Friday, April 20, 2018

Mulai hari ini Umno adalah ‘hantu jembalang’, kata peguam AMANAH

HUSIN MAHA

Mulai hari ini Umno adalah ‘hantu jembalang’, kata peguam AMANAH
Seksyen 13A(4) Akta Pertubuhan 1966 tidak memberi kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menangguhkan pemilihan Umno kerana peruntukan itu hanya dikhususnya untuk perkara-perkara berkaitan pentadbiran RoS.

Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) AMANAH Mohamed Hanipa Maidin berkata, bergantung bulat-bulat ke atas seksyen tersebut untuk menangguhkan pemilihan Umno tanpa membaca dan memahami betul-betul kehendak seksyen 13A(4) adalah “amat tidak cerdik”.

“Seksyen 13A(4) bukan seksyen yang bagi cek kosong kepada RoS untuk suka- suka bagi lanjutan masa. Yang itu kena faham dulu.

“Nak faham kehendak seksyen 13A(4), kita kena lihat dan baca juga seksyen 13A (1) dan (2) Akta yang sama. Jika tidak, kita akan ‘sesat’,” jelas beliau.

Hanipa mengulas tindakan RoS memberikan lanjutan masa kepada Umno bagi mengadakan mesyuarat pemilihan yang sepatutnya dilaksanakan semalam.

Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim

Umno langgar perlembagaan, perlu buat pemilihan parti hari ini, kata Rais Yatim
Veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.

Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisytiharan mahkamah mengenai perkara itu.

“Itu bukan kerja saya tapi saya fikir yang bertauliah dalam soal ini ialah (anggota) Majlis Tertinggi (Umno).

“Pemimpin-pemimpin besar Umno yang berjawatan sekarang tidak boleh berdiam diri. Mereka harus mendapatkan panduan perundangan yang tepat dan jitu.

“Saya beranggapan jika Umno Pusat tidak membuat pilihan ini, mereka akan akan dianggap sebagai mengambil remeh persoalan perlembagaan Umno.

“Perlembagaan sudah jelas, mati tempohnya April ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Rais yang juga seorang peguam berkata, adalah jelas bahawa Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, hari ini, iaitu 19 April.

Pemilihan parti terakhir adalah pada 19 Oktober 2013.

Pas akui terima RM1.5 juta tetapi dakwa ia derma, bukan dari Umno

MALAYSIA DATELINE


Zuhdi mengesahkan Pas terima wang tetapi ia wang derma bukan dari Umno.

Selepas dicabar mendedahkan akaunnya pada 23 Mac 2018 bagi membukti Pas tidak menerima wang dari Umno, Pas hari ini mengaku menerima duit itu tetapi ia adalah derma individu kepada Pas bukannya dari Umno.

AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dalam wacana di Sinar Harian hari ini mengesahkan Pas menerima wang pada tarikh itu.

“Bekas pemimpin Pas mendakwa kita menerima RM1.5 dan satu juta dalam bank.

“Sebenarnya ini adalah derma, derma dari individu, bukan dari Umno. Bukan dari pejabat Umno.

“Sebab itu kita ucapkan terima kasih kepada orang yang derma itu. Lepas ini kalau ada yang mahu menderma RM5 juta, ahlhamdulillah,” kata Zuhdi yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) dalam program anjuran Sinar Harian hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...