Wednesday, August 21, 2019

SERUPA BN, KERAJAAN PH TERUS TIDAK MEMPEDULIKAN M40??

1. Sedikit melegakan melihat DSAI menyeru memberi perhatian kpd miskin bandar. Namun mereka masih menumpukan kpd B40 yg miskin tegar dan miskin yg terperangkap dgn keadaan miskin bandar kerana berhijrah dr kpg dan pendalaman. Ini dinyatakan oleh Rina Harun, Menteri KPLB.

2. Apakah mereka masih di dalam Denial Syndrome atau enggan mengakui bahawa M40 juga ramai yg terperangkap dgn kemiskinan bandar? Saya pernah menulis bahawa M40 dianaktiri dan saya tak akan pernah jemu menyebut lagi bahawa M40 dipinggirkan walau ramai dikalangan mereka yg tinggal di bandar adalah penyokong dan pengundi PH.

Kesian Tuan Ibrahim Tuan Man.. Nyamuk diseberang nampak, gajah depan mata tak nampak

TUITUMAN DAN POKOK JEJAWI

Sedap dengar Tuituman menasihat polis agar jangan sekat Zakir Naik daripada berdakwah kerana perbuatan itu melanggar nas syarak. Cara Timbalan Presiden parti agama itu menasihat polis semacam polis Malaysia jahil sangat dalam hal ehwal agama.

Beliau minta polis beri nasihat agar Zakir tidak menyentuh hal sensitif semasa berceramah. Sepatutnya yang kena beri peringatan kepada Zakir ialah beliau sendiri kerana isu sensitif yang disebut Zakir semasa berceramah dalam kawasannya, Kota Bharu dan Kubang Kerian. Di mana peranan dan kepekaan Tuituman ketika itu.

Beginilah sikap ahli parti agama nampak peranan orang lain yang tidak berfungsi tetapi lupa peranan sendiri untuk dilaksanakan. Ini orang panggil selek kain lupa pakai seluar dalam. Malulah..

Friday, August 16, 2019

Cara mudah hendak report salahguna media sosial, tanpa perlu ke balai polis.!

#VIRALBROADCAST #SEBARKAN_SELUASNYA....

Taknak ke balai Polis utk buat laporan??
SKRG ANDA PUNYA CARA MEMBANTU #PDRM #KDN DAN #SKMM MENGUATKUASAKAN UNDG2 TERHADAP SALAHGUNA KEBEBASAN BERSUARA DI MEDIA SOSIAL.

Yg ini menarik. Keratan dari 2 mksrt kenyataan TSMY (boleh sahkan dgn melawat ke FB Page beliau di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2392917740786771&id=112183975526837 )

Dengan pengesahan Rasmi oleh Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri..KOMEN pun boleh screenshot dan terus report secara online ke akaun Media Sosial #PDRM yg tertera di bawah.

Thursday, August 15, 2019

Hakikatnya.. Semangat jihad ada tetapi ilmu tiada

Oleh kerana semangat kosong tanpa ilmu agama dan ilmu kenegaraan, ada ustaz penjawat awam yang buat kenyataan yang boleh mencetuskan huru-hara berdarah. Beliau mencadangkan supaya orang Islam bersiap sedia dengan parang kerana "mana tau ada orang kafir nak jadi seperti lembu korban". Sangat serius.

Dua atau tiga minggu lepas saya berdialog dengannya sambil makan tengahari. Beliau memberitahu saya bahawa beliau diarahkan berpindah ke Semenanjung dalam masa 24 jam kerana beliau berceramah tentang hudud di sebuah masjid di negeri bawah bayu. Hal itu berlaku sebelum PRU14. Maksudnya, tindakan diambil oleh kerajaan lama.

Ketika saya sembang semasa makan bersamanya, saya tanya ayat hudud potong tangan tu dalam surah apa? Dia baru nak cari dlm Apps Quran dlm phone.

Kedah di bawah pimpinan Mukhriz.. Apa yang ada?

Kedah di bawah pimpinan Mukhriz
PROFESOR DR SIVAMURUGAN PANDIAN


DATUK Seri Mukhriz Mahathir ialah Menteri Besar Kedah ke-11 dan ke-13 dalam sejarah kepimpinan negeri Kedah sehingga ke hari ini. Uniknya, beliau pernah menjadi Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kini mengetuai kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH).

Pada 6 Mei 2013, Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah buat kali pertama selepas BN merampas semula negeri tersebut daripada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selepas 33 bulan atau hampir tiga tahun, beliau melepaskan jawatan kerana UMNO Kedah membuat keputusan tidak menyokong kepimpinannya. Ia dilakukan bukan kerana ketidakupayaan beliau tetapi lebih kepada percaturan politik disebabkan krisis dalaman parti ketika itu.

Ramai yang tidak tahu bahawa beliau melalui pelbagai sepak terajang politik sebelum berada di kedudukan hari ini.

Wednesday, August 14, 2019

Tiga soalan pak aji nak tanya dgn Menteri yg jaga TV Hijrah..?


1. Sudah habiskah ustad2 yg bertungkus lumus bekerja utk memenangkan Pakatan Harapan, sampai kena ambik ustad yg terang2 menentang dan menyerang PH....

