Tuesday, December 31, 2019

Hasil buah tangan Menteri Agama sepanjang tahun 2019


Sejak awal Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Putrajaya, YB Menteri jelas dengan pendirian dan dasar yang dibawa selari dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Dasar yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia dibukukan dalam Manifesto Pakatan Harapan PRU-14, dasar yang diperkenankan ke bawah Duli Raja-Raja Melayu, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agam Islam, dan Mesyuarat Jamaah Menteri, diangkat menjadi Dasar Pentadbiran Islam Kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan.

Adalah pelik mereka yang masih mempertikaikan dasar ini, sedangkan ia digarap dari pandangan tokoh maqasid dan pemikir Islam, serta ulama' kontemporari seperti Al-Juwayni, Al-Ghazali, As-Shatibi, Abdullah Ben Bayyah, Al-Qaradawi, Dr Jasser Auda dan ramai lagi.

Saat ini 80% manifesto PAS belum lagi terlaksana di Kelantan dan Terengganu


SENDIRI HANCING : 80 % JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU & KINI..KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN !!!*

Di Antaranya...

1. Jika menang PRU14 di Terenggnu akan laksana Hukum Hudud

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera.( Kelantan dan Terengganu).

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar . (Kelantan Dan Terengganu).

4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada Rakyat negeri.

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas.

6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan.

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah.

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan.

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan .

Hadi Awang - Haram sertai AMANAH & ANWAR perosak negara bukan Umno dengan Tun M


[ 'ibrah & perjuangan ]

Abu Ayyub al-Ansori RA meriwayatkan, salah satu sifat utama para sahabat tatkala bertemu Rasulullah SAW pasti meminta diri mereka ditegur, dan dinasihatkan ( عَلِّمْنِي وَأَوْجِزْ ) "ajarlah dan tegurkanlah diriku ini", kata sahabat pada Nabi.

Sunnah yg samalah kita perlu lakukan apabila bertemu dgn mereka yg lebih 'alim atau guru yg pernah mendidik kita.

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157681180404876

1. Awal 2019, seorang petugas peribadi Presiden party lama itu menelefon saya. Katanya, "...masa di IJN tadi Tok Guru bertanya hal enta, Sayuti Australia, dan bagaimana penglibatan enta dgn Amanah... ". Saya maklumkan pada sahabat itu, kirimkan salam, dan maklumkan memang sejak bersama Amanah ini, sudah 2 kali patutnya saya berjumpa Tok Guru, tapi perjumpaan itu dibatalkan akhirnya oleh "orang tengah", atas alasan Tok Guru pula tak mahu jumpa, katanya.

2. Yang terakhir, dua bulan sebelum tinggalkan party lama dulu (Jun 2015), itulah terakhir saya dgn Tok Guru berjumpa. Saya nyatakan soalan dan pandangan bahawa tindakan Tok Guru melanggar syura/muktamar itu bertentangan dgn kehendak perwakilan yg menolak usul tersebut. Saya nyatakan penuh yakin, jika keputusan itu tidak dibetulkan, saya yakin party akan dihina atas pengkhianatan yg berlaku itu, bahkan Tok Guru pula akan dipersalahkan segalanya.

Jawapan Tok Guru - "tiada" jawapannya..!

Tapi keputusan itu kata Tok Guru dibuat sebab Anwar & DAP katanya. Walau pun tiada syarah mampu diberikan pada alasan yg diberikan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...