Tuesday, July 24, 2018
Apabila Tuanku Sultan Perak bertitah jangan jadi seperti LEBAI MALANG & PAK PANDIR
Kelmarin mendengar titah Ucapan Sultan Perak, Dr Nazrin Shah, pesanan khasnya dalam pertemuan dengan GPMS( Gabungan Pelajar Melayu Semenannjung), teguran Sultan Nazrin kelmarin sungguh halus dan Tajam Menyentuh Soal Melayu..
Kalau Kita Dengar Titan Sultan Nazrin, hat Melayu, Kelompok Ashabiyah hat nak buat Demo,hat bantah Peguam Negara dan Ketua Hakim dikalangan bukan Melayu.. Persatuan Mahasiswa Islam hat kononnya nak pertahan Melayu, tentang UEC patut rasa Malu..
Paling menikam hati Kelompok Ashabiyah ini, bila Sultan Nazrin berkata.. Jangan jadi Seperti LEBAI MALANG dan PAK PANDIR.. watak jenaka alam Melayu.. jadi faham faham la..
malah dikatakan seperti Dinasor yang badan nya besar, otaknya kecil, tak mampu menyesuaikan dengan perubahan.. . Sultan nazrin Suruh Orang melayu berhijrah, buka minda, Berubah, dan berhentikanlah Menyalah orang Lain..
Kata Sultan NAzrin, jangan salahkan orang lain, Jgn Salahkan Penjajah Inggeris, Kemunduran.. kerosakan melibatkan orang Melayu diwaktu orang Melayu berkuasa.. Berkuasa membuat dasar.. Orang melayu sendiri yang tidak amanah, tida Intergriti dan Khianat dan Rasuah merosakkan Bangsanya sendiri..
Menyentuh Soal Pendidikan dan mereka yang menakut takutkan dengan Kristian, Kata Sultan Nazrin Orang Melayu dulu berani berubah, Boleh keluar belajar di Sekolah Mubaligh Kristian yang bagunan sekolahnya jelas ada tanda dan lambang salib, dengan belajar di Sekolah Kristian tidak pula mengancam dan merubah Aqidah mereka orang Melayu.. malah wanita Inggeris yang berkahwin dengan orang Melayu pula yang memeluk Islam..
Jadi bagi puak puak Lebai Malang, Pak Pandir hat kononnya nak pertahankan Islam, Melayu.. sedangkan depa hat merosakkan Melayu dan Islam.. malu lah dengan diri sendiri..cermin lah diri sendiri..Berhentilah berlakon mempertahankan Melayu dan Islam.. Malu lah Sikit dengan Teguran Sultan Dr Nazrin..
Sultan Nazrin tak pandai buat lawak, dia tak kata Sila Duduk , Jangan lari.. pesanan tajam menikam kalbu.. situ duduk.. :)
Ahmad Muslim Badawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment