Saturday, January 26, 2019

Pas BN kini berganding tangan menuju ke ‘syurga’, dakwa penulis

Oleh BORHAN AHMAD

Pas BN kini berganding tangan menuju ke ‘syurga’, dakwa penulis
Presiden Pas turun ke Cameron Highland berkempen untuk calon BN.

Penulis politik terkenal menyifatkan Pas dan BN kini berganding tangan menuju ke syurga.

Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali MSO dalam tulisannya mengulas pilihan raya kecil Cameron Highland berkata, dalam pilihan raya ini kedudukan BN semakin kuat di Felda Sungai Koyan, salah satu kawasan pilihan raya di Cameron Highland.

“Senario itu menjelaskan kedudukan BN di Dun Sungai Koyan masih kuat, tidak berubah, bahkan makin kuat dan yakin.

“Mereka akan menguasai Dun ini apabila orang-orang Pas juga bersama mereka apa lagi setelah presidennya mewajibkan mereka mengundi BN.

“Dun Sungai Koyan kini bukan sahaja dipagar oleh BN tetapi oleh orang Pas sama. Ini menyulitkan buat PH,” kata Sayuti.

Katanya, perkara ini ditambah pula oleh “perintah dikeluarkan Abdul Hadi Awang hari ini seperti dilaporkan beliau mewajibkan orang Pas mengundi BN.”

Malaysia Baru gelap jika wartawan bodek


Opinion | Hishamuddin Rais

‘Maaf ya Datuk, maaf Datuk Seri, maaf Tun… boleh tanya… nak tanya sikit… jangan marah Datuk... minta maaf.. nak tanya sikit… jangan marah...Ini tentang… nak minta komen tentang…’

Ini cara Hishamuddin Rais mengambarkan para wartawan Malaysia. Dialog ini adalah hasil pemerhatian. Dialog ini adalah juga pengumpulan pengalaman saya apabila berhadapan dengan wartawan dan pemberita bergenre Malaysia aka genre bodek.

Semenjak tahun 1971, saya telah berhadapan dengan media. Ini ketika saya mula terlibat dalam gerakan pelajar. Pada ketika itu saya tidak berapa faham sangat akan peranan wartawan dan pemberita.

Tapi pada tahun 2019 - saya berani mengeluarkan dialog - hampeh - di atas. Ini untuk menerangkan apakah makna genre bodek dalam kewartawan bergenre Malaysia.

Pernah saya mendengar satu surah klasik tentang wartawan Malaysia. Surah ini disampaikan kepada saya oleh seorang bekas wartawan New Straits Times (NST) yang akhirnya kami sama-sama bekerja di BBC London.

Ada yang lebih penting daripada kemenangan PRK CAMERON HIGHLANDS

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Ada yang lebih penting daripada kemenangan PRK
Sebagai penyokong Pakatan Harapan tentu saya mengharapkan calon DAP menang bergaya dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pada 26 Januari nanti. Daoam PRU2018, bukan sahaja kerusi Parlimen ini dipertahankan calon BN, malah negeri Pahang gagal dikuasai Pakatan.

Namun, mendukung semangat dan komitmen Malaysia Baharu, impian saya lebih luas lagi, apakah berlaku pembaharuan atau perubahan struktural ke atas sistem dan proses pilihan raya yang selama ini terkenal kerana kepincangan dan ketempangannya?

Mampukah ia mengukir sejarah sebagai pilihan raya kecil terbersih dalam sejarah? Sekurang-kurangnya proses kempen selama dua minggu itu tidak dicemari gejala tidak demokratik dan salah guna kuasa.

Pas-Umno kuda menguda


AHMAD SYUKRI CHE AB RAZAB

Politik kebencian dan dendam, itulah sahaja motivasi politik Pas dan Umno. Kemarahan membuak terhadap musuh politik menjadi asas kerjasama dua parti pembangkang ini. Jika Umno mengatakan asas mereka ialah kebenaran, mereka baru sahaja tidak menjadi Kerajaan. Semasa menjadi Kerajaan merekalah yang mempertahan habis-habisan pemimpin mereka yang terkait dengan skandal terkemuka dunia.

Jika mereka kata pemimpin mereka itu tidak salah, lalu kenapa tidak dikekalkan sahaja Najib Razak sebagai Presiden UMNO? Takut apa Bos ku?

Pas pula termakan pujuk rayu Umno yang menunggang sentimen agama dan kaum. Lalu tersemailah kebencian tidak tentu hala terhadap DAP yang pernah menjadi sekutu rapat mereka. Pas tambah tertekan apabila bahtera mereka terpecah dan melahirkan AMANAH. Sayang sekali ijtihad Haji Hadi untuk merapatkan saf bersama Umno tidak membawa ke mana. Yang berbeza adalah Pas mendapat rakan baru di barisan pembangkang. Kawan-kawan lama Pas semuanya sudah menjadi Kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...