Friday, June 8, 2018

Dahulu UMNO pertahankan TOL, tapi bila PH menang sibuk pula suruh mansuhkan TOL

Syabas Pembangkang - Teruskan Usaha

https://s2.paultan.org/image/2017/04/PLUS-Electronic-Toll-Collection-41-1-630x420.jpg
Unit Komunikasi Strategik UMNO, mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan telah gagal untuk memansuhkan kutipan tol lebuhraya seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Tambah Unit Komunikasi Strategik Umno, pengumuman potongan 50% untuk dua hari sebelum Aidilfitri hanyalah gula-gula politik semata-mata.

Pertamanya aku nak ucapkan syabas kepada Unit Komunikasi Strategik Umno kerana telah mula aktif sebagai pembangkang. Syabas, teruskan usaha anda untuk tempoh 3 - 5 tahun lagi insyaAllah.

Bukan senang daripada duduk senang lenang dalam Kerajaan tiba-tiba nak ubah gaya dan cara sebagai pembangkang.

Kedua, aku nak pesan kepada Unit Komunikasi Strategik Umno tu. Untuk jadi pembangkang yang baik dan berkesan, perlu buat kajian terperinci sebelum nak serang Kerajaan. Jangan serang guna peluru kapur atau peluru terung. Kalau tembakan mengena pun tak bagi kesan apa.

Lain kali nak tembak, guna la peluru hidup. Biar cedera dan berbekas.

Untuk makluman Unit Komunikasi Strategik Umno, [strategik la sangat....] Pakatan Harapan TIDAK menjanjikan penghapusan tol pada kadar segera.

Dalam tawaran 100 hari Pakatan Harapan tidak ada disebutkan tawaran menghapuskan tol.

Tawaran menghapuskan tol hanya dinyatakan dalam Buku Harapan khususnya di muka surat 28 yang menyebutkan seperti berikut :

Malaysia memilih - di mata Husam yang hanya bercita-cita jadi kerani di Pejabat PM

Bergegas kembali dari surau, saya sempat mengikuti temu bual berikut Husam Musa bersama Astro Awani pada 1 Jun lalu. Daripada membiarkan ia berlalu begitu saja, izinkan saya menurunkan sedikit catatan, biar seberapa sederhana sekali pun.

Royalti

Hubungan saksama dalam semangat baru. Ini harus sebagaimana yang ada termaktub dalam manifesto. Jumlah 5 peratus royalti itu akan diberi seperti hak yang ditetapkan kepada Kelantan dan Terengganu.

Mengembalikan dasar ke landasan yang betul

Namun, semua pihak harus sedar bahawa isu nasional yang tersangat besar sedang diikhtiarkan oleh negara kita terkini ialah meletakkkan segala dasar, jalur pelaksanaan yang sedang berada dalam suasana tidak menentu, kembali ke atas landasan yang betul. Ini adalah keutamaan.

Bleeding atau pendarahan ini berlaku berikutan ketirisan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sebegitu "rampant". Semua lapisan pemimpin yang diamanahkan rakyat wajib memastikan negara kita menjalani proses penjajaran semula paksi atau tajdid terlebih dahulu.

Sebelum langkah-langkah korektif ini berjaya dilakukan, perkara-perkara lain itu akan menjadi perkara berkepentingan kedua.

Hanya setelah selesai atau kelihatan reda letak duduk semua perkara dalam urusan ini, barulah kita boleh memasuki fasa perbincangan dari hal pemberian royalti dan hal-hal yang seumpamanya.

PAS : HARAPAN bersandiwara di sebalik Malaysia Baru, sedang jalan agenda DAP


Berselindung di sebalik slogan Malaysia Baru, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebenarnya sedang melaksanakan idea yang diilhamkan oleh DAP suatu ketika dulu, kata seorang pemimpin kanan PAS.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marsuki lebih membimbangkan ialah, dasar Malaysian Malaysia itu dilakukan secara drastik.

Katanya tindakan sedemikian boleh mengundang "tindak balas tegas" daripada masyarakat bumiputera yang menjadi golongan majoriti di negara ini.

"PPP meyakini, DAP adalah pihak yang bersungguh-sungguh mahu segera merealisasikannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas calon PAS untuk kerusi parlimen Shah Alam itu menambah melalui agenda Malaysia Baru yang direka HARAPAN, kerajaan sekarang mahu membuat pembaharuan menyeluruh.

Dia nak tahu cara macam mana nak uruskan Umno, kata Mahathir

MALAYSIA DATELINE

Dia nak tahu cara  macam mana nak uruskan Umno, kata Mahathir
Teka-teki berhubung gambar pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular semalam terjawab.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa Ahmad Zahid bertemunya untuk mendapatkan nasihat berhubung apa yang berlaku dalam Umno sehingga parti itu ditolak dalam PRU14 baru-baru ini seperti dilapor Sinaronline hari ini.

“Dia nak tahu cara macam mana nak uruskan Umno. Jadi saya berterus terang bahawa Umno sudah mengkhianati orang Melayu. Saya ingatkan kepadanya, kita tubuh Umno untuk tolong orang Melayu tetapi kini Umno berubah dan mengutamakan kekayaan diri.

“Sebab itu Umno dibenci sekarang ini. Umno nak pulih susah. Dulu dipandang mulia sekarang dipandang jijik,” katanya dalam sesi wawancara khas bersama Sinar Harian di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Ahmad Zahid sebelum itu memuat naik sekeping gambar bersama Dr Mahathir di Facebooknya.

Menerusi perkongsian itu, beliau memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat sempena bulan Ramadan.

Bila MP BN pertikai peruntukan kerajaan PH, Hanipa teringat filem lagenda 3 Abdul

MALAYSIA DATELINE

Bila MP BN pertikai peruntukan kerajaan PH,  Hanipa teringat filem lagenda 3 Abdul
Tindakan BN mempertikaikan jumlah peruntukan yang diterima oleh ahli parlimen pembangkang sesuatu yang melucukan dan ia seperti dejavu, kata Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

Deja vu adalah satu keadaan yang mana kita tiba-tiba terfikir bahawa kita pernah mengalami situasi yang sedang terjadi sebelum ini.

Beliau berkata, kenyataan ahli parlimen BN itu telah mengingatkan beliau kepada filem lagenda arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Tiga Abdul.

“Bila ada seorang MP BN mempertikai kononnya PH (Pakatan Harapan) tidak adil kerana jumlah peruntukkan yang MP pembangkang dan MP Kerajaan terima tidak sama, maaf saya nak tergelak.

“Kepala saya terus teringat filem 3 Abdul arahan arwah seniman negara. Lebih kurang begini.

“Bila bapa 3 adik beradik – Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub- meninggal dunia dan tinggal harta yang banyak, maka bermula episod pembahagian harta pusaka.

Menteri, anggota pentadbiran dikehendaki isytihar harta

MALAYSIA DATELINE

Menteri, anggota pentadbiran dikehendaki isytihar harta
Semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki mengisytihar harta masing-masing kepada Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan langkah itu berkata maklumat yang diterimanya tidak akan disembunyikan, sebaliknya akan turut disampaikan kepada agensi-agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan rasuah.

“Perdana Menteri tidak boleh sembunyi rasuah yang dilakukan oleh pegawai atau anggota pentadbiran yang lain, ” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Perdana Putra, hari ini lapor Bernama.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...