Monday, February 19, 2018
Adakah berbeza parti politik menggambarkan berbeza Aqidah & Syariah?
Berbeza parti politik bukan bererti berbezanya aqidah dan syariah. Samada menyokong Pas, UMNO, Amanah, Bersatu dan Keadilan, atau Dap dan mana mana parti politik, mereka masih berkiblatkan Kaabah, kubur dan masjid mereka masih sama, walaupun mereka mungkin berbeza pakaian, penampilan dan tutur kata.
Tidak ada sesiapa pun dari kalangan mereka yang layak digelar kafir, apalagi harbi selagi aqidah mereka tidak terbatal dan disahkan oleh mahkamah syariah mengikut undang undang negara.
Imam Al Ghazali r.a berkata:
" kami tidak pernah mengkafirkan ahli kiblat"
Begitu juga tidak ada sesiapa pun yang layak digelar munafik kerana keengganan mereka menyokong perjuangan parti tertentu kerana munafik ialah mereka yang menyembunyikan kekufurun dengan berpura pura mengaku Islam. Sifat ini hanya wujud dalam masyarakat yang asalnya tidak Islam dan telah berubah menjadi negara Islam seperti yang berlaku di Madinah. Tidak ada golongan munafik ketika Islam sedang berkembang di Mekah.
‘Hadi lupa sejarah penubuhan AMANAH’
ARIF ATAN
AMANAH wujud selepas Pas dilihat semakin hari semakin lunak dengan Umno melalui idea kerajaan perpaduan (UG), kata Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin.
Menurutnya, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lupa faktor kewujudan AMANAH pada 2015 ketika ramai pemimpin Pas lain masih mengingati beberapa rundingan sulit dengan Umno.
“Abdul Hadi lupa sejarah penubuhan AMANAH dan tak nampak realiti gerak kerja politik AMANAH masa kini.
“Lupakah Abdul Hadi kepada rundingan belakang tabir dan pertemuan rahsia pemimpin Pas dan Umno yang berlangsung bukan sekali?
“Kalau Abdul Hadi lupa, bolehlah dia merujuk kepada Nasharuddin Mat Isa (bekas Naib Presiden Pas), Nik Abduh dan Nasruddin Hassan.
“Tentu mereka tahu dan ingat. Takkan mereka pun lupa juga?” dipetik daripada status Facebook beliau hari ini.

Siapa yang pandai-pandai kata KEDAH main TIKI-TAKA?
AKU TERPAKSA REPOST ARTIKEL NI SEBAB SINDROM TIKI TAKA DAH MAI BALIK DEKAT NEGERI KEDAH TAUN NI.
DARI DULU AKU DAH KATA YANG KEDAH TAK PERNAH PUN MAIN TIKI TAKA. SHORTPASS TAK SEMESTINYA TIKI TAKA.
ARTIKEL NI AKU BUAT MASA ORANG DOK KECAM KEDAH TAK MAU NAK LONG BALL DAN TAK BUAT COUNTER ATTACK PANTAS.
________________________________________________
ANALISIS TANGGA AYAM
JANGAN KATAKAN KEDAH BERMAIN TIKI TAKA ALA BARCELONA
Sikit ja aku nak cakap tentang hal ni kerana lani ramai sangat yang dok kata Kedah bertiki taka. Persoalannya adalah adakah semua faham apa itu tiki taka? silap viral nanti 'BANGSA' lain tunggu nak hentam kita ja.
KENAPA BUKAN TIKI TAKA
Aku lebih suka menyebut Kedah bermain dalam konsep FREE FLOWING FOOTBALL. Ini kerana Free Flowing Football merupakakan nama utama yang dibawahnya tercetus frasa-frasa lain seperti Tiki Taka, Total Football, Wengerball, One Touch Football, Joga Bonito, Catenaccio dan sebagainya. Tiki Taka ni merujuk kepada permainan bercorak hantaran pendek, Ball Possesion dan pergerakan pasukan secara total.
Basicly Tiki Taka diadaptasi dari Total Football terapan Johan Cyruff dari belanda yang yang sangat berjaya dieropah dan kemudiannya dikembangkan ke Sepanyol.
