Wednesday, January 16, 2019

Apabila NAJIB kondem cybertrooper BN menghabiskan beras aja masa PRU14 dahulu..!

Gambar ini adalah program anjuran kelab kleptokrasi di Shah Alam bernama "Malu apa bossku". Dalam program ini sdra Najib beberapa kali sentuh isu caitrooper kendalian regime kleptokrasi yg terkait sebelum PRU14 dan situasinya selepas mereka kalah.

Apa sorotan yg Najib cakap... antaranya mengakui bahawa pahlawan2 cyber yang dibayar oleh pentadbirannya dahulu hanya "menghabiskan beras".

Program seperti Twitter Bot, Facebook Like Bot, blog saraf, akaun twitter & fb fake hanya untuk mengecai mengganggu penulisan kalian, caitropper JASA memasang sonar maya mengesan sapa penjawat awam yg menyokong PR ketika itu kemudian PH semata nak pindahkan cikgu2 semenanjung ke pendalaman Sabah Sarawak adalah mereka yg berbayar menggunakan wang rakyat.

Tuesday, January 15, 2019

Perubahan kerajaan PH lambat - Bridget Welsh

MENURUT pendapat Profesor Madya dan pengkaji politik negara Asia yang tidak asing, Bridget Welsh pergerakan politik Malaysia ke arah perubahan (reform) berjalan perlahan dan sesetengah terbantut walaupun sudah lapan bulan berlalu.

Lantaran itu menyebabkan kalangan rakyat kecewa, khasnya mereka mengharapkan kerajaan PH dapat memenuhi kehendak perubahan sosial, politik serta perubahan dalam sistem pentadbiran yang diharapkan.

Walaupun beliau tidak menghurai mendalam kelembaban itu, tetapi dapat difahami antaranya ialah kerana berlaku persaingan di antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim.

Peruntukan pendidikan : Siapa untung..?

Oleh : Ustaz Ali Muda

Apabila tersiarnya berita Kementerian Kewangan memperuntukkan sebanyak RM12j kepada Sekolah Persendirian Cina (SPC), sambutan terhadapnya bersimpang-siur. Bagi masyarakat Cina, sudah tentu ia berita gembira yang mereka tunggu-tunggu sejak lama.

Manakala respon masyarakat Melayu pula terbahagi kepada dua. Yang pertama melihat kewajaran peruntukan itu memandangkan SPC tidak pernah diberi bantuan kerajaan sebelum ini atas alasan ia sekolah swasta. Walaupun mereka sedar SPC adalah sekolah swasta, namun mereka berpendapat anak-anak Cina rakyat Malaysia juga layak mendapat bantuan kerajaan berdasarkan sumbangan cukai yang mereka bayar kepada kerajaan. Pandangan ini merupakan pandangan progresif orang Melayu yang menerima hakikat negara ini adalah sebuah negara yang dikongsi bersama oleh seluruh warganya tanpa mengira ras atau asal-usul.

Sunday, January 13, 2019

Majlis Tahfiz Negara tambah baik institusi tahfiz bakal dilancarkan tahun ini


Majlis Tahfiz Negara yang ditubuhkan untuk menambah baik institusi tahfiz dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Katanya, sebelum majlis itu dilaksanakan, satu program muzakarah akan diadakan dengan mengumpul semua pengelola sekolah tahfiz berdaftar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam mengendalikan institusi berkenaan.

“Muzakarah itu kita harap akan dapat menyiapkan satu resolusi untuk mewujudkan Majlis Tahfiz Negara,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil.

Thursday, January 10, 2019

Peruntukan RM12 juta untuk sek persendirian cina.. Malaysia Baru atau Malaysia Keliru?

Adilkah sistem yang degil enggan patuh pendidikan kebangsaan mendapat peruntukan kerajaan?

The Star Online 6 Januari lepas laporkan peruntukan RM12 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) akan dikeluarkan minggu ini.

Dijangka esok ada majlis penyerahan peruntukan daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Serah di mana? Jeng, jeng, jeng!

