Monday, November 20, 2023

UNDANG UNDANG NEGERI VS UNDANG UNDANG PERSEKUTUAN

 


UNDANG UNDANG NEGERI VS UNDANG UNDANG PERSEKUTUAN

1. Perlembagaan Negara dengan jelas membuat agihan kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Jadual Kesembilan Perlembagaan Negara membahagikan :

i. Senarai I - Kuasa Persekutuan

ii. Senarai II - Kuasa Negeri

iii.Senarai III - Kuasa Bersama

2. Jika berlaku pertindahan kuasa, maka undang undang negeri adalah terbatal dan undang undang Persekutuan adalah terpakai. Sebarang pertikaian bidangkuasa hendaklah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

3. Kes Nik Elin adalah contoh satu pertikaian undang undang di mana pada anggapan Nik Elin, Kerajaan Kelantan telah melangkaui bidangkuasa yang dibenarkan ketika menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan. 

Tuesday, November 14, 2023

DEBAT WALAUN vs WALANON dalam isu istilah KAFIR & NON MUSLIM

 


Berdebat dengan walaun ni menarik dalam memahami mentaliti mereka dalam dakwah.

Isu nya menggunakan perkataan kafir kepada non Muslim. Katanya itu sahaja perkataan digunakan dalam alquran kepada orang bukan Islam dan seolah-olah kalau tak pakai perkataan kafir, maka menyanggah islam. Walhal, yang di pertikai kan oleh speaker ialah menggunakan perkataan kafir kepada orang Islam apabila PAS menyebut DAP Kafir sedangkan ada orang islam dalam DAP.
Dia tak berani sebut ahli kitab juga merujuk kepada Kristian.
Penggunaan berbeza ini menunjukkan sikap kita juga berbeza kepada mereka yang bersama atau memerangi kita.
Menarik buku di baca ialah the right of non Muslim in an islam society oleh dr yusuf Al Qaardawi.


PENJELASAN ISU KAFIR MENGKAFIR


Thursday, November 2, 2023

MANTAN MEJAR JENERAL DAN DR YG DIKETAWAKAN

 

Dulu saya terkejut bagaimana seorang Dr boleh mengatakan menu rahmah boleh membuatkan rakyat menghidapi kanser dan autisme. 

Masa itu saya anggap Dr Halimah terkena penyakit ‘bebal’ kerana sikap kepartian. Kita nak bantu rakyat dgn harga makanan murah dikaitkan dgn penyakit kanser. Apa kajian santifik yg membenarkan kenyataannya?

Tapi kali ini bila dia kata mengapa bantuan ke Gaza tidak dihantar melalui udara… tak tau samada dia berfikir di luar kotak atau dia memang bebal (maaf agak kasar bunyinya).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...