Saturday, April 11, 2020

Sambung PKP : Jangan Salahkan Rakyat, Bila Kerajaan PN Sendiri Gagal..


Baru baca berita, Muhyidin Mengumumkan sambungan PKP, dan bersedia melonggarkan sedikit ruang ekonomi, aku taknak komen dulu..Cuma tunggu dan langkah seterunya..

Apapun tak perlulah salahkan rakyat atas sebab lanjutan tempoh PKP ini, Jelas terdapat kelemahan ketara tindakan Kerajaan dalam menangani Wabak ini, Ia bukan menyentuh soal frontliner mahupun petugas Kementerian Kesihatan yang jelas cemerlang....

ramai yang pulih hari ini hasil kecemerlangan mereka..samalah semasa gelombang pertama dahulu.. 22 kes Covid-19.//22 darinya Pulih.. Sehingga kita tidak ada kes selama 11 hari..

Aku tengok ramai yang cuba salahkan rakyat..Salahkan mereka kononnya mereka degil keluar rumah..Aku minta kita jangan terperangkap dengan Virus Azwan Ali yang menciptakan ketakutan tanpa fakta..

tetapi apa yang berlaku hari ini..jelas dari beberapa kegagalan tindakan MKN dan Nadma bertindak cepat.. menyebabkan tempoh PKP selama 4 Minggu hanya lah sia sia.. Mereka sendiri sejak awal tidak berusaha memutuskan rantaian ini...

Sebenarnya walaupun mereka wujudkan ketakutan kononnya Virus merebak, tidak ada kluster Pasaraya, Kluster Pasar pagi, Kluster Pasar tani atau Kluster kedai Mamak, Yang jelas sebaran wabak ini atas 2 faktor utama, Jangkitan Tabligh dan Import..

Apabila si KAYA & MISKIN bergantung pada orang lain, SANG AGAMA ambil peluang atas mereka

Yang miskin dan kaya bergantung pada org lain
AKHIRNYA ORG AGAMA AMBIL PELUANG


Org miskin bergantung kpd org kaya utk membantunya melalui sedekah duit dan org kaya bergantung kpd org miskin utk masuk ke syurga.Pergantungan inilah yg membuatkan bangsa ini mundur dan ramai pula mengambil kesempatan.

Org miskin ( sihat tubuh badan ) menjadi peminta sedekah tanpa bersusah payah bekerja. Akhirnya mereka menjadi pemalas dan hanya duduk diam menghulurkan tangan.

Org kaya pula meminta ahli2 masjid di kampung mendoakannya dan menjemput ke rumah setiap bulan utk bacaan Yasin. Mengharap org lain membaca agar dia mendapat pahala dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.

Lebih menyakitkan hati org beragama juga turut mengambil kesempatan ke atas org kaya dan jahil agama utk mencari keuntungan peribadi.

Mahu diubah? Kata Abdullah Mursyi dlm karangannya Pelayaran Abdullah Ke Kota Bharu,"Kamu dibesarkan oleh org tua yg menanam benih pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...