PAS akan dedahkan kelemahan DAP di Pulau Pinang sebagai bukti kegagalan PH.
Bagus! Aku suka. Tapi cuma nak ingatkan, setakat ini yang kata cuba dedahkan kelemahan kerajaan negeri Pulau Pinang, semuanya kalah saman fitnah. Jadi silakan cuba lagi.
Tapi kenapa Pulau Pinang sahaja? Macamana dengan Selangor dan Negeri Sembilan? Itu dua negeri yang diketuai Keadilan. Kan?
Sepatutnya serlahkanlah kelemahan Selangor dan Negeri sembilan sekali sebab Pengerusi Majlis Presiden PH adalah presiden Keadilan. Kan lebih menusuk kalau buat begitu.