Sunday, December 20, 2020

Grand Coalition: Satu Utophia


 Grand Coalition: Satu Utophia


Saya memang nak kurangkan menulis sebab saya dah kata tempoh hari, budget 2021 adalah peluang terakhir untuk jatuhkan PN, the next round adalah pada tahun yang seterusnya untuk budget 2022. It does not matter kalau majoriti 2-3 kerusipun, tak guna bercerita pasal kerajaan rapuh selagi mereka masih jadi kerajaan. Yang penting pelabur asing dan rating kewangan asing macam Fitch bukan senang kena tipu macam SSST dengan PM yang pandai baca doa, itu tak termasuk dalam kriteria kredit rating bagi Fitch.


Nak buat koliasi grandeur pembangkang itu tak ada masalah, tapi asas dia kena betul. Ni semua perancangan sedap di mulut tapi praktikalnya entah kena mana. Macam nak campur air dengan minyak sedangkan sudah berpatah arang. 


Contoh ketua kapal layar kata pengerusi PH kena di tukar sebab gagal, yang gagal itu dia. Kalah bertanding di Pilihan Raya Negeri; kerusi nak bertanding paling banyak sekali. Lepas itu boleh bermain sentimen kenegerian, Malaya sana, Malaya sini;  xenophobic ada hati nak jadi calon PM. Kalau itu neraca yang dia pakai, dia sendiri pun kena resign dari jadi Presiden Parti Kapal Layar sebab sudah terbukti gagal pertahankan negeri dia sendiri.


Lepas itu nak salahkan Anwar sebab gagal dapat sokongan dalam parlimen. Actually kalau siapa yang ingat kata-kata Anwar, MP yang sokong dia secara tidak bersyarat; maksudnya sokong dia untuk reform bukan dengan janji untuk lepas apa-apa kesalahan mahkamah. Dan sebab Anwar true to his words dan tak offer apa-apa kickback macam Stage4, sebab itu mereka tak sokong Anwar. Itu tak masuk cerita pasal jasa Doktor IJN yang boleh rawat pesakit sakit perut. :) 


Stage4 pula belajar politik ugut itu dari siapa, dari mastermind dialah. Tengok kes 90 juta lebai dan kes kapal selam & heli H20; suh OT jawap, kenapa kedua-dua kes ini senyap tak ada bunyi langsung dalam masa 22 bulan? Lepas itu ada sahabat kata OT letak jawatan sebab tak nak bersetongkol dengan UMNO secara enbloc; tapi kenapa dia boleh terima ahli UMNO masuk parti dia dengan karpet merah lagi? Lepas itu letak jawatan tak berbincang konon-konon merajuk dengan UMNO; itu kira sudah tidak profesional, you cannot mixed personal feelings dengan urusan negara. Habis kalau dalam grand Coalition nanti, dia mai letak jawatan buat kali ke 3 tak berbincang dengan kawan-kawan macam mana pula? Asal merajuk letak jawatan, merajuk letak jawatan. Macam ini punya moody pun ada yang isim nak bergayut lagi pada dahan usang?  


Nasib baik kes Perak jadi sebab kita boleh tengok macam mana yang "berpegang pada prinsip" tiba-tiba boleh berlembut pula nak tubuh kerjaan dengan UMNO ( kalau kena ke dia takpa, tapi kena ke orang lain tak boleh macam perangai lebai). Di Perak, UMNO, DAP, Amanah dan PKR boleh kerjasana sokong jatuhkan Peja degree palsu, dan sidang dewan Perak hari tu sebulat suara sokong MB UMNO jadi MB tapi kenapa tak ada orang bising pasal prinsip?


Dia sama aje dengan parlimen; kalau Stage4 jatuh, kena ada sokongan dari existing MP untuk lantik Perdana Menteri yang baru; tapi kalau UMNO nak sokong siapapun jadi Perdana Menteri kenapa nak jadi holier than thou cerita pasal suci atau tidak? Tapi rules of thumb, kena bagi jatuh existing PM dulu; baru tau bukan senang nak jatuhkan Perdana Menteri scheme of things, siap tukar speaker dengan AG lagi demi kelestarian kerajaan tebok atap. Kecualilah ada yang sengaja letak jawatan lepas tu gila nak suruh di lantik jadi PM buat kali yang ke tiga.


Pastu tak habis lagi ada yang sindir kata mana strong, convincing dan formidable numbers; tapi depa buat-buat buta yang OT dan AR ada buat sidang media beberapa hari lepas kata kerajaan PN ada peluang tumbang waktu undi bacaan ketiga; lagi kelakar, AR tu sendiri Missing in Action waktu perang. Ces, panglima perang apa cakap berdegar-degar tapi masa perang dia ghuyub? Padahal kalau nak ikut sifir OT, takkan nak convincekan 3 orang MP kerajaan pun susah, sedangkan kawan dia AR sendiri lari dari medan perang, sembang boleh la.


Pastu ada pula pemuda yang tak cerdik, buat statement konon-konon support Grand Coalition tapi tak reti baca sentimen rakyat. Ni jenis yang gila kuasa, gila nak jadi calon kut. Kalau konon-konon nak buat Grand Coalition, nak jemput orang masuk rumah kita, pastikan yang tetamu tadi cakna dulu peraturan rumah kita, respect kena ketua rumah kita. Pasal ketua rumah kita itu kompiten ke tidak, itu kita selesaikan internally, tak payah nak bawak orang luar masuk. Ini nak bawa orang luar masuk tapi orang luar tu sendiri tak respect pada keluarga kita; does it makes any sense?


Dia yang gila nak jadi Presiden parti ini pun banyak juga, jenis playsafe lepas itu bagi machai-machai bawahan buat kerja. Jangan ingat saya tak tahu ada gerakan nak ganti abg mat tapi saya biasanya bab masalah dalaman parti ini malas nak campur. Cuma pakai penasihat yang cerdik sikit. Kalau tak ada duit nak biaya 3 parti survey, baca sentiment rakyat dekat sosial media. The moment parlimen bubar; mana-mana rakyat atas pagar akan jadi cakna politik secara tiba-tiba. Sekarang ini sosial media adalah "king"; kalau nak buat grand coalition bersama dengan orang yang dah terbukti gagal dan gatal-gatal letak jawatan sendiri ( dia sendiri tak boleh jawap bagi jawapan munasabah); macam mana nak yakinkan pengundi atas pagar yang kalau undi dia benda yang sama takkan berlaku?


Target kita adalah pengundi atas pagar. Sedangkan last week pun ada walaun buat report polis tak mahu lebai bersama jadi budak suruhan PN; bayangkan walaun ini jenis yang tak berfikir pun dah boleh nampak something is wrong dengan lebai, inikan pengundi atas pagar. Cukuplah nanti PRU15 yang akan mengundi adalah economic voters; time itu tak kisah 2 penjuru BN + PN atau 3 penjuru PH VS BN VS PN, naratif Islam terancam dan asal bukan DAP bukanlah satu reason yang kukuh untuk menang mana-mana peti undi.


LINK




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...