Monday, May 4, 2020

Pemandu Mabuk.. Sekarang Kamulah kerajaannya Jadi Laksanakanlah Hukuman Mati..!!

Ahmad Muslim Badawi Badawi


Tuan Ibrahim Tuan Man dalam responnya tentang kes kematian Koperal Safwan yang dilanggar pemandu mabuk.. Dia kata minta dipinda undang2 dia dikenakan hukum lebih berat.. Manakala Pemuda PAS minta segera dipinda Undang2 merujuk Akta 333..Begitu lunaknya pandangan pemimpin PAS pasal arak....

Kalau hanya menyentuh peningkatan hukuman dalam Akta 333, Pemimpin DAP yang juga mantan Menteri Pengangkutan kerajaan sah pilihan rakyatbukan saja Draf dan cadangan pindaan telah dibentang ke Kabinet.. malah kabinet sudah bersetuju pada sudut prinsip.. Lim Guan eng pun setuju...

Malah dalam kenyataan rasmi Antony Loke pada 29 january 2020.. Cadangan sudah dihantar kepada PDRM, MIROS dan Pejabat Peguam Negara untuk dibincangkan.. Jika tidak kerana ada Kerajaan tebuk Atap..usul pindaan itu mungkin telah dibawa ke Parlimen yang dijadualkan pada MAC 2020...

Apa yang dikatakan Tuan Ibrahim..begitu juga cadangan Wee Ka siong bukan lah perkara baru....depa hanya mengulang kata2 Antony Loke... Malah ia hanya melibatkan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibawah Akta 333..

Jadi mana pergi cadangan hukuman mati yang pernah dicadangkan PAS sebelum ini,... ? Awat tak cadangkan hukum Qisas.. mana pi Hudud PAS.. kerajaan 95% Melayu Muslim pun takkan takut dengan MCA..Kenapa cadangkan pindaan terhadap Undang2 yang dikatakan Undang2 Penjajah dulu?..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...