Saturday, July 2, 2022

BENARKAH BOLASEPAK MALAWI DIKUASAI "TOKONG"..?


 Tahukah anda?

1. FIFA baru sahaja mengumumkan undang-undang baharu berkaitan proses pinjaman pemain bagi mengelakkan undang-undang sedia ada dieksploitasi atau disalahguna oleh kelab-kelab kaya atau besar.

2. Berdasarkan pemahaman abang selaku mufti bolasepak Malaysia & antarabangsa, undang-undang baharu ni terpaksa diubah atau diperketatkan supaya tiada lagi pemain-pemain bolasepak hanya dimonopoli oleh kelab-kelab tertentu sahaja.

3. Misalnya, di dalam kitab undang-undang pendaftaran Malawi Football League, hanya 25 (contoh) pemain sahaja dibenarkan didaftarkan sepanjang musim liga berlangsung.

4. Manakala di dalam liga yang diuruskan Malawi Football League ada satu kelab bernama TDJ mampu & telah membeli 800 (contph) pemain bolasepak, tak kira pemain tempatan, import, warisan, naturalisasi, bapok, pondan atau khunsa dan meminjamkan 775 pemain-pemain ni ke kelab-kelab domestik atau luar negara.

5. Sementara itu, di dalam liga yang diuruskan oleh Malawi Footbal League, ada 12 kelab bertanding (termasuk TDJ).

6. Andaikata 11 kelab yang bertanding tersebut meminjam sekurang-kurangnya 3 pemain TDJ, yakni boleh disimpulkan bahawa ada 33 pemain yang dimiliki TDJ sedang aktif bermain bolasepak.

7. Abang sentiasa betul.

8. Namun harus diingat, dalam tempoh pinjaman dalam liga domestik yang diuruskan oleh Malawi Football League, 33 pemain ni mempunyai klausa atau syarat dalam kontrak pinjaman tidak boleh diturunkan dalam perlawanan rasmi liga ketika menentang kelab induk. 

9. Maka disinilah secara teknikalnya, 11 kelab-kelab yang bertanding tadi bakal menjadi lemah atau tidak mampu bersaing secara sihat di atas padang ketika berlawan bolasepak dengan TDJ, dek kerana klausa yang diaktifkan dalam kontrak pinjaman pemain.

10. Point nombor 9 di atas adalah teknik melemahkan lawan di dalam pertandingan yang digunakan oleh kelab induk secara sah, namun tidak bermoral.

11. Ini adalah sebahagian isu yang cuba dibendung oleh FIFA. 

12. Disamping itu, undang-undang baharu yang digubal ni juga bagi membolehkan atau memberi ruang & peluang kepada pemain-pemain muda untuk mendapat lebih minit permainan kompetitif.

13. Persoalan paling mustahak, mampukah atau lebih tepat lagi, beranikah Malawi Football League menerapkan undang-undang baharu FIFA ni dalam kitab undang-undang mereka untuk membolehkan 11 kelab bolasepak lain yang bertanding dalam liga domestik Malawi mampu bersaing secara adil & saksama?

14. Abang yakin, point nombor 13 di atas tidak akan mampu dilaksanakan dalam liga bolasepak Malawi kerana ... (Isi tempat kosong).

15. Anak anjing yang mengeja macam haramjadah akan di ban serta merta (arahan dari Abang Komando).

16. Manchester United bodo.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...