Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir berkata, pemilihan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof tidak sepatutnya dijadikan isu.
Katanya, apa yang dilakukan pembangkang itu hanya bertujuan untuk meraih perhatian.
"Inilah sikap orang baru jadi pembangkang nak belajar cara untuk membantah. Mereka protes keluar tetapi kemudian masuk semula dewan untuk angkat sumpah.
"Kalau betul mereka tak boleh terima, kena bantah betul-betul lah. Bagaimanapun, saya ucapkan selamat berlatih jadi pembangkang," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, kekecohan pagi tadi adalah satu sesuatu yang 'sihat'.
"Kita dah melihat pertukaran kerajaan selepas 61 tahun tanpa pertumpahan darah. Maka apalah sangat keluar dewan.