Tuesday, May 5, 2020

COVID-19: SPRM SIASAT KONTRAK RM 30 JUTA



Saya meneliti beberapa laporan akhbar semalam yang menyebut bahawa “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM 30 juta secara tidak layak.”

Menurut sumber yang sama, syarikat itu juga mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun pihak SPRM tidak menyatakan Kementerian mana terlibat, susulan daripada pendedahan tersebut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa KKM akan memberikan kerjasama terhadap siasatan oleh SPRM.

Kita menuntut agar SPRM dapat menjalankan siasatan dengan telus dan penuh integriti serta tidak melindungi mana-mana individu dan mereka yang berkepentingan.

Sekiranya dakwaan ini benar, ini merupakan satu pengkhianatan yang amat besar terhadap rakyat Malaysia dalam keadaan negara berdepan dengan wabak bencana Covid-19.

PKPB DI KEDAH SEDIKIT BERBEZA - 'DINE IN' TIDAK DIBENARKAN, TAMAN AWAM DAN REKREASI MASIH DITUTUP

SELASA (5.5.2020)


ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mengambil pendekatan sedikit berbeza terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa terjamin selain memastikan negeri ini terus kekal sebagai zon hijau dari penularan COVID-19.

Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, antara pindaan dilaksanakan adalah tidak memberi kebenaran kepada mana-mana kedai makan atau restoran untuk melaksanakan perkhidmatan 'dine in'.

"Tiada masalah untuk restoran atau kedai-kedai makan dibuka namun kita tidak membenarkan pelanggan menikmati hidangan di premis tersebut. Perkhidmatan dibenarkan cuma secara bungkus, penghantaran atau pandul lalu saja seperti sebelum ini. 

"Selebihnya para peniaga perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Persekutuan. Waktu Operasi pula masih tertakluk antara 8 pagi hingga 8 malam untuk restoran milik bukan Muslim dan 3 petang hingga 8 malam untuk pemilik restoran atau kedai makan muslim di sepanjang Ramadan," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) COVID-19 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. 

Adakah ini antara 2 darjat.. Langgar PKP rakyat kena denda RM1000 tapi anak VIP hanya RM800 sahaja?

 Adalah dimaklumkan bahawa sekarang netizen sedang pertikai kenapa RAKYAT MARHAEN kena denda RM1000 tapi anak VIP sekadar kena RM800. Ada apa yang tak kenakah disini... sedangkan kesalahan dilakukan adalah sama iaitu melanggar PKP..

 Lihatlah apa rakyat kena.. ada sampai RM2500 sebab ceroboh SURAU.. 
mankala berbuka puasa dalam bilik hotel juga kena denda RM1000...

Profesor Kerajaan Tebuk Atap di sekolahkan netizen di media sosial

KANG KONG GENG TEBUK ATAP PENYAMUN NASIONAL (PNipu) TERUK KENA SEKOLAH?

Seronoknya melihat Profesor Kang Kong ini disekolahkan di media sosial.

Punyalah dok burukkan DAP tak habis-habis, rupa-rupanya di bawah kerajaan PH, di bawah menteri dari DAP, baru ada usaha nak wujudkan undang-undang lebih keras untuk pemandu mabuk.

Biar cerdik sikit profesor kang kong tu...ehehh

(KLIK BAWAH)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...