Monday, June 4, 2018

Tun M buktikan rakyat pilih ‘parti miskin’ ketika PRU14

 Tun M buktikan rakyat pilih ‘parti miskin’ ketika PRU14
ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemenangan besar Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14 membuktikan rakyat mampu menolak sogokan dan rasuah yang ditawarkan kerajaan terdahulu bagi mendapatkan undi.

Katanya, tindakan itu didorong rasa tanggungjawab rakyat terhadap kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

"Sebab itu ramai rakyat dari semua peringkat tolak parti yang umpan mereka dengan sogokan sebaliknya mereka beri sokongan kepada parti yang miskin dan tidak dapat hulur wang dan macam-macam lagi sogokan.

"Rakyat memberi sokongan kuat sehingga terjatuhnya sebuah kerajaan yang memerintah negara selama 61 tahun kerana sikap mereka (kerajaan terdahulu) yang bertukar daripada pejuang kemerdekaan kepada parti yang tamak untuk kumpul kekayaan sendiri," katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pimpinan dan Jentera Pilihan Raya PH Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Warga marhaen tawar RM10,000 jejak Jamal

Warga marhaen tawar RM10,000 jejak Jamal
SHAH ALAM - ‘Misteri’ kehilangan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat perhatian netizen yang ingin membantu menjejak beliau.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, ada seorang individu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat persembunyian Jamal.

“Seorang warga marhaen melalui saya ingin menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sahih mengenai tempat persembunyian Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang kini dalam buruan pihak polis,” tulisnya di laman Twitternya hari ini.

Mahkamah Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap kepada Jamal selepas beliau gagal tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan ke atas dirinya.

Jamal kini dikatakan telah melarikan diri ke Indonesia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang Jamal di mana-mana balai polis berdekatan.

Lantikan Panglima ATM - Kementerian siasat dakwaan maklumat bocor

Kementerian Pertahanan akan melakukan siasatan berhubung dakwaan kononnya terdapat kebocoran dokumen sulit berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai kanan tentera seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata siasatan akan dijalankan oleh Cawangan Provos Marsyal, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) – Bahagian Perkhidmatan Anggota bagi menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.

"Sekiranya dakwaan berkenaan terbukti benar, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang.

"Kementerian Pertahanan mengambil serius akan dakwaan berlaku kebocoran dokumen sulit berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai kanan tentera seperti disiarkan oleh pihak media," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siti Hasmah: Esok adalah hari yang genting

Selepas sesi wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, pagi ini, Tun Dr Siti Hasmah Ali menandatangani autograf.

Dengan pena di tangannya, beliau meminta wartawan menyatakan tarikh hari ini. Dan apabila diberitahu bahawa ia adalah 4 Jun, beliau menjawab: "Ahh .. Esok akan menjadi hari yang sangat genting (crucial)."

Beliau kemudian menceritakan, tidak seperti tempoh suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri lalu, kali ini, "setiap hari adalah tempoh kritikal."

Walaupun mengulangi bahawa esok akan menjadi "hari kritikal" berulang kali, namun Siti Hasmah tidak mengulas lanjut.

Terdapat beberapa peristiwa penting yang dijadualkan esok seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Antaranya, SPRM dijadual merakamkan kenyataan daripada isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden AMANAH berbuka puasa dengan Yang Dipertuan Agong

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu diterima menghadap oleh Yang Dipertuan Agong di Istana Kelantan petang semalam.

Kedua-dua mereka kemudiannya telah berbuka puasa bersama.

Melalui facebooknya, Menteri Pertahanan itu turut menaikkan beberapa gambar pertemuan mereka berdua.

“Saya menjunjung kasih Kebawah Duli ang maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V atas undangan berbuka puasa di Istana Kelantan petang semalam,” tulis Mohamad dalam facebook beliau.

Istana jelaskan isu perlantikan Peguam Negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...