Thursday, March 15, 2018

Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi kata MB Selangor


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membalas kritikan perdana menteri berkaitan masalah air di negeri itu dengan membangkitkan isu banjir di Pekan, kawasan parlimen Datuk Seri Najib Razak.

Azmin berkata kerajaan Selangor berjaya menyelesaikan masalah banjir di “pekan Kajang” ketika keadaan di Pekan, Pahang berbeza sama sekali, lapor Malaysiakini.

“Ini satu lagi kejayaan Selangor iaitu dapat mengatasi masalah banjir di pekan Kajang untuk jangka masa panjang berbanding masalah banjir di Pekan, Pahang yang sehingga hari ini gagal ditangani dengan bertanggungjawab.

“Semalam di Parlimen hangat. Pepatah Melayu mengingatkan kita semua, kuman di seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak.

“Inilah masalah sesetengah orang hari ini,” katanya ketika berucap di majlis menaik aras dan penstabilan jambatan tebing Sungai Jelok di Kajang.

Kenyataan Azmin itu dibuat dipercayai ekoran ‘pertikaian’ bersama Najib di Parlimen semalam.

Bekas pengarah urusan Harakah pun sertai AMANAH

Bekasa pegawai kanan Bank Negara dan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaakop menjadi tokoh terbaru mengumumkan penyertaan dalam Parti Amanah Negara (AMANAH).

Selepas menyertai PAS pada akhir 1990-an dan diberi kepercayaan dalam parti itu dengan beberapa jawatan penting.

Sesuai dengan latar belakangnya sebagai ahli ekonomi Rosli juga pernah dilantik sebagai pengarah urusan lidah rasmi PAS, Harakah.

Mahfuz pilih AMANAH


Teka-teki parti pilihan anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar terjawab hari ini apabila beliau memilih Parti Amanah Negara (AMANAH).

Bekas naib presiden PAS itu mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH di bangunan sementara Parlimen, setelah meninggalkan PAS tiga bulan lalu.

“Saya umumkam tamat sebagai ahli parlimen bebas serta akan menyertai AMANAH untuk bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan untuk bawa perubahan kepada Malaysia” katanya.

Mahfuz adalah anggota veteran PAS yang mendaki hierarki dalam parti dari bawah sehinggalah akhirnya menjadi naib presiden parti.

1MDB tak mengaku wang RM430 juta miliknya

1MDB hari ini berkata CHF104 juta (RM430 juta) yang dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland bukan milik firma pelaburan negara itu.

Sebaliknya, 1MDB mendakwa bahawa wang berkenaan adalah pertikaian antara bank Switzerland dan kerajaan negara itu.

"Menurut Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer, bank-bank yang relevan tmempertikaikan tindakan Pusat Kawal Selia Kewangan Swiss (Finma) dan sedang merayu tindakan di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

"Justeru, CHF104 juta itu adalah dituntut oleh bank-bank yang relevan. Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau kerajaan Malaysia kerana wang itu bukan milik 1MDB," kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB berkata amaun itu adalah penyingkiran keuntungan yang diarahkan oleh Finma terhadap bank-bank tertentu, yang dikatakan melanggar undang-undang Switzerland.

"Justeru, CHF104 juta itu adalah hasil denda oleh Finma, terhadap bank-bank tertentu," katanya.

Mujahid tarik balik saman jika Kamarul mohon maaf


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bersedia menarik balik samannya terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff jika beliau memohon maaf.

Ia berkaitan status Facebook dimuat naik Kamarul Zaman pada 25 Mei tahun lalu bertajuk “Dr Mujahid antara kuda tunggangan terbaik DAP”.

Perkara itu dikemukakan dalam proses mediasi antara Mujahid dan Kamarul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Dr Mujahid menuntut Dr Kamarulzaman memohon maaf atas artikelnya yang telah menjatuhkan reputasi beliau sebagai tokoh masyarakat, tokoh agama dan ahli Parlimen.

“Jika beliau bersedia untuk memohon maaf kepada Dr Mujahid, pihak kami bersedia tarik balik saman kepadanya.

“Dr Mujahid juga menuntut permohonan maaf dibuat dalam Facebook sebagaimana beliau telah memfitnah Dr Mujahid dalam Facebook yang dibaca oleh orang awam,” kata peguam Mujahid, Mohd Fitri Asmuni melalui kenyataannya hari ini.

Najib dulu potong subsidi, kini BN anjur jualan murah

Ahli Parlimen Rafizi Ramli (PKR-Pandan) semalam menyelar pentadbiran kerajaan diketuai Najib Razak (BN-Pekan) yang menghapuskan subsidi sejumlah barangan asas hingga mengheret rakyat kepada beban kenaikan melambung harga makanan dan kos sara hidup.

Sebaliknya, menjelang pilihan raya, Najib dan ahli parlimen BN lain berlumba-lumba pula menonjolkan kerajaan kononnya prihatin dengan rakyat dengan menganjurkan karnival jualan murah dan pemberian minyak percuma.

“Sekarang, Yang Amant Berhormat Pekan juga menjulang subsidi sedangkan pada awal pentadbiran beliau, dia juga mengisytiharkan perang terhadap subsidi.

“Kegilaan terbaru Pekan dan ahli-ahli dewan lain menganjurkan karnival jualan murah di kerusi-kerusi parlimen yang BN rasa kalah. Ada yang jual ikan dan beras murah.

“Di Selangor ada jual ikan percuma. Saya dimaklumkan tak bayar pada pembekal. Dulu Yang Amat Berhormat Pekan dan kerajaan mencemuh subsidi. Sekarang berlumba-lumba cuba nak tunjukkan beri subsidi dan menguntungkan orang kaya sahaja.

“Sekarang ini, ada buat kempen cuba bagi petrol percuma untuk menang pilihan raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...