Saturday, March 9, 2019

Ini Habuan Menanti Untuk Penghina Islam dan Rasul SAW

Penjara 10 tahun dan 10 bulan akan dikenakan

Orang ramai digalakkan membuat Lapotan Polis dan aduan terus kepada SKMM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad, dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Umno nak 'kerajaan UG' dengan PAS di 4 negeri

Umno mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan (UG) dengan PAS pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti baru-baru ini, maklum pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan.

Mohamad dipetik Utusan Online berkata ia akan dinamakan Kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir BN dan Pas.

Menurut timbalan presiden Umno, satu jawatankuasa kerja telah diwujudkan di peringkat parti itu yang dipengerusikan Naib Presiden, Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa dibentuk Pas kelak.

RM900JUTA dari Ahli Pas, cukuplah ulang skrip basi YB!

Maaf, cukuplah ulang skrip basi YB!

1. Malaysiakini lapor ada seorang pemimpin kata apa peliknya jika parti pimpinanannya ada wang RM 90 juta?

2. Alasan beliau partinya ada jumlah ahli seramai satu juta lebih dan jika seorang ahli sahaja derma RM 100, maka akan cecah RM100 juta.

3. Cukuplah cakap mengarut Ustaz YB. Ingat YB, tak semua orang dalam negara ini yang mudah diperbodohkan. Maaf, itu, bagi saya, skrip basi YB.

4. Jika YB dan parti YB begitu yakin boleh kumpul wang RM 90 juta dari derma para ahli, maka jika YB atau parti YB yakin bahawa tuduhan ke atas parti YB terima wang dari Umno RM 90 juta adalah fitnah janganlah tarik balik saman fitnah di Kota London itu.

KHAZANAH RUGI : SIKAP BN UMPAMA MELUDAH KE LANGIT KENA MUKA SENDIRI


Pemimpin Barisan Nasional (BN) seperti biasa memberikan madah berhelah kepada rakyat Malaysia.kali ini mengambil jalan mudah iaitu menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk mengelakkan dari dipersalahkan atas kerugian besar yang dialami oleh Khazanah Nasional (Khazanah).Kerugian Khazanah berpunca daripada kebebalan BN menguruskan ekonomi negara sewaktu berkuasa dahulu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi,YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali telah berkata kerugian tersebut berpunca daripada pelaburan yang telah dibuat sebelum PAKATAN mengambil alih kuasa.

"Masalahnya sesetengah ahli politik hari ini, sering kali menteri-menteri yang telah gagal, bercakap dulu dan kemudian baru periksa apa yang telah dikatakan.

"Akhirnya meludah ke langit, terkena muka sendiri. Ini sebabnya," jelas Naib Presiden PAKATAN itu.

KALAU NAJIB BERSALAH KENAPA TIDAK DITANGKAP?


Ini jawapannya. Kira sampai habis, berapa kali Najib cuba tangguhkan kes mahkamahnya.

1. 23 November 2018: Najib tak nak dibicarakan, cuba gugurkan 25 pertuduhan terhadapnya.

2. 9 Januari 2019: Najib buat DUA permohonan cuba batal kelayakan pasukan pendakwaan.

3. 15 Januari 2019: Najib cuba tangguh kes SRC International.

4. 7 Februari 2019: Tiga minggu selepas mencuba, sekali lagi, Najib cuba tangguh kes SRC International.

5. 10 Januari 2019: Jabatan Peguam Negara bantah sekeras-keranysa permohonan Najib gugurkan pasukan pendakwaan (susulan kes ke-2 di atas), dakwa Najib cuba melengahkan masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...