Saturday, September 2, 2023

BERANINYA PENJAWAT AWAM SEKARANG MENENTANG KERAJAAN?

Shahbudin Husin



Awal hari ini tersebar di media sosial berkenaan sebuah poster melibatkan Adun PN kawasan Ijok, Jefri Mejan yang memohon infaq atau sumbangan bagi penubuhan pusat khidmat masyarakat atas kedudukannya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Antara lain, infaq atau sumbangan itu diperlukan bagi membeli set komputer, printer, perabot pejabat, peti ais, signboard, whiteboard, set sofa dan internet.

Bagaimanapun, akaun bank yang digunakan bagi tujuan itu menggunakan nama Bakar Mat Jidi, yang kemudian dikenalpasti seorang guru besar sekolah kebangsaan.

Ramai netizen mengecam tindakan pengumpulan derma itu kerana kata mereka, wakil rakyat sepatutnya menolong rakyat, bukannya memohon pertolongan daripada rakyat.

Lebih menjadi perhatian ialah kerana akuan bank yang digunakan bagi tujuan mendapatkan sumbangan itu melibatkan seorang penjawat awam iaitu seorang guru besar.

Amirudin pula fail saman fitnah terhadap Sanusi


MB DENGAN 5 KES MAHKAMAH
Mampukah beliau bertahan hingga habis penggal atau gugur jawatan ADUN dan MB ditengah jalan kerana didapati bersalah di mahkamah yang menyebabkan dia hilang jawatan ADUN dan MB.

 

GURU BESAR GUNA AKAUN PERIBADI KUTIP DERMA UNTUK DANA POLITIK!



Isu terbaru dalam sehari dua ni.

🤦 Selepas YB PAS DUN Jitra dan DUN Sg Bakap, kini YB PAS DUN Ijok pula minta sumbangan daripada rakyat. Selepas dikecam, poster memohon sumbangan ditarik balik.


🤦 Part poster memohon sumbangan ditarik balik tu juga lucu. Kantoi, ada dakwaan mengatakan akaun penama adalah Guru Besar Sekolah Bukit Kerayong. Ada 2 orang nama guru didalam poster. Boleh ya cikgu-cikgu terlibat dalam politik secara langsung berkempen untuk pembangkang? Kalau 10-15 tahun lepas, mahu cikgu yang terlibat diambil tindakan kena pindah ke pedalam P3 🤭 Bebas dan terbukanya zaman Madani.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...