PAS DAN UMNO PERLU BERSATU UNTUK ELAK PERPECAHAN UNDI MELAYU DAN ISLAM
PAS DAN UMNO PERLU BERSATU UNTUK ELAK PERPECAHAN UNDI MELAYU DAN ISLAM
AMANAH pecah belah umat Islam dan undi Melayu kata Haji Hadi yang juga Presiden PAS. Dibawah saya sediakan pautan berita yang terkait komentar dari Presiden PAS kepada AMANAH:
•http://www.astroawani.com/berita-politik/kalau-nak-tubuh-parti-baru-silakan-hadi-43380
•https://youtu.be/7gLNZRK3VOI (AMANAH BUKAN TANDINGAN PAS)
•https://youtu.be/7Wju9uQFTaA (AMANAH HANYA PARTI KECIL)
•http://www.astroawani.com/berita-politik/amanah-ibarat-khadam-dap-bukan-saingan-kepada-pas-hadi-awang-101420
Dan banyak lagi. Namun diatas ini antara laporan berita ulasan Presiden PAS kepada AMANAH. Jika diteliti ulasan beliau amatlah tidak wajar Haji Hadi menzahirkan kebimbangannya kepada kewujudan AMANAH hari ini.

Mana Gaji & Elaun guru KAFA... ??
GURU2 KAFA daerah YAN DAN DAERAH LAIN... masih tak dapat gaji.. SETIAP TAHUN MASALAH YG SAMA BERULANG.. BULAN 1, 2 & 3 SELALU MASALAH NI AKAN JADI.
WAKTU BELANJAWAN 2018 DS NAJIB UMUM NK BAGI BONUS. RM1000 PADA BULAN 1. RM500 WAKTU RAYA.. TETAPI SEHINGGA KINI BAYANG BONUS GURU2 KAFA INI MASIH TAK NAMPAK BAYANG. MALAH GAJI YG SEPATUTNYA 9HB MASIH JUGA TIDAK KELIHATAN. BONUS PENJAWAT AWAM LAIN2 DAH DIBAYAR.. KENAPA GURU2 KAFA YG MENGAJAR AGAMA INI SERING DIJADIKAN MASALAH. MACAM MANA MEREKA NAK HIDUP..
PIHAK JAKIM ATAU MAJLIS AGAMA NEGERI SERTA DAERAH YG BERMASALAH ATAU BAGAIMANA?????????
Israel dihati Najib : Dulu lantik APCO sebagai penasihat, kini benar diplomat pula masuk Malaysia
Kenyataan Media
ISRAEL DI HATI NAJIB: DULU LANTIK APCO SEBAGAI PENASIHAT , KINI BENAR DIPLOMAT ISRAEL MASUK MALAYSIA.
1. Terdedah maklumat bahawa antara punca kehadiran diplomat Israel ke Malaysia kerana ‘tekanan diplomatik secara terperinci’ yang dibuat oleh Israel ke atas Malaysia. Ia susulan daripada pendedahan bahawa diplomat Israel berjaya menjijak kaki di bumi Malaysia menghadiri sidang rasmi selama seminggu di Kuala Lumpur *dengan menggunakan pasport rasmi Israel*, dalam keadaan Putrajaya dan Tel Aviv tidak mempunyai sebarang ikatan hubungan rasmi.
2. Difahamkan Israel membawa usul ini ke pejabat Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Anonio Guterres untuk menghadiri sidang Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-HABITAT) di Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia nafi menjemput Israel datang, dengan berdalih menyatakan surat jemputan kepada Israel bukan ditandatangani oleh mana-mana pegawai Malaysia sebaliknya ia ditandatangani Pengarah Eksekutif UN-Habitat, selaras Perjanjian Negara Penganjur (HCA) yang dimeterai antara organisasi berkenaan dan Malaysia.

Pimpinan mana yang khianat pada perjuangan menentang kezaliman Umno BN?
Kenangan silam bersama PAS
Membaca penulisan dibawah teringat masa silam sering mengikuti ceramah-ceramah Ustaz Hadi di Masjid Mujahidin Damansara Utama di tahun 1980'an...
PIMPINAN MANA YANG KIANAT KEPADA PERJUANGAN
1. Dulu-dulu, dalam usrah, kuliah, tamrin, mukhayyam @ (makan ayam) kami anak muda dibakar semangat oleh ulama Pas supaya lawan Umno. Kalau mati kerana lawan Umno, mati syahid. Kalau menang, hidup mulia.
2. Kenapa kena lawan Umno? Sebab pemimpin Umno zalim. Mereka nasionalis, sekularis, pragmatis, tolak Islam. Mereka zalim kpd ulama dan rakyat. Lawan mereka adalah tuntutan Agama.
