Saturday, July 11, 2020

Tabung Haji: Sudah yang tak sudah.. Apa yang sudahnya duhai Asyraf..?


Tabung Haji: Sudah yang tak sudah

1. Kalau sudah, kenapa tak berhenti membuat bising di media sosial? Nampaknya yang tak senang hati dan tak sudah-sudah ialah Dr. Asydaf Wajdi (DAW) sendiri.

2. Saya sudah tiada apa-apa kaitan perkhidmatan dengan mantan Menteri Hal Ehwal Agama YB DS Dr Mujahid Yusof, namun saya adalah seorang muslim yang sedar akan kewajipan menjadi saksi atas kebenaran. Menyembunyikan persaksian adalah berdosa.

3. Oleh kerana Ketua Pemuda Umno DAW masih nak bermain politik untuk menjatuhkan imej mantan Menteri Hal Ehwal Agama dan kerajaan yang lepas, walaupun Tabung Haji (TH) telah membuktikan kejayaan dan kesan positif langkah yang diambil kerajaan PH, berbanding rekod teruk yang ditinggalkan oleh beliau sendiri sebagai mantan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, maka saya rasa dipanggil untuk menjelaskan.

TAHNIAH TH.. TAHNIAH PH.. Mana suara yang mengatakan MUJAHID sudah lelong aset TH?


 The truth reveals..

Ikutkan pendedahan dan serangan facebooker yang ramai pengikut seperti budak Bukit Tunggal kononnya mantan Menteri Agama telah melelong aset umat Islam di TH dengan kerugian yang melampau dan TH salah guna sifir kira2, maka sewajarnya TH berada dalam khusrin mubin atau kerugian yang nyata.

Dengan keuntungan setengah tahun 2020 RM1.55 ribu juta, ternyata sifir pengurusan tertinggi TH yang dilantik PH adalah sifir yang tepat.

Tak terbayangkan apa yang akan berlaku jika masalah defisit TH selama 5 tahun 2014-2018 tidak dibuat pemulihan oleh PH secara pemindahan aset rosot nilai teruk bernilai RM10 ribu juta kepada SPV (Urusharta Jemaah Sdn Bhd) dengan pulangan terjamin sebanyak RM19.9 ribu juta.. tak mungkin keuntungan perniagaan TH dapat dinikmati oleh para pendeposit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...