Sunday, March 25, 2018

Dr. Badrulamin : Banyak orang tanya apa pendirian saya tentang Tun M.

Banyak orang tanya apa pendirian saya ttg Tun M.

Saya jawab - Kalau mmg dulu dia jahat dan musuh saya, namun kini dia lebih baik dari segolongan orang yang dulu pernah menjadi kawan dan sahabat saya.

Mengapa? - Sebabnya Tun M kini sanggup bersama kami untuk berjuang menghentikan rasuah serta menyelamatkan Negara dari kejahatan pemimpin Umno Bn.

Sedangkan orang yang dulu jadi sahabat saya kini mencari sejuta alasan untuk mempertahankan pemimpin2 rasuah yang menghancurkan Negara.

Ingat! Kalau dulu seorang itu jahat tapi kini baik, itulah ajaran Islam - namanya TAUBAT.

Tapi... Jika ada orang yang dulunya baik tapi sekarang jahat, itulah ajaran Syaitan - namanya SESAT.

Lim: Pemimpin Umno yang beli dan jual tanah Melayu di Pulau Pinang

Lim: Pemimpin Umno yang beli dan jual tanah Melayu di Pulau Pinang


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu hadirin Melayu di satu majlis di Bayan Baru semalam bahawa pemimpin Umno Pulau Pinang yang membeli dan menjual tanah mereka.

Lim berkata Umno telah memfitnah DAP dan kerajaan Pulau Pinang, dengan berkata parti itu telah membeli tanah di Balik Pulau, pada apa harga sekalipun, untuk "menghalau orang Melayu".

Katanya, pemimpin dari Umno yang mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka untuk mendapat keuntungan.

Lim menegaskan demikian ketika berucap kepada hadirin di majlis itu untuk meraikan penjaja Melayu Bukit Gedung yang memenangi anugerah peringkat kebangsaan tahun ini bagi kebersihan, keselamatan dan kesihatan.

Lim menuduh Umno berbohong kerana DAP tidak pernah membeli walau seinci pun tanah di Balik Pulau.

Jangan tengok salah saja, nilai jasa 1MDB juga

Muhammad Azizul Osman

SHAH ALAM – Masyarakat di negara ini tidak seharusnya menilai kesalahan dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata, demikian menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, *biarpun terdapat kesalahan dalam pengurusan badan itu, rakyat juga harus tidak lupa akan jasa-jasa yang telah diberikan badan pelaburan kerajaan itu kepada rakyat selama ini.*

“Apa yang berlaku ini kita bawa kepada budaya Melayu mudah lupa, (kes) 1MDB yang dulu-dulu kita tidak lupa semua. Mereka yang salah mesti dihukum tetapi kita mesti lihat bukan sahaja kesalahan dia tetapi juga jasa.

“Islam ini kalau menghukum orang bukan menilai salah dia sahaja, tetapi mesti lihat kepada jasa-jasa dia, bila dia buat baik mesti diambil kira jasa dia.

“Kemudian ditolak campur kepada jasa dan kejahatan dia. Ini pendekatan yang diambil oleh Pas,” katanya dalam program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera di Shah Alam hari ini.

Rafidah minta rakyat jangan setia pada parti politik

Dengan pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang kian hampir, bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan orang ramai agar jangan sesekali merasa terhutang budi dengan parti politik.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata masa depan negara jauh lebih penting berbanding mana-mana individu dan parti politik.

"Kita tidak perlu sentimental dan setia kepada parti atau individu. Jangan sekali-kali merasa terhutang budi sehingga sanggup menutup mata dan telinga kepada perkara tidak betul yang melanda negara.

"Fikirlah kesan (masalah sekarang) kepada masa depan anak dan cucu kita. Apa akan terjadi jika negara dibiarkan dilanda masalah besar yang ada sekarang," katanya.

Tun M terlalu tua untuk jadi PM..? ini dia Tun jawab..

TUN TERLALU TUA UNTUK JADI PM? TUN JAWAB......


Tak apa tua ka tua lah, asal bolih keluar arahan buru penyangak dan pencuri hingga pintu rumah nya.

Dan jika lari meninggalkan negara sekali pun saya akan arahkan cari .. apabila umno tumbang..

68 keslahan menanti .. .tak kan tak lekat dua tiga kes..tak apa tua ka tua lah saya mampu bolih beri arahan sepatah dua kata utk hapus gst.

Tak pa tua ka tua lah, saya mampu arahkan beri arahan supaya PTPTN dimansuhkan dan pendidikan percuma diberi kepada rakyat malaysia yg berkelayakkan.

Tak pa tua ka tua lah, saya bolih lagi keluarkan arahan pecat semua tali barut umno najib yang kerja semata mata untuk pertahankan kerajaan korup pimpinan najib.

Tak pa lah tua pun tua lah, saya akan mansuh tol secara peringkat .

Hari ini angkat sumpah, besuk satu tol akan dimansuhkan sebagai bukti kerja saya..

Tak pa lah tua ka tua lah, asalkan saya sihat tubuh badan dan mempunyai otak yang cergas untuk membantu bina semula negara..

Media asing lapor kenyataan menteri Malaysia berkaitan laporan 1MDB ‘berita palsu’

Asian Correspondent melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan terhadap beberapa organisasi berita antarabangsa yang paling berpengaruh berhubung laporan mereka berkaitan skandal kewangan melibatkan dana negara.

Kata laporan itu, Timbalan Menteri, Jailani Johari berkata, kerajaan Malaysia akan bertindak terhadap media asing yang menerbitkan ‘berita palsu’ mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang semakin menonjol di mata dunia sejak kapal mewah milik Jho Low disita oleh kerajaan Indonesia baru-baru ini.

Jailani, kata laporan itu turut berkata, bahawa kementeriannya telah mengenal pasti organisasi yang ‘cuba mengungkap semula’ isu 1MDB berikutan rampasan kapal mewah di Bali, Indonesia bulan lalu.

Antara portal yang terlibat menurut Jailani ialah The Wall Street Journal (WSJ), The New York Times, The Economist, Australian Broadcasting Corporation, dan terbaru, MSNBC.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...