3. Lalu ayat Al-Quran tentang tegahan cenderung kpd orang yg melakukan kezaliman pun dibaca, dihurai, disyarah dgn panjang lebar. Sokong Umno, sokong orang zalim. Sokong orang zalim kena sambar dgn api neraka. Nak selamat drpd neraka mesti berjuang bersama Pas.
4. Ada pemuda yg letak jawatan dlm kerajaan utk berjuang bersama Pas. Ditukar, kena tindakan disiplin, tak naik pangkat perkara biasa. Pukul 4 ptg balik kerja, terus ke markas Pas buat kerja utk lawan Umno. Ada duit bagi duit, ada tenaga bagi tenaga.
Akhirnya buang saja slogan Tidak Melayu Hilang Di Dunia, kata Miqdad
Mengulas mengenai polisi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengimport berjuta rakyat asing kononnya bagi tujuan pembangunan negara, Ketua AMANAH Marang, Ustaz Miqdad Zakaria berkata, polisi berkenaan boleh membuatkan masyarakat dan keadaan negara menjadi cacamerba.
Kata beliau, kononnya hendak membangunkan negara, kerajaan telah mengimport berjuta-juta warga asing dan nanti jumlah mereka ini akan membiak dan bertambah menjadi berganda-ganda.
“Tibalah saat anak cucu kita bermasyarakat dengan mereka, kalau leka mungkin jadi hamba di bumi merdeka,” tulis beliau dalam Facebooknya.
Menyingkap sejarah negara katanya, pada waktu dahulu British membawa masuk orang India ke negara ini kerana kata British orang Melayu tidak tahu menoreh getah.
“British kata Melayu tak kuat melombong, maka diimport Cina untuk memperkasakan industri bijih.
“Hampir 100 tahun India dan Cina berasimilasi dalam kehidupan berkomuniti dengan masyarakat Melayu, pola demografi penduduk turut tersusun mengikut kaum.
AKHIRNYA ABDUL HADI AKUR KEWUJUDAN AMANAH ADALAH IJTIHAD
1. Kata Abdul Hadi, “Amanah adalah ijtihad yang salah hasil daripada campur tangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja."
2. Kalaulah semenjak awal Abdul Hadi mengakui kewujudan Amanah adalah ijtihad yakni ijtihad politik, bukankah bagus? Ini tidak. Sebaik sahaja tertubuh Amanah, semua binatang dalam zoo dan kalimat buruk dikumpul utk dilonggok ke atas Amanah.
3. Kini, Abdul Hadi mengiktiraf penubuhan Amanah adalah ijtihad, tetapi soalnya mengapa ijtihad itu dihina? Dlm sejarah, tidak ada sesuatu ijtihad mana-mana pihak dihina oleh pihak lain. Semua ijtihad dihormati. Mengapa Abdul Hadi tak pandai hormat ijtihad orang lain?
4. Sama ada ijtihad penubuhan Amanah betul atau salah, bukan Abdul Hadi penentu dan pemutusnya. Kata-kata Abdul Hadi bukan sabda atau firman. Jika Abdul Hadi kata ijtihad penubuhan Amanah adalah salah, orang lain juga boleh berkata ijtihad Abdul Hadi dan Pas utk bersekongkol dgn Umno juga adalah salah.

Najib dicabar jemput pemantau antarabangsa, buktikan tiada penipuan dalam PRU14
AMANAH Wilayah Persekutuan mencabar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput pemantau pilihan raya antarabangsa bagi membuktikan bahawa tiada penipuan dalam pilihan raya akan datang.
AMANAH WP tetap curiga dengan ketelusan sistem pengundian dalam pilihan raya negara ini walaupun ia didakwa telah ditambah baik menjadi lebih telus dan tidak memungkinkan akan berlaku penipuan seperti ditegaskan PM baru-baru ini.
Demikian kata Timbalan Pengerusi Amanah WP Tarmizi Mohd Jam dalam satu kenyataan baru-baru ini.
“Terdapat banyak sebab dan bukti pengalaman daripada pelbagai pilihan raya yang sudah ditempuhi. Namun, ia tidak bermakna rakyat perlu menolak pilihan raya atau merosakkan undi sebaliknya menggesa rakyat Malaysia mengundi sebagai langkah mengalahkan penipuan pilihan raya.
“Yang menghairankan, tiba-tiba Najib menjadi takut dan cemas apabila Pakatan Harapan (PH) mahu mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi memantau Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dikatakan tidak memungkinkan akan berlaku penipuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)