Kita dulu lama jadi Pembangkang. Pembangkang terbaik dan bermutu yang pernah wujud di negara ini adalah ketika ianya dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Setiap kali kerajaan waktu itu membentangkan bajet atau belanjawan, sudah pasti Pembangkang juga telah bersedia dengan bajet alternatif mereka. Kita mampu menyediakan bajet alternatif adalah kerana kita selaku Pembangkang ketika itu memiliki pemimpin yang hebat dan berpengalaman seperti Anwar Ibrahim serta ramai pimpinan yang berkualiti seperti Rafizi Ramli, Tony Phua, Nurul Izzah dan ramai lagi termasuk tokoh-tokoh profesional di luar parti yang pro kepada kita bersedia untuk memerah otak masing-masing bagi menyaingi bajet pemerintah Umno/Bn waktu itu. Kita memiliki kualiti kepimpinan di semua peringkat.