2. Apakah ustad2 yg pro PH kurang ilmu berbanding ustad mangkaq UMNO yg diusung masuk ke dlm TV...

3. Menteri yg bertanggungjawab, saja buat2 pekak atau buat2 buta...tidak lagi mempedulikan sensitiviti rakyat yg mengundi PH utk melihat perubahan.

Kalau menteri yg ada gagal utk menjawab tiga persoalan ini, elok lah kot bagi Ust Miqdad Zakaria jer yg jadi Menteri.... Dia lebih tahu apa yg patut dilakukan!

Muhammad Yahaya

Friday, August 9, 2019

Bodohnya Kerajaan PH bilamana tak tiru apa yang Kerajaan PAS lakukan ini!

Dalam minggu ni aku perhatikan, rasanya hampir setiap hari ada Iklan satu muka surat Penuh, kadang2 2 Muka surat program Zakir Naik di Akhbar SInar Harian, dah pasti belanja untuk Iklan saja sudah menelan perbelanjaan puluhan atau boleh pergi ke ratusan Ribu...Bukan sikit perbelanjaan depa..

Selain itu seluruh Institusi Pendidikan,Sekolah dan Pondok dibawah YIK dikerah untuk hadir ke Program mereka semalam.. Bagi aku asalnya program Agama itu baik tetapi diambil kesempatan untuk program Politik..dah jadi mcm Program dan gerak saraf Politik..Duna duit Kerajaan tapi buat kerja Politik.. Malah ahli panel yg dijemput semalam ada diatas nama, dan posisi sebagai Ketua Pemuda UMNO..

KENAPA REPLIKA BUKU DI MENARA DBP HENDAK DIROBOH?

Tahniah DBP kerana berjaya mengesan kerosakan ini dan segera membuat tindakan. Kita tidak mahu tragedi tiang antena runtuh di Bangunan UMNO Penang berulang di menara DBP.

Dan sikap mempolitikan semua benda dan sensitif tak bertempat sangatlah mengecewakan.

Saturday, August 3, 2019

Apakah ekonomi Malaysia ini semakin menguncup/mengecil atau sedang berkembang ?


Ada rakan karya bertanya, apakah ekonomi Malaysia ini semakin menguncup/mengecil atau sedang berkembang ? Jawapan ini mungkin berbeza kpd kalian, tapi ini adalah penelitian kami sendiri.

Pertama, kita sedang rundingkan alternatif utk atasi masalah ekonomi antaranya merundingkan pelbagai perjanjian yg berat sebelah tidak memihak kepada Malaysia.

Ya! Ini memang kerja gali & timbus hutang... tapi ia terpaksa di lakukan. Malaysia pinjam Jepun, utk bayar kepada China. Lebihan terpaksa uruskan pelbagai perkara. Kontranya, kalian kan lihat hutang negara sedikit meningkat seketika dan kan kembali menurun.

Wakil PAS akur "Politik Bukan Akidah" dalam Analisa TV Al-Hijrah semalam.

[ 'ibrah & perjuangan ]

"Politik bukan Aqidah" kata Pas!

Alhamdulillah malam ni wakil Pas sebut & akur sepenuhnya, langsung tak ada beza pandangan dgn Ustaz Fauwaz Fadzil Nor bahawa "politik isu ijtihadi" dan akui "politik bukan isu aqidah" seperti tohmahan teruk yg dilemparkan pada Ustaz Fauwaz & party Amanah sejak sekian lama...

Dan semua menyaksikan wakil Pas malam ini juga akui yg pegang pada politik isu aqidah itu adalah pegangan puak Syiah...

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157268933359876

Syukur sungguh...!

Hujjah ilmiyyah berjaya membenamkan segala #fitnah jahat Pas sejak sekian lama.

UMPAS sedang mengadu domba PH dengan kondem DSAI puji TUN M.

HAHAHA....LIHAT LAH DONNIAA...LEBAI PUNYA ADU DOMBA..!!

1. Skrg Pak Aji kata Anwar tak layak jadi PM. Sampai tahap tu dendam kesumat Pak Aji pd DSAI? 😁 Baca di sini.. https://www.sinarharian.com.my/article/41152/BERITA/Politik/Anwar-tidak-layak-jadi-PM-Abdul-Hadi

2. Bukan ke aku dah kata lebai tak puashati malah sakit hati sbb DSAI tak respon??

3. Lihatlah dunia...dlm keadaan kartel tercari2 "reverse gear"...lebai terus nak adu domba...😅😅

Friday, August 2, 2019

Kerajaan PH tidak peduli bantahan DAP, tulisan khat jawi tetap dilaksanakan


Akhirnya tulisan jawi kembali ke sekolah walaupun dibantah oleh beberapa orang pimpinan DAP. Tulisan jawi ini kembali dalam bentuk penulisan khat.

Nampaknya bantahan oleh DAP tidak dilayan pon oleh Kerajaan PH walaupun ada sesetengah pihak mengatakan kerajaan PH ini adalah kerajaan DAP dan akan buat tindakan berdasarkan telunjuk DAP.

TAHNIAH KERAJAAN PH

PENCINTA JAWI
PENYOKONG PH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...