Wednesday, October 3, 2018

Kami baru 'jaga' lima bulan, kerosakan sudah 61 tahun

 Fuziah Salleh
SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh mengakui kerajaan PH berhadapan cabaran besar dalam mentadbir kerajaan.

Menurutnya, bukan mudah untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Untuk itu, beliau meminta rakyat bersabar dalam mendepani keseluruhan pelaksanaan janji-janji manifesto PH.

"Kami disini (jadi kerajaan) baru lima bulan, sedangkan kerosakan sudah berlaku 61 tahun, jadi takkanlah 61 tahun kerosakan dapat dibaiki dalam masa lima bulan," katanya kepada Sinar Harian.
Advertisement

Beliau berkata demikian dalam program Live Sinar Harian, di sini.

Beliau yang menjawab soalan penonton dalam program berkenaan memberikan satu analogi bagi mengambarkan perkara itu.

"Kalau orang 61 tahun ada sakit tulang belakang... dalam masa lima bulan itu kita nak bedah baiki, bukan satu perkara yang mudah," katanya yang menjawab soalan berkenaan pelaksanaan janji manifesto PH menjelang lima bulan pentadbiran PH.

Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok

+
 
Isteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata Datin Seri Rosmah Mansor diberkas oleh pegawai agensi antirasuah itu kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Katanya ketika itu Rosmah sedang memberi keterangan kepada penyiasat SPRM.

"Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa esok," katanya kepada Malaysiakini.

Penahanan Rosmah itu dibuat hampir lima jam selepas beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan agensi terbabit mengenai skandal 1MDB.

Terdahulu beliau tiba - untuk kali ketiga - di situ kira-kira jam 10.40 pagi ditemani peguamnya Datuk K Kumaraendran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...