Wednesday, February 14, 2018

Azmin tutup pintu kerjasama dengan PAS di Selangor, kata laporan

Azmin tutup pintu kerjasama dengan PAS di Selangor, kata laporan

MENTERI Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menamatkan segala kemungkinan untuk memeterai pakatan pilihan raya dengan PAS, dengan mengatakan beliau tidak akan lagi "bertolak ansur" dengan cabaran parti Islam itu terhadap Pakatan Harapan (PH) di Selangor, menurut laporan berita.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, Azmin berkata semua kerja pra-pilihan raya Selangor dijalankan atas nama PH dan tidak akan ada rundingan kerusi atau pakatan rahsia antara beliau dan PAS.

"Memandangkan PAS telah menyatakan berpecah dengan PH di peringkat kebangsaan, kita tidak akan bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya dipetik sebagai berkata.

Azmin berkata beliau menghormati kedudukan tiga exco PAS di dalam kerajaan negeri, walaupun selepas parti Islam itu mengumumkan ia memutuskan semua hubungan dengan PH, kerana mereka dipilih oleh rakyat.

"Saya bertolak ansur dengan PAS Selangor, kerana mereka benar dari segi dasar Selangor yang melayan semua rakyat secara saksama," kata Azmin.

"Sebenarnya, saya sudah bertolak ansur dengan mereka sejak sekian lama.

Malaysia ada hubungan sulit dengan Israel?


David Roet, bekas timbalan Duta Israel ke PBB merupakan wakil rasmi pertama negara Israel yang kami ketahui dibenarkan masuk ke Malaysia secara rasmi. Beliau diberitakan ke Malaysia menghadhiri sidang U.N. – HABITAT Forum tentang isu penempatan semula. Perlu di ingat Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel dan rakyat Malaysia tidak di benarkan pergi ke Israel.

Akhbar Israel -“The Times of Israel”, melapurkan turut bersama rombongan tersebut adalah bekas Mentri Israel dan beberapa pegawai dari kementrian luar Israel. Ahkbar tersebut juga mengalualukan perdagangan “ber-profil rendah” yang sedang berkembang pesat diantara Israel dan Malaysia yang kini bernilai lebih kurang rm 6 billion. Pihak Israel kelihatan amat gembira dengan sikap terbuka dan bermurah hati kerajaan Malaysia.

Ramai rakyat Islam terkejut dan amat dukacita tentang perkembangan terbaru ini yang tidak di umumkan kepada rakyat jelata. Sejak bila kerajaan Malaysia membenarkan pegawai tertinggi Israel memasuki negara kita?

Bersatu dakwa Pas putar belik fakta dalam kempen video Ust Zamri 'Mantop'

 
Pas didakwa menggunakan cara terbaru dalam kempennya iaitu putar belit fakta, kata Bersatu dalam satu kenyataan mereka.

Timbalan Pengerusi Biro Dasar & Strategi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, video pendek ucapan Ustaz Zamri Zainuldin @ Zamri ‘Mantop’ melalui laman FB Pas Kawasan Tanjung Karang membuktikan perkara ini.

Katanya, dengan sangat yakin dan bangga, timbalan pesuruhjaya Pas Selangor itu menamakan Pakatan Harapan (PH) sebagai Pakatan DAP.

“Logiknya mudah, pimpinan utama PH melibatkan Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar dan Haji Mohamad Sabu dikatakan telah berkompromi dan dengan mudah tunduk kepada Lim Kit Siang (LKS) dan DAP.

“Mereka telah berkompromi dan menerima LKS.

“Saya pelik sifir mudah beliau adalah siapa menerima LKS/DAP dikira tunduk patuh kepada LKS/DAP,” soal Abu Hafiz.

Katanya, jika demikian sifirnya, Pas dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidaklah sehebat mana seperti mana yang cuba digambarkan oleh penyokong tegar Pas kerana beliau pernah duduk bersama LKS/DAP di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

Al Fatihah : Pelakon Azmil Mustapha meninggal dunia tengahari tadi


Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di Shah Alam, jam 1 tengah hari tadi.

Parlimen mungkin dibubar lepas Chap Goh Meh membolehkan PRU14 diadakan

http://www.orangmuda.tv/wp-content/uploads/2016/06/18sungai_transformed.jpg
KUALA LUMPUR: Parlimen dijangka dibubarkan seminggu selepas Chap Goh Meh pada 2 Mac untuk membuka laluan supaya pilihan raya umum ke-14 dapat diadakan, mengikut laporan berita sebuah akhbar.

Chap Goh Meh diraikan pada malam ke-15 Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 16 Februari.

Menurut The Sun, penganalisis politik percaya bahawa tempoh sesuai mengadakan pilihan raya umum semakin singkat dan meramalkan bahawa hari mengundi akan diadakan pada akhir bulan Mac atau awal April.

Prof Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berkata Parlimen perlu dibubarkan pada bulan depan kerana pilihan raya tidak boleh diadakan pada bulan Mei memandangkan ia adalah Ramadan dan bulan puasa bagi umat Islam.

“Bulan depan sangat sesuai untuk membubarkan Parlimen dan pada masa yang sama, pilihan raya perlu diadakan sebelum (bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dibebaskan dari penjara,” katanya kepada akhbar itu.

Harga minyak meningkat minggu ini


NEW YORK: Harga minyak ditutup tinggi pada Selasa berikutan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan lonjakan dalam harga minyak yang dibuka rendah pada awal dagangan.

Ia berlaku selepas Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan bekalan boleh mengatasi permintaan.

Bagaimanapun, pasaran merosot dalam dagangan pasca penutupan selepas kumpulan industri, The American Petroleum Institute berkata minyak mentah AS meningkat sebanyak 3.9 juta tong dalam minggu berakhir 9 Februari lalu.

Penganalisis menjangkakan bekalan hanya meningkat sebanyak 2.8 juta tong.

Niaga hadapan Brent mencecah paras terendah dalam tempoh dua bulan pada awal sesi tetapi penanda aras itu ditutup pada AS$62.72 setong, naik 13 cents atau 0.2 peratus.

U.S. West Texas Intermediate pula ditutup 10 cents, atau 0.2 peratus lebih rendah kepada AS$59.19 setong. -REUTERS

Ambiga akui polis belum soal beliau berkenaan dakwaan Sarawak Report isu PAS & dedak RM90 juta

 
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan, berkata polis belum berjumpa dengannya, tiga bulan selepas mengumumkan bahawa mereka akan menyiasatnya atas dakwaan khianat awam.

Polis mengumum hasrat untuk menyiasat Ambiga selepas beliau dinamakan oleh Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown sebagai sumber artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor Malaysiakini.

“Sudah lebih dua bulan dan mereka belum menghubungi saya,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ambiga, beliau bersedia membantu siasatan polis jika diperlukan.

Dilaporkan bahawa pada 1 Nov tahun lalu, pengerusi NGO Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) Zulkarnain Mahdar membuat laporan polis terhadap Ambiga berikutan pendedahan dalam kenyataan pembelaan Brown terhadap saman fitnah yang difailkan oleh PAS di UK.

Laporan SPRM oleh Pemuda Umno Sungai Besar berkaitan pendedahan korupsi kaitan kartel Azmin

Catatan Umum

13 Febuari 2018


Berdasarkan laporan media saya dimaklumkan satu laporan SPRM ke atas pendedahan blog che'GuBard mengenai Korupsi Ketua Cabang PKR Sungai Besar dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam ( klik http://chegubard.blogspot.my/2018/02/jenayah-korupsi-paling-kecil-libat.html ) telah dibuat oleh Khairulnaem Abu Samah selaku Pengerusi (NGO) Nadi Rakyat Cawangan Sungai Besar, saya juga difahamkan beliau merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam.

Dalam sidang media sebelum membuat laporan  ( klik https://www.facebook.com/tawanselangor/videos/145596156111019/ ) Khairulnaem telah mencabar saya supaya tampil ke SPRM dengan menunjukkan cetakan termasuk bukti imej pendedahan dari blog che'GuBard. (http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/30489-sprm-digesa-siasat-kes-rasuah-libatkan-ketua-cabang-pkr-sungai-besar.html)

Lewat petang tadi ada beberapa teman media mula menghubungi untuk mendapatkan respon. Saya berjanji akan menjawabnya secara bertulis.

Selama ini Umno Selangor begitu 'lembab' dalam pick up isu berkaitan pendedahan korupsi kaitan kartel Azmin dan inilah kali pertama ada pihak Umno bertindak pro aktif, tahniah. Seperti saya sebut semua pendedahan saya , sebelum didedahkan saya telah beri kepada pimpinan kanan parti komponen PH khususnya PKR untuk meneliti dan bertindak namun selalunya bila berdepan isu kartel Azmin Ali mereka pasti gagal bertindak. Inilah yang mengundang lucu kerana bagaimana nak percaya janji mereka akan mengawal Mahathir ketika dijadikan PM semula nanti kerana Azmin baru jadi MB semua menikus untuk menjaga periuk nasi masing - masing.

Kes kontrak periuk nasi vs pimpinan Umno Perlis akan dibicarakan 28 Mei

 
Saman yang difailkan oleh seorang ahli perniagaan terhadap pemimpin Umno Perlis termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung perjanjian pembelian periuk nasi akan dibicarakan.

Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Wan Ahmad Farid Wan Salleh semasa pengurusan kes hari ini, selepas pihak berkenaan gagal mencapai penyelesaian semasa proses mediasi.

Wan Ahmad Farid kemudian menetapkan 28 Mei dan 1 Jun untuk pendengaran kes dan 22 Mac untuk pengurusan kes lanjutan.

Florence Lee Jye Wen memfailkan saman sebanyak RM500,000 pada 6 April lepas dan menamakan Shahidan, Anggota Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin dan bendahari Umno Perlis, Rozabil Abdul Rahman kerana melanggar kontrak mengenai perjanjian pembelian periuk nasi dengannya.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa Umno Perlis telah memesan sebanyak 60,000 periuk nasi bersaiz 1.8 liter yang tertera logo Umno dan Barisan Nasional bersama dengan singkatan DSSK yang merujuk kepada Shahidan Kassim pada 3 Jun 2015.

‘Saya takkan kembali kepada Umno’

 Muhyiddin Yassin
PUCHONG - Timbalan Presiden Pakatan Harapan (Harapan), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak akan kembali kepada Umno walau dalam apa jua keadaan kerana parti tersebut telah rosak.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, Umno ibarat besi buruk yang tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu sebaliknya terdedah kepada perlakuan yang tidak boleh digambarkan.

"Saya bersama Umno lebih 50 tahun ada saat manis dan pahit tapi zaman (Datuk Seri) Najib adalah yang terburuk. Saya kecewa dengan Umno, dalam kepimpinan Umno telah ditutup mata dan telinga sehingga tidak tahu menilai yang betul dan tidak.

"Sudah sampai masa dan ketikanya hayat BN sampai penghujungnya dan akan berakhir pada PRU14," katanya dalam Ceramah Perdana, Selamatkan Malaysia di Serdang Jaya, malam tadi.

Jelasnya, rakyat perlu berani membuat keputusan tegas atau dalam tempoh lima tahun lagi akan menyebabkan keadaan negara menjadi lebih buruk.

"Amaran awal telah dikeluarkan oleh BN jika mereka kalah tak akan ada parti yang akan menang. Adakah ini amaran bahawa mereka akan buat sesuatu untuk pastikan Harapan tak akan menang?

Adun Bayu 'kunci mulut' isu nama tak tersenarai calon Adun BN KEDAH

 Adun Bayu 'kunci mulut' isu nama tak tersenarai
KUALA KETIL - Adun Bayu mengambil pendekatan 'kunci mulut' berhubung kedudukannya pada PRU14.

Datuk Azmi Che Husain berkata, beliau menyerahkan segala keputusan kepada pucuk pimpinan parti.

"Itu saya tidak mahu komen, terserah kepada pucuk pimpinan," katanya ketikaditemui selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Tanjong Puteri, kelmarin.

Sinar Harian pada 2 Februari melaporkan berlaku protes dalam kalangan akar umbi Umno apabila nama Azmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( Dun) Kedah tiada dalam senarai calon BN yang tular di media sosial.

Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini!


Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini! Pastikan Selalu Ada Di Dalam Masakanmu..
January 13, 2018

Tiga jenis sayur ini sangat mudah ditemukan. Sayuran ini dapat digunakan untuk mencegah kanser yang kaya akan nutrisi dan juga dapat melawan sel kanser.

1.Kucai

Kucai adalah salah satu jenis sayuran yang sangat kaya akan nutrisi, selain memiliki protein dan lemak, yang paling penting adalah kucai sangat kaya akan kandungan vitamin dan mineral. Setiap 100 gram kucai mengandung 235 mikrogram vitamin A, 1410 milligram karotin, dan 247 milligram kalium.

Apa fungsi dari vitamin dan karotin? Vitamin dan karotin sangat berguna untuk meningkatkan penglihatan, meredakan mata yang lelah, serta sangat sesuai untuk sentiasa berada di depan komputer. Kandungan karotin yang tinggi dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mencegah tumor, mencegah oksidasi, mencegah penuaan dan masih banyak manfaat lainnya. Makanan yang mengandung kalium tinggi juga sangat cocok untuk dikonsumsi oleh penderita darah tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...