Thursday, November 21, 2019

Kenapa MCA persoalkan tender baja kepada 'NAFAS'!?


We Ka Siong MARAH Kerajaan Pakatan Harapan nak bagi kat NAFAS? Nafas ni bukannya syarikat Sdn Bhd yang kamu tengah pertahankan!

NAFAS ini Pertubuhan Peladang Kebangsaan, ahli Peladang seluruh negara 920,000 orang yang majoritinya Melayu Islam. Pertubuhan Peladang Negeri ada 14 buah dan Pertubuhan Peladang Kawasan ada 279 buah di seluruh Malaysia. 20% sahamnya pula dimiliki oleh anak syarikat PETRONAS yang memang profesional dalam pembuatan baja Urea.

NAFAS menguruskan Baja Padi Subsidi ni sejak 22 tahun lepas lagi, untuk ahli-ahli Peladang seluruh Malaysia. Kilang Baja Padi paling besar di Malaysia, pengeluarannya dalam 8% daripada industri baja Negara.


Kapasiti pengeluaran setahun dalam 310,000 MT, sedangkan baja subsidi cuma 250,000 MT - 280,000 MT setahun. NAFAS memang mampu buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...