. Tapi sejak 22 hari gelombang kedua bermula, hanya 2 hari je kadar sembuh melebihi jangkitan baru. 


Hasilnya? Kes aktif sekarang kembali hampir mencecah 1000 kes dan mula menguji kapasiti hospital untuk rawatan. Dijangka hari ni kes aktif sudah pasti melebihi 1000 kes. 


2. Dulu kita risau bila angka jangkitan masuk jumlah puluhan sehari, tapi dalam 22 hari gelombang kedua, angka jangkitan belum pernah walaupun sekali turun bawah 10, malah 7 kali masuk angka ratusan jangkitan sehari. 


3. Masa PKP baru berkuatkuasa, sempadan dikawal ketat. Mula2 tak boleh keluar rumah, kemudian tak boleh rentas daerah, kemudian negeri dan sampai sekarang sempadan negara masih ditutup. Tapi PRN Sabah, ramai orang luar masuk dari semua tempat untuk mengundi, termasuk ahli politik ke Sabah untuk berkempen. Bila dah selesai, mereka ni akan nak balik ke tempat masing2 untuk teruskan urusan hidup. 


Hasilnya? 5 pusat membeli belah utama termasuk KLCC, Sunway Pyramid dan Nu Sentral dah ada kes. Ada lagi beberapa kedai termasuk cawangan bank yang juga dah ditutup. Semuanya melibatkan kes daripada orang yang telah melawat Sabah. Dah sampai ada pembentukan banyak kluster baru di luar Sabah. 


4. Belum habis kat situ. Di KLIA dan KLIA2, keadaan begitu sesak sampai penumpang perlu tunggu hingga lebih 8 jam untuk buat proses saringan. Sepanjang menunggu giliran, penjarakkan tak dapat dipastikan. 


Dengan orang yang berkeluarga termasuk anak2 kecil, duduk dalam flight, kemudian dah penat lesu, tunggu lagi giliran untuk disaring dalam keadaan berhimpit. Keadaan macam ni begitu menggalakkan jangkitan dengan mudah. 


5. Ini semua juga melibatkan kos tanggungan kerajaan. Dah la rakyat masih banyak perlu bantuan, ini pulak ditambah beban kos pengurusan semua ni yang bakal mencecah ratusan juta. Belum kira kerugian daripada perniagaan2 yang perlu tutup, jumlah orang dalam kuarantin dll. 


Ini semua gara2 pilihanraya di satu negeri. Belum ambil kira kalau ada pilihanraya di 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. 


Ini semua sebab apa? Sebab rakyat ingkar PKP ke? Bukan, tapi pergelutan kuasa sesama ahli politik. 


6. Sekarang yang terbaru, ada laungan nak adakan PRU pulak. Kerajaan PN sekarang pun ada yang tak berpuas hati dan nak ditumbangkan kalau kes mahkamah tak digugurkan, tak diberi jawatan dll. Takda ertinya semua ni kalau keputusan ahli politik hanya untuk kepentingan diri. 


Adakah PRN Sabah ni membuahkan hasil? Keputusannya majoriti tipis, lebihan dua kerusi. Gabungan yang dikatakan menang pun status pendaftaran dipertikai. Ada pulak perbincangan lompat2 lagi di kalangan yang menang kerusi. Ketua Menteri pun masih belum boleh dilantik. Seolah sia2 je ada PRN. 


Bukan wakil rakyat berkorban untuk rakyat, walaupun rakyat dah angkat dan beri elaun, jawatan, kuasa dan bermacam lagi kelebihan. Diorang seolah dah lupa Covid19 ni mengancam nyawa. 


Akhirnya rakyat jugak yang perlu berkorban untuk wakil rakyat. 

Nabil Aljeffri

#kitajagakita #pkpp

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...