Serah di New Era University College dekat Kajang, Selangor bukan di wilayah Kwangsi, Kwangtung dan Fukien di China, ya.

Apa makna dan simbolnya?

Wednesday, January 9, 2019

Najib, 7 individu dimasukkan dalam saman balu PI Bala

Najib Razak dan Rosmah Mansor dinamakan sebagai defendan dalam kes saman balu PI Bala.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 29 Mac untuk mendengar permohonan ahli perniagaan, J Deepak bagi memasukkan nama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan 7 yang lain sebagai pihak ke-3 dalam kes saman difailkan keluarga penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam.

Peguam K Vinod, yang mewakili Deepak berkata anak guamnya selaku defendan dalam kes saman itu menyerahkan notis pihak ke-3 kepada semua individu berkenaan tahun lepas untuk memasukkan semula mereka sebagai pihak ke-3 dalam kes saman tersebut.

Selain Najib, 7 individu lain adalah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, adik Najib iaitu Datuk Mohd Nazim dan Datuk Ahmad Johari, peguam Tan Sri Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Arulampalam Mariampillai serta Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat.

Vinod berkata semua individu itu, yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu kecuali anak guamnya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman dikemukakan balu Balasubramaniam, A Santamil Selvi dan 3 anaknya.

Tuesday, January 8, 2019

Duhai pimpinan PH.. Jujurkah Malaysia Baru?

Di sebalik kebanggaan Malaysia Baru, ada gejala tidak sihat apabila sebahagian Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen bukan Melayu dilihat masih terkepung dalam sentimen perkauman.

Buktinya?

Sidang media pada 26 November 2018 di lobi Parlimen yang menyalahkan polis ekoran rusuhan ganas di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya dihadiri oleh:

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy - pernah memfitnah di Belanda menjaja penganut Hindu teruk kena diskriminasi.

2. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar

3. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo

Saturday, January 5, 2019

Hadi ibarat mentua sorok menantu mencuri


ULASAN | Lebih kurang seminggu lalu, di London, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengulas mengenai skandal kewangan Tabung Haji di hadapan penyokong PAS dari kalangan penuntut Malaysia di London.

Laporan mengenai ulasan beliau itu disiarkan oleh Harakahdaily, yang kemudiannya dipetik oleh Malaysiakini seperti laporan ini.

Antara lain, Abdul Hadi menyebut:

“Mereka hentam Tabung Haji melalui media, bukan melalui mahkamah. Media menjadi hakim, ini tak betul, salah! Apa membimbangkan kita, digunakan isu ini untuk merendahkan imej Islam.

“Itu agenda itu ada. Ini kita kena sedar. Padahal pihak lain banyak juga buat salah. Tapi dibesarkan di media, agenda yang tersirat ialah untuk menjatuhkan imej Islam,” kata Abdul Hadi.

Isu pengurusan dan penyelewengan kewangan di Tabung Haji ini telah saya huraikan sejak 2013 iaitu tahun pertama saya berada di Parlimen dahulu. Dari pengalaman saya sebagai juruaudit dan akauntan bertauliah, terlalu jelas ada benda yang tidak kena mengenai pengurusan kewangan Tabung Haji.

UMNO hilang pemimpin 'heavyweight'?

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bh.com.my

APAKAH benar UMNO kini kehilangan ramai pemimpin heavyweight sehingga nada pemimpin kanan parti itu mula ber- ubah dalam menentukan arah haluan dan survival perjuangan seterusnya?

Juga sejauh mana kebenaran cakap-cakap politik bahawa parti terbesar yang pernah mewakili Melayu itu sudah boleh melupakan hasrat untuk berkuasa semula, berbanding keyakinan sebelum ini bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan ditumbangkan mereka sebelum penggal pemerintahan berakhir?

Mungkin cakap-cakap ini berasas melihat tindak-tanduk pemimpinnya yang mula menggunakan strategi pintu belakang untuk mengajak wakil rak- yat Melayu atau Islam supaya membenci DAP, yang dengan sendirinya melompat ke dalam parti itu, selain bergabung dengan PAS.

