MAT KILAU, MAT INDERA DAN MAT SABU..
Sejak ramai bani Melayu terpana menonton filem Mat Kilau ni..Tiba tiba saja watak seperti Mat Kilau jadi Hero.. Tiba tiba orang Melayu cukup benci dengan Bristish..
Sedangkan dulu Mat Kilau, Tokku Paloh, Tok Jangggut ni dikatakan sebagai Pemberontak oleh British dan dalam buku Sejarah kita.. Malah Tok Janggut diisytiharkan oleh Sultan kelantan sebagai Penderhaka dari hasutan pembesar British..sama lah mcm kisah Mat Indera..
Dulu ingat lagi..Sebab iktiraf Mat Indera sebagai pejuang Kemerdekaan.. Mat Sabu sampai kena dakwa..Ucapan Mat Sabu tu sempena hari kemerdekaan..Mat Sabu sampai kena tangkap Polis..Siap kena hina hari hari di media media Perdana, Bukan takat tu jer.. Siap Mat Sabu berulang alik ke Mahkamah semata mata bercakap benar tentang Sejarah....
Apa Dosa Mat Indera ? Sebab dikaitkan dengan serangan Balai Polis Bukit Kepong.. lepas tu cuba kaitkan Mat Indera dengan Komunis.. Masa tu, Seolah olah.. Askar dan Polis British tu lah Hero bani Melayu..Bani Melayu yang kerja jadi Gurkha British semua jadi Hero..
Kalau Ikut Mat Kilau dan Mat Indera.. Mat Indera Lebih Alim.. Mat Indera ni Guru Agama, Bukan takat Guru Agama..Tapi Hafiz Quran.. anak guru kepada Ayah Mahiddin yasin tokoh Agama masa tu..Dia pun terpaksa lari ke Hutan sama seperti Mat Kilau.. Tu sebab dia terpaksa bekerjasama dengan Komunis lawan British.. Akhirnya Mat Indera dihukum Gantung di Taiping..
Bila Mat Kilau Jerit Allahuakhbar.. Bunuh Askar British, Kita pun pakat Bersemangat, Bila Mat Indera Bunuh askar British.. Dikata pro Komunis.. Tu belum sentuh Chin Peng hat bunuh Henry Gurney.. British Henry Gurney bukan Penjajah ?
Di Pulau Pinang siap abadikan nama Henry Gurney kat Jalan.. Kat Sekolah, siap ada Gurney Drive.. dok bangga dengan Gurney tu hangpa tau sapa Henry Gurney..?
Dia lah artkitek Penubuhan Negara Zionis Israel sebelum datang ke Tanah Melayu.. Dia bertanggung jawab membawa pendatang Yahudi dan menduduki Tanah Palestine.. Peristiwa pembunuhan beramai ramai di perkampungan Dier Yassin, Kerja dia lah..
Tapi sebab yang Bunuh Henry Gurney tu Chin Peng..Nampak buruk lah.. Cuba Chin Peng tu Melayu.. lain jalan cerita dia.. Henry Gurney dibuat Tugu Peringatan..Chin Peng , Abu mayat dia pun tak boleh bawa balik.. Punya takut dengan bayang bayang..
Patutnya kita bangga lah Chin Peng Bunuh arkitek yang Siksa Rakyat Palestine sampai hari ini.. besar jugak jasa dia..Tu sebab ada kata kata dari Winston Churchill, Bekas PM Britain sendiri... Sejarah ni Ditulis oleh orang yang Menang..“Sejarah ditulis oleh pemenang”, Orang yg Kalah.. Sentiasa jadi orang Yang Salah..
Macam cerita Sarjan Hassan, Ye lah..Sarjan Hassan tu Jadi Hero.. Yang Bersama Jepun jadi Jahat..Sedangkan Sarjan Hassan kerjasama dengan British..
Apapun penceritaan Sejarah, Samada yang bekerja dengan Bristih.. Yang Kerja dengan Jepun.. ada watak Pengkhianat kalangan Bani Melayu.. Kadang kadang yang Khianat tu datang dari pembesar sendiri..Sejarahnya Dari watak bertengkolok atau Bertanjak dan Pandai berpura pura baik.. hatta masa nak Merdeka..ada kayangan yang tak setuju.. sebab sedap makan ufti dari British..
..Rupanya Watak Khianat itu masih wujud dalam Politik Melayu hari ini.. Ada Kayangan, Ada Bangsawan hatta ada Ulama' ..malah ada Mufti yang bawa watak Khianat hari ini dalam perjuangan Rakyat Membebaskan negara dari Penindasan dan Politik Ashabiyah..
Tak payah bersemangat sangat lah bertanjak.. bertengkolok.. Tu bukan pakaian Pejuang, Silap silap tersilap pakai costume pengkhianat..!
:)
Ipohmali
No comments:
Post a Comment