Wednesday, October 17, 2018

Deepak mahu Najib, Rosmah bayar RM676 juta


Peniaga permaidani, Deepak Jaikishian memfailkan saman RM676 juta terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua syarikat kerana didakwa berkonspirasi dan mengenakan tekanan yang tidak wajar ke atasnya berhubung tiga bidang tanah berhampiran Bukit Raja.

Tanah 180 hektar itu dikatakan lokasi Pusat Kajian Pertahanan Negara yang sepatutnya dibina di sana pada tahun 2007.

Selain menamakan Najib dan Rosmah, Deepak juga menamakan syarikat senaraian awam, Boustead Holdings Bhd dan anak syarikatnya Bakti Wira Development Sdn Bhd sebagai defendan.

Menteri : Tak sesuai bina jambatan bengkok sekarang kerana ekonomi negara

 
KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembinaan jambatan bengkok tidak sesuai dilaksanakan sekarang berdasarkan ekonomi negara, sebaliknya keutamaan kerajaan ialah projek yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

“Ia dicadangkan oleh menteri besar Johor, tetapi berdasarkan situasi fiskal negara kita, (ia) tidak sesuai buat masa sekarang,” katanya selepas taklimat tertutup Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 kepada ketua pengarang agensi media di bangunan Parlimen hari ini.

“Keutamaan adalah (projek) yang boleh mendatangkan kebaikan kepada rakyat, seperti mana yang saya katakan kepada editor, ianya seperti projek pembinaan hospital, sekolah, jalan raya itu yang perlu diberikan kepada rakyat, yang beri kebaikan kepada mereka.”

Beliau merujuk kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian semalam yang projek kontroversi jambatan bengkok menghubungkan negeri itu dan Singapura, dalam perancangan semula.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1996, tetapi perbincangan untuk membinanya menemui jalan buntu sehingga menyebabkan ia dibatalkan pada 2006.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...