Friday, January 10, 2020

Penyokong PH semakin meluat kabinet Mahathir, sudah 2X dia langgar tapi pimpinan biar saja..

2 kali Dr M langgar manifesto PH, kata pemimpin PKR
Adam Abu Bakar - January 10, 2020 3:42 PM


PETALING JAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membuat keputusan memalukan apabila secara terang-terangan melanggar janji manifesto Pakatan Harapan (PH) dengan membuat keputusan memangku jawatan menteri pendidikan.

Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali berkata sehingga kini masih tidak ada kenyataan jelas dari Pejabat Perdana Menteri berhubung tempoh Mahathir akan memangku jawatan itu selepas penyandangnya, Maszlee Malik meletakkan jawatan.

“Dahulu dia sudah ambil jawatan menteri pendidikan, kemudian dia tarik diri sebab melanggar manifesto dan ditentang orang parti serta orang awam. Jadi, apa yang dibuatnya hari ini adalah dia melanggar sekali lagi apa yang sudah dilanggar sebelum ini.

“Ini tindakan memalukan kerana kita tidak tahu berapa lama dia hendak jadi pemangku, boleh jadi seminggu dan boleh jadi setahun. Apakah akhirnya orang akan katakan Mahathir pecat Maszlee supaya dia boleh ambil balik jawatan itu,” katanya kepada FMT.

Tun M memangku jawatan MENTERI PENDIDIKAN.. Adakah Jamaah MENTERI PH sudah kena cucuk hidung dengan Tun M?

Adakah Tun M sudah mula kembali dengan perangai lama.. Dia dilihat mula melanggar perjanjian dalam PH dimana PM tidak boleh memegang jawatan menteri.. 

Tapi kali ini beliau tidak mengendahkan semua tu.. Dan yang paling malang perkara nie diangguk oleh semua jemaah menteri.. 

Ini kelihatan jemaah menteri PH sudah kena cucuk hidung oleh Tun M.. Apa sudah jadi PH..?

Nampaknya pembangkang mula mempermainkan PH kerana sudah cakap tak serupa bikin... 


Nukilan 
Abe Kodiang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...