PH perlu sambung MoU utk elak mudarat lebih besar
Najib cari talian hayat pecat Shafie lantik Zaid
RUU LOMPAT PARTI STRATEGI BARU ISMAIL?
Seperti dijangka ramai pihak, Najib akn berusaha ‘buy time’ atau melