Mengulas desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya India, Dr Mahathir berkata : "Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respon kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa."
Dalam sidang media selepas menyampaikan perutusan pada taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir ditanya mengenai cadangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.