Sunday, December 20, 2020

ZAMAN PH HABIH SEMUA MENTERI HANGPA KECAM, ZAMAN PN SEMUA PAKAT MENGELAK TAK SALAHKAN PEMERINTAH!


 BETTER LATE THAN NEVER


Semasa PH jadi kerajaan, semua beban dipulangkan ke atas bahu kerajaan. Sajat pergi umrah pakai telekung pun salah kerajaan.


Daripada ahli akademik di universiti sampai lebai di kedai kopi, kerajaan dipersalahkan dalam isu Sajat. 


Tak terdengar pula sesiapa yang ungkit Sajat dah mumaiyiz. Tak ada pula dikaitkan dengan tanggungjawab ibu bapanya dalam pendidikan.


Semua muncung senapang dan anak panah ditala kepada kerajaan. Kononnya kerajaan PH merestui maksiat, meredai kejahatan, tidak sensitif dengan agama dan macam-macam lagi.


Jika setakat lebai kampung berkata begitu di kedai kopi, itu perkara biasa. Tapi perkataan begitu merawit sampai ke sebahagian orang yang mengaku ilmuan di menara gading.


Kini, dalam isu wanita Muslimah pemain hoki diberitakan berkahwin dengan ketua pasukan hoki India yang bukan Muslim, terdengarlah ilmuan menara gading minta masyarakat jangan salahkan kerajaan.


Kerana, gadis itu ada walinya, ada ibu bapanya dan mereka patut dipertanggungjawabkan dalam hal ini, bukan kerajaan. Tak patut kerajaan dipersalahkan. Begitu kurang lebih kata ilmuan kita.


Baguslah kalau dah sedar begitu. Maknanya tindakan kamu menyalahkan kerajaan PH dalam semua hal seperti yang kamu buat sebelum ini adalah tindakan yang tidak tepat.


Terima kasihlah sedar walaupun terlambat kerana itu lebih baik daripada tak sedar langsung. Better late than never, kata lebai kampung aku.


Zolkharnain Al-Abyadi

LINK







6 comments:

  1. Illi Najwa maklumkan suaminya telah memeluk agama Islam tahun lepas lagi. Tak rasa berdosakah menyebarkan fitnah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tetapi peranan Menteri Ugama kena peka dan maklumkan lebih awal jika betul supaya fitnah tidak timbul..

      Kenapa belum keluar kenyataan seolah belum ada pengesahan..
      Di mana dan bila peluk Islam..

      Delete
    2. Lihat video perkahwinan mereka. Sujud..... majlis resepsi ke? Tawaf 1X atau 3X atau 7X mengelilingi pelamin pengantin yg biasanya dihiasai dgn artifek pemujaan? Oops... majlis resepsi ke? Hebat sungguh ustazah ni...

      Delete
    3. Agak-agak awak semua aktiviti yang budak Illi Najwa buat untuk resepsi majlis perkahwinan dia di india tu wajib melalui teropong menteri agama? Ada berapa juta pendosa yang perbuatannya perlu dikomen ulas oleh menteri agama setiap kali berlaku perbuatan dosa? Bukankah kejadian tu berlaku di india, kenapa pulak minta menteri agama malaysia yang keluarkan kenyataan. Oh ya, pasal tarikh pemain hoki tu masuk islam (jika benar), boleh cari maklumat sendiri. Tak payah la desak menteri agama yang tolong jawabkan. Satu lagi, jangan terlalu mengira dosa orang sedangkan kita sentiasa lalai menghitung dosa sendiri.

      Delete
    4. Hang memang husnu zon. Tapi tengok tak youtube kahwin depa.Main tawaf2 dengan tok imam depa duk main kibas2. Hang petek tang mana suaminya dah peluk Islam tahun lepas? Cek pun nak tahu.

      Delete
  2. Tahun lepas menteri agama mujahidla boscow...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...