Tuesday, July 24, 2018

Adun Pas Jengka guna mimbar khutbah dakwa AG, Ketua Hakim , Menteri Agama mesra LGBT

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas mendakwa Peguam Negara,Ketua Hakim Negara dan Menteri Agama berkemungkinan akan membuka ruang kepada tuntutan golongan Lesbian, Gay, Biseseksual,Transeksual (LGBT) di negara ini.

Wakil Rakyat Dun Jengka Shahril Azman Abd Halim dalam satu khutbah Jumaat yang diadakan di Masjid Matrikulasi Jengka, Pahang pada 13 Julai lalu, mendakwa, institusi kehakiman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sudah ‘mesra LGBT’, jika perkara itu berlaku ia ‘wabak’ yang sangat membimbangkan di negara ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada pelantikan dikalangan bukan Islam, Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjun.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini disandang oleh Datuk Muhajid Yusuf Rawa yang juga Naib Presiden AMANAH.

Dakwaan Shahril Azman diucapkan pada minit 5.30 saat pada durasi video 22.06 saat itu yang rakaman video pada khutbah beliau dan turut dimuat naik di dalam facebooknya.


“Gejala LGBT sebahagian permasalahan sosial wabak di negara ini. Malaysia kena tempias kerana menuntut untuk hidup bebas sebagai LGBT.

“Paling membimbangkan kita, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Menteri Agama, nampaknya sudah mesra golongan ini. Kita bimbang apabila tuntutan di bawa ke mahkamah walapun dulu ketua hakim, peguam negara muslim.

“Hari ini Ketua Hakim Negara, Peguam Negara bukan muslim. Kita bimbang satu undang-undang diluluskan dan kebebasan diberikan kepada golongan LGBT.

“Islam berpandangan perbuatan mereka itu dikira zina,” ujarnya dalam video yang tular menerusi laman sosial sejak seminggu lalu. [VIDEO]

1 comment:

  1. PAS makin melampau hingga sampai ketahap mencabar kesabaran dgn fitnah dan fakta yg salah waktu khutbah Jumaat... ini bukan lah budaya dan amalan Islam tetapi lebeh condong kapada budaya dan amalan Syiah. Semoga kerajaan beri perhatian serious pada isu tersebut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...