Monday, December 9, 2019

Petronas cabar saman kerajaan negeri Sarawak


SYARIKAT
 petroleum negara, PETRONAS, mencabar saman difailkan Kerajaan Sarawak bagi menuntut cukai jualan terhadap produk petroleum keluaran syarikat berkenaan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Persekutuan dan Pemantauan Projek), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ketika mengesahkan tindakan itu, berkata PETRONAS memfailkan pernyataan pembelaan syarikat itu, petang semalam.

Memetik laporan Borneo Post, beliau berkata, PETRONAS mempunyai tempoh sehingga Isnin ini untuk memberi maklum balas terhadap writ saman yang difailkan Kerajaan Sarawak di Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 21 November lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...