Wednesday, April 8, 2020

Al-Kisah Cerita ARAK Antara Dua Zaman, PH & PN?

Cerita arak

1. Kami memang setuju arak itu haram bagi orang Islam, tiada khilaf tentang itu. Sama ada kami pembangkang, atau kerajaan, atau jadi pembangkang semula, pegangan itu konsisten.

2. Cuma kami menghormati hak2 orang bukan Islam untuk minum arak kerana bagi mereka tiada hukum haram bagi arak. Kecuali hukum haram mabuk ketika memandu, ia mesti diterima oleh semua rakyat, muslim atau non muslim, kerana ia undang-undang negara.

3. Ketika kami memberi pandangan bahawa kilang dan kedai arak tak boleh ditutup kerana orang2 bukan Islam pun ada hak, kami dikecam sebagai liberal, munafiq, khadam Dap, walak kuffar oleh pengikut Pas dan juga Umno (ketika itu cytro Umno hanya mengambil kesempatan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu kepada kami, bukan benci arak sangat pun, kerana mereka dulu pun benarkan arak dijual.. heheh).

Walau kami bawa hujah khalifah Umar bin Abdul Aziz pun tak tutup terus kilang dan kedai arak di zaman pemerintahannya yang soleh dan warak itu pun, kami tetap dilabel khadam Dap. Beberapa orang pimpinan difitnah dengan poster yang mengandungi kata-kata yang mereka tak pernah kata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...