Sebaliknya, semakin ramai Ahli Parlimen meninggalkan parti itu, selain percakaran dengan PAS yang masing-masing mahu menonjolkan kekuatan dan memperkecilkan kawan.

Antara nama besar meninggalkan parti itu seperti bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Elak ahli politik pegang jawatan dalam GLC


Skandal kewangan membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH) menggemparkan seluruh negara, terutama dalam kalangan Melayu Islam.

TH yang ditubuhkan pada 1963 ialah cetusan idea Prof Diraja Ungku Aziz, apabila mendapati ramai masyarakat Islam negara ini tidak mempunyai simpanan.

Simpanan khas dengan TH juga dapat mengelak unsur riba dalam institusi kewangan ketika itu.

Menerusi TH, umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadah haji akan mempunyai simpanan wang lebih selamat dan teratur.

TH berkembang menjadi salah satu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terbesar di negara ini, kecekapannya menguruskan jemaah haji setiap tahun mendapat pujian Kerajaan Arab Saudi.

Malangnya, pendedahan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, bahawa TH sejak 2014 gagal mematuhi dua syarat untuk membolehkan pembayaran hibah cukup mengejutkan.

Laporan oleh akauntan bebas PriceWaterCooperation (PWc) mendapati akaun TH berakhir Disember 2017 merekodkan aset berjumlah RM70.3 bilion, manakala tanggungan liabiliti hanya berjumlah RM74.4 bilion menunjukkan ia menanggung defisit berjumlah RM4.1 bilion.

Friday, January 4, 2019

RON95, RON97 turun 27 sen mulai tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Mulai tengah malam ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 27 sen seliter.

Harga runcit pertol RON95 diturunkan daripada RM2.20 kepada RM1.93 seliter manakala RON97 diturunkan daripada RM2.50 kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit diesel pula akan diturunkan daripada RM2.18 kepada RM2.04 seliter.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penetapan harga itu adalah bagi tempoh mulai esok sehingga 11 Januari ini.

Berita lanjut menyusul.

Presiden PAS - JADILAH MELAYU YANG TIDAK LUPA

Minda Presiden PAS


JADILAH MELAYU YANG TIDAK LUPA

Sabda Rasulullah S.A.W.:

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا ائْتُمِنَ خَانَ (رواه البخاري ومسلم)

“Tanda orang munafiq itu tiga: Apabila berjanji dia mungkiri, apabila dia bercakap dia bohongi dan apabila dia diberi amanah dia khianati”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Melayu yang beragama Islam berakhlak mulia sangat menjaga pesanan Rasulullah S.A.W. sehingga setiap janji yang diucapkan kebiasaannya akan menyebut dengan Insya-Allah, kerana kebimbangannya berkemungkinan ada halangan tidak dapat menunaikan janji. Apabila memungkiri janji dengan sendirinya berlaku bohong dan tidak amanah laksana mata rantai yang saling berkaitan.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) menjadi pengajaran bagi bangsa Melayu dalam menilai pemimpin yang mudah bercakap dengan lidahnya yang tidak bertulang: “Malam ini diisytiharkan menang, esok harga minyak diturunkan”. Laksana ucapan Almarhum Presiden Sukarno yang bergetar ucapannya mahu mengganyang Malaysia sebelum ayam jantan berkokok pada waktu pagi sewaktu penubuhan Malaysia yang terus tegak sehingga kini.

Ramai orang Melayu yang bertepuk tangan sehingga hampir bengkak jari jemarinya kerana mudah percayakan janji seperti ini. Tetapi sifatnya sejak azali mudah lupa. Sorak kemenangan pilihan raya menjadikannya lupa apa yang dilaungkan sebelumnya.

Maka yang paling kuat berucap dengan janji itu dikira paling layak menjadi pemimpin. Islam yang dianutinya sejak beberapa abad dilupakan, Rasulullah S.A.W. yang disambut maulidnya setiap tahun dengan gema selawatnya, hanya sekadar satu hari sahaja seperti mudah lupanya dengan janji yang kuat dilaungkan itu.

