Wednesday, December 23, 2020

PH SUDAH LAMA MENJUARAI "GRANT COALITION"!

 


1. PH sudah lama menjuarai "Grand Coalition". AGENDA BESAR PH ialah REFORM, Islah atau membuat pemulihan secara Institutional. Tapi dari 108 hanya 91 MP dari Keadilan, DAP dan Amanah (PH) solid di blkg DSAI dgn agenda REFORM sejak 1998. Bakinya TIDAK pun sokong DSAI dan agenda REFORM. Tiada agenda REFORM yg mengikat kita dan mereka. Selesaikan perbezaan ini dulu sebelum dok bercakap pasal "Grand Coalition".


2. Jangan seret kpd perbincangan tentang individu atau membandingkan antara mereka kerana dari 3 nama besar. Antara DSAI, Tun M dan Shafie Apdal dari sudut pemikiran, iltizam, "Political Will", kemahuan dan keazaman tinggi, terbukti komited dan kental, siapa yg paling CONSISTENT dgn AGENDA REFORM digagaskan oleh DSAI, Gerakan RFORMASI dan lsg tidak berganjak sejak 1998 meskipun dipenjara berkali-kali? Usah berbicara tentang individu TANPA MELIHAT SEJARAH DERITA MEMPERTAHANKAN PERJUANGAN REFORM.

Sunday, December 20, 2020

Grand Coalition: Satu Utophia


 Grand Coalition: Satu Utophia


Saya memang nak kurangkan menulis sebab saya dah kata tempoh hari, budget 2021 adalah peluang terakhir untuk jatuhkan PN, the next round adalah pada tahun yang seterusnya untuk budget 2022. It does not matter kalau majoriti 2-3 kerusipun, tak guna bercerita pasal kerajaan rapuh selagi mereka masih jadi kerajaan. Yang penting pelabur asing dan rating kewangan asing macam Fitch bukan senang kena tipu macam SSST dengan PM yang pandai baca doa, itu tak termasuk dalam kriteria kredit rating bagi Fitch.


Nak buat koliasi grandeur pembangkang itu tak ada masalah, tapi asas dia kena betul. Ni semua perancangan sedap di mulut tapi praktikalnya entah kena mana. Macam nak campur air dengan minyak sedangkan sudah berpatah arang. 


Contoh ketua kapal layar kata pengerusi PH kena di tukar sebab gagal, yang gagal itu dia. Kalah bertanding di Pilihan Raya Negeri; kerusi nak bertanding paling banyak sekali. Lepas itu boleh bermain sentimen kenegerian, Malaya sana, Malaya sini;  xenophobic ada hati nak jadi calon PM. Kalau itu neraca yang dia pakai, dia sendiri pun kena resign dari jadi Presiden Parti Kapal Layar sebab sudah terbukti gagal pertahankan negeri dia sendiri.

Happy Birthday COVID-19.. semoga pendek umur..

Genap setahun sejak kes COVID-19 mula dilaporkan pada 19 Disember 2019 di Wuhan, China, penyelidik dari UK menemui varian baru virus ini yang mula muncul pada pertengahan September di London atau Kent iaitu selatan England. 


Analisis awal mendapati varian ini 70 peratus lebih mudah merebak daripada varian lama yang dapat meningkatkan kadar kebolehjangkitan (R-naught) sebanyak 0.4.


Ini disebabkan mutasi atau perubahan pada protein pepaku (spike protein) yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel manusia sebelum memasukinya. 

ZAMAN PH HABIH SEMUA MENTERI HANGPA KECAM, ZAMAN PN SEMUA PAKAT MENGELAK TAK SALAHKAN PEMERINTAH!


 BETTER LATE THAN NEVER


Semasa PH jadi kerajaan, semua beban dipulangkan ke atas bahu kerajaan. Sajat pergi umrah pakai telekung pun salah kerajaan.


Daripada ahli akademik di universiti sampai lebai di kedai kopi, kerajaan dipersalahkan dalam isu Sajat. 


Tak terdengar pula sesiapa yang ungkit Sajat dah mumaiyiz. Tak ada pula dikaitkan dengan tanggungjawab ibu bapanya dalam pendidikan.

Saturday, December 19, 2020

NOMBOR TIDAK DAPAT GRANT COALITION YANG DICARI.


 

KASIAN juga dengan Anwar diasak bertubi tubi bila PH hilang kuasa.Mahathir jadi PM hilang kuasa letak jawatan tidak siapa yg gertak.Kemudian pakat pakat persalahkan Anwar. Atuk tidak dipersalahkan sama sekali.Tapi Anwar hari hari  digertak.Macam Anwar baru sehari dua dlm erana politik.


Yang pelik tu mereka desak Anwar cari  no. Jika tidak dapat no tidak layak terajui PH.Tidak ralevan. Tidak berkelayakan. Kemudian pakat pakat menyindir dan perlekehkan Anwar.

Sanggup pula menggertak Anwar jika tidak dapat no pandai pula mereka angkatkan jenama Shafie Afdal bakal PM. Ke mana Shafiee Sabah pun lingkop.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...