Monday, September 28, 2020

Pemimpin utama UMNO tidak punya kekuatan mental dan malas untuk berfikir, serta banyak masalah!


Umno itu parti besar. Tetapi ia ibarat orang berbadan besar, tetapi boyak bila berjalan.

Mengah mengah dan terhenjut henjut dan tidak punya `arah tuju yang nyata'

Pemimpin utamanya tidak punya kekuatan mental dan malas untuk berfikir. Masalah peribadi pun besar, ditokok tambah dengan kelemahan spiritual perjuangan.

Hendak berhenti tidak mahu juga. Akhirnya Umno itu tinggal sebagai parti tempat perlindungan orang orang yang banyak masalah.

Apabila di tekan olih musuh dalaman parti atau yang dalam sesama 'coalition' nya Umno terpaksa tunduk dan mengalah.

Itu sebabnya dari awal lagi ramai mahu melihat pemimpin yang ada sekarang berundur dan berehat. Jangan nenambah masalah kepada negara dan rakyat lagi.

Cukup cukuplah tu!


Arif Atan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...