Tun, betulkah Melayu malas?


Tajuddin Rasdi

https://i0.wp.com/www.cikguhairul.com/wp-content/uploads/melayu-bangsa-pemalas.jpg?resize=600%2C338
Dalam beberapa ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 9 Mei 2018, pandangan beliau ialah Melayu berada di keadaan semasa kerana mereka kaum yang “malas” atau “lazy” atau berat tulang, kata pepatah Melayu.

Dalam artikel ini, saya akan bentangkan pandangan saya yang lebih banyak tidak bersetuju dengan anggapan ini, tetapi ada sedikit yang saya setuju dengan pandangan Tun.

Saya telah banyak menulis tentang Melayu rasis, tetapi bukan malas. Saya banyak menulis Melayu tidak berfikiran kritis dalam beberapa isu penting, tetapi bukan Melayu pemalas.

Saya pernah tulis tentang para akademik Melayu yang ramai di universiti awam amat rajin isi bakul mereka sendiri dan mengabaikan tanggungjawab membina negara bangsa, tetapi saya tidak pernah kata mereka malas.

Saya bukan ahli ekonomi, tetapi saya tahu kalau bulan Ramadan nak makan di Sunway Pyramid, IOI Mall atau mana-mana tempat berharga sederhana dan berharga mahal seperti Tony Romas, kalau tak “booking” dahulu, alamat buka puasa dengan biskut di tepi jalanlah.

Saya bukan ahli ekonomi, tetapi kalau pergi Dol Tomyam dekat rumah saya penuh dengan Melayu makan bersaji dari 6 petang sampai 11 malam.

Thursday, January 3, 2019

Mukhriz : Jika mahu Akhyar RM1 pun kita boleh bagi tapi silalah guna pintu depan..

KFA tetap akan bawa kes perpindahan Akhyar ke Timbang Tara!

Biar pihak ketiga menjadi penentu!

Ini jawapan Dato Seri Hj Mukhriz apabila ditanya saranan dari TMJ kononnya ada cara tebus kontrak.

Benarkah cara tersebut?

Pertamanya, saya ingat tidak boleh dicadangkan sesuatu seolah-oleh mengikut peraturan, apabila punca masalahnya ialah pelanggaran peraturan itu sendiri. Jadi ni sekarang bercakap pula soal timbang tara, lepas tu tak payah timbang tara, boleh runding terus. Jadi yang awal, tindakan awal yang dibuat, iaitu menawarkan pemain kita secara backdoor yang itu pun dah salah awal-awal lagi.

Jadi daripada pandangan kami yang paling adil ialah timbang tara, yang tu ada pihak ketiga yang tidak berkepentingan, ia boleh menimbang hujah kedua-dua pihak atau ketiga-tiga pihak, dari JDT dan KFA, malah empat pihak kalau termasuk pemain itu sendiri dan mereka akan buat keputusan, kita akan terima keputusan itu, tujuan cadangan kami untuk redakan keadaan. Timbang tara merupakan kaedah yang termaktub dalam peraturan FAM.

Wednesday, January 2, 2019

AZMIN BELUM LAYAK JADI PERDANA MENTERI.....

Di sebalik Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi komitmennya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim tidak lebih daripada tempoh dua tahun selepas beliau memegang jawatan itu, spekulasi lain terus tersebar dan berkembang hampir setiap hari.

Spekulasi paling diperkatakan ialah kononnya Azmin Ali adalah calon pilihan dan pujaan sebenar Tun Mahathir untuk mengisi jawatan Perdana Menteri ke-8, bukannya Anwar.

Sementelah dengan terdedahnya percutian beliau bersama Hishammuddin Hussein di Maghribi baru-baru ini, ia dikatakan adalah salah satu usaha untuk mendapatkan sokongan sebahagian Ahli-Ahli Parlimen UMNO bagi tujuan "mencantas" laluan Anwar itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...