Wednesday, August 26, 2020

Rakyat kecam kerajaan PN bina SJKC baru, ikut kehendak Dong Zong

Rakyat kecam kerajaan bina SJKC baru, ikut kehendak Dong Zong
 
 
BANGI, 6 Muharram 1442H, Selasa – Sayang sungguh kerajaan terhadap Dong Zong, MCA dan sealirannya sehingga boleh membina 10 lagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina yang baharu, kata Haji Aminuddin Yahaya.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu tertanya-tanya apakah ‘hutang budi’ pendukung sekolah vernakular berkenaan, sehingga kerajaan mengetepikan rintihan rakyat yang mahukan sistem pendidikan satu aliran.

Meskipun sebelum ini ramai pakar pendidikan menegaskan bahawa sekolah vernakular bercanggah Perlembagaan, namun Haji Aminuddin kesal kerana kerajaan tetap tidak mengendahkan perkara itu.

“Saya tidak pasti apa sebenarnya tujuan cadangan kerajaan untuk mendirikan 10 SJKC baharu.

“Jika pertimbangan politiklah yang menjadi perkiraan, tidakkah mereka lupa sebelum PRU14 dahulu, macam-macam yang kerajaan BN beri untuk pendidikan Cina.

“…ia termasuk SJKC baru juga, pun tidak menjamin sokongan masyarakat itu dalam pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris, The Star berhubung pujian Dong Zong terhadap rancangan kerajaan membina lebih banyak SJKC.

Dong Zong suka PN nak bina lagi sekolah cina, PAS pula membisu seribu bahasa..

 

Dahulu merekalah juara.. 
Tapi sekarang suara mereka sudah tiada
Semua dah jadi syaitan bisu.. 
Bilamana kerajaan PN setuju nak bina lagi banyak sekolah cina dan Dong Zhong lah yg paling gembira bilamana apa yg mereka mintak sejak zaman PH tak dapat.. 
Manakala sahabat dalam PAS yg dahulu lantang menentang sekolah berasaskan kaum nie tapi sekarang sudah senyap sunyi.. Jangan kata nak bersuara macam dahulu tapi nak panggung kepala pon dah tak mampu.. 

AnakKedah







TUN M sudah bersuara berkenaan isu projek rundingan terus, sila dedahkan nama syarikat terbabit...!

 

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Kewangan diminta menyenaraikan secara terperinci 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia bagi memastikan prinsip ketelusan atau ‘transparency’ diamalkan dan rakyat juga berhak mendapat maklumat penuh berkenaan perkara itu.

” Saya terbaca dalam akhbar bahawa Menteri Kewangan telah mendedahkan bahawa pada masa PH memerintah projek rundingan terus telah diberikan sebanyak 101 projek bernilai RM6.61 billion.

” Sepatutnya Menteri kewangan mendedahkan nama-nama mereka yang mendapat projek berkenaan.

” Ia supaya rakyat semua tahu siapa yang melakukan perbuatan ini walaupun kata Tengku Zafrul bahawa memang projek rundingan terus ini dibenarkan.

Rakyat berhak tahu siapa dapat projek

Bekas perdana menteri meminta Zafrul menyiarkan senarai projek termasuk nama-nama mereka yang mendapatkannya.

” Malangnya Tengku Zafrul tidak menyenaraikan secara terperinci projek-projek tersebut.

” Untuk memastikan prinsip ketelusan ataupun transparency diamalkan, saya menyeru supaya senarai projek-projek tersebut diumumkan bersama dengan nama mereka-mereka yang dapat kelulusan tidak kira siapa mereka.

” Keikhlasan menteri kewangan dalam perkara ini amat dialu-alukan.

” Rakyat berhak mendapat maklumat penuh berkenaan perkara ini,” kata Dr Mahathir.

Semalam, Tengku Zafrul ketika berucap di parlimen mendakwa bahawa 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui rundingan langsung di bawah pemerintahan bekas Pakatan Harapan.

Pendedahan Zafrul itu membuatkan dewan rakyat kecoh apabila ahli parlimen saling bertelagah.

” Semasa pentadbiran sebelum ini sejumlah 101 projek ataupun perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh kementerian kewangan,”

Itu kata-kata Tengku Zafrul ketika penggulungan RUU Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) Covid-19 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Dakwaan itu menimbulkan keributan, dengan beberapa anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) menuntut supaya menteri berkenaan untuk meyenaraikan semua projek berkenaan.

Antara mereka termasuk, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN – Baling), Noh Omar (BN – Tanjung Karang) dan Ahmad Maslan (BN – Pontian).

” Minta ulang, tak berapa dengar?” sindir Ahmad.

” RM6 bilion? Astaghfirullahalazim..,” kata Abdul Azeez.

” RM6 bilion, 100 lebih projek? Temberang betul PH,” celah Noh.

Zafrul membuat dakwaan itu ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan perinciannya.

Awal hari ini, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng juga membuat gesaan serupa kepada Zafrul.

Lim dalam satu kenyataan berkata Kementerian Kewangan tidak bersedia untuk melakukannya kerana ia akan mendedahkan menteri dalam kabinet PN sekarang yang mendorong pemberian kontrak secara rundingan terus itu pada masa lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...