Thursday, January 6, 2022

MENTERI WILAYAH KATA NAK JUMPA TAPI PENDUDUK KATA TAK ADA..!


 PENGAMBILAN TANAH KAMPUNG SUNGAI BARU, KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR – APA TINDAKAN MENTERI?

Pada sidang Dewan Rakyat yang lalu, saya telah mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan dan membuat ketetapan berkaitan isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Usul tersebut telah dibahaskan di dalam Kamar Khas Dewan Rakyat pada 13 Disember 2021 dengan beberapa Ahli Parlimen mengambil bahagian termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Sri Gading dan Ahli Parlimen Seputeh.

Dalam jawapannya semasa perbahasan, Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa beliau akan mengadakan pertemuan di antara pemaju bersama pemilik-pemilik tanah bagi menyelesaikan sebarang kekusutan berkaitan isu pengambilan tanah tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...