Saturday, January 25, 2020

MENTERI : Sila lapur pada pihak berkuasa jika ada penyelewengan dalam THP


KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Saya mengambil maklum tentang sidang media yang diadakan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada petang semalam. Saya lihat, beliau dan mantan perdana menteri sangat berminat dengan isu-isu melibatkan Tabung Haji Plantation (THP). Terima kasih kerana menunjukkan minat yang mendalam dalam isu ini.

Sebagai makluman semua pihak sejak saya diamanahkan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), saya memberi sepenuh kepercayaan kepada agensi-agensi untuk menjalankan urusan mereka tanpa campur tangan politik. Perkara sama saya lakukan terhadap THP. TH hanya memiliki 72% saham dalam THP dan saya langsung tidak mencampuri sebarang urusan jual beli melibatkan THP. Ini kerana, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak pengurusan THP yang baru dapat menyelamatkan syarikat ini daripada terus mengalami kerugian.

PEMANDUAN MABUK & KEMALANGAN MAUT.. SESUATU HARUS DILAKUKAN UNTUK MENGATASINYA!

PEMANDUAN MABUK DAN KEMALANGAN MAUT

Masalah kemalangan maut akibat pemanduan mabuk dan kelemahan peruntukan undang-undang bagi menanganinya adalah diantara masalah yang diwarisi dari kerajaan terdahulu.

Ya. Ianya adalah diantara perkara yang perlu dibuat perubahan dalam peruntukan undang-undang dari sudut pencegahan, pengawalan, penguatkuasaan, dan undang-undang.

Tetapi saya fikir serangan ke atas kerajaan PH dalam isu ini tidak adil dan berniat jahat. Pertamanya, dari sudut statistik tiada peningkatan yang ketara pun sejak PH ambil alih kerajaan. Keduanya, PH baru memerintah tidak sampai dua tahun pun. Tetapi serangan dibuat seolah-olah PH sudah memerintah puluhan tahun.

SIRI 2 : SKANDAL TABUNG HAJI - Masa zaman Asyraf, Tanah milik umat islam dijual kepada syarikat cina!


25 November 2016 waktu Asyraf Wajdi jadi timbalan menteri agama, THP jual THP Gemas kepada Dupont & Leosk. Masa ni tak terfikir jual tanah umat Islam ke cina????

Dari FB : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=465935027434043&id=150274412333441

Siri 1 : SKANDAL TABUNG HAJI - Masihkah kau ingat??

SIRI 1 : SKANDAL TABUNG HAJI

‘Skandal Tabung Haji’ muncul di tengah hangat kita bersembang tentang bagaimana syarikat berpenyakit milik kerajaan, 1MDB; sedang bergelut untuk melunaskan hutangnya yang menggunung.

Nama Tabung Haji dipetik apabila ia didapati telah membeli sebidang tanah Tun Razak Exchange, seluas lebih sedikit daripada separuh padang bola, dengan harga yang luarbiasa mahal. Ini dipercayai telah dilakukan bagi membantu 1MDB melunaskan hutang-hutangnya.

Kebetulan, pengerusi Tabung Haji ketika hal ini terjadi adalah tidak lain, Azeez Rahim; bekas Ahli Parlimen Baling, yang duduk sangat hampir ke tengah lingkaran dalaman mantan perdana menteri merangkap suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Asyraf Wajdi dedah "Skandal Tabung Haji, Jom tengok skandal zaman siapa..?


Tadi Asyraf Wajdi buat Sidang Media, katanya "Skandal Tabung Haji".

Dalam sidang media tadi Asyraf sebutkan beberapa perkara. Aku tak nak jawab semua lagi, aku nak layan Asyraf baik2...

Tadi Asyraf tanya - "Kenapa jual aset berkenaan sedangkan pengeluarannya sekian sekian sekian. Aku nak bagitau Asyraf, fakta kau berterabur, entah dekat longkang mana entah kau kutip...

Aku nak tanya balik Asyraf, Kenapa TH beli aset tu masa Asyraf Timbalan Menteri..? Dapat wahyu dari mana masa beli aset ni..?

Siapa beli pada harga yang tinggi dan kenapa buat unjuran hasil ladang per hektar yang tinggi untuk justifikasi nilai perolehan padahal angka itu x munasabah berdasarkan keadaan aset..?

Realitinya:

1. Ladang tersebut dibeli dari sekumpulan "broker" termasuk Weida Group dengan harga RM254.58 juta. Laporan aset dimanipulasi, keluasan Ladang Boleh Tanam dinaikkan kepada 6,100 hektar padahal realitinya hanya 4,842 hektar (79%) dari keluasan sebenar aset SAHAJA sesuai untuk tanaman. Selebihnya sangat tidak sesuai kerana keadaan aset berbukit/jenis tanah dll masalah.

2. Mengikut anjuran semasa pembelian aset, jangkaan hasil dinilai setinggi 145,630 metrik tan setahun padahal hasil sebenar tak sampai 50% dari nilaian sebenar (rujuk gambar 1 & 2)

Asyraf nak dedahkan skandal siapa..?

Link fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2626726194043536&id=100001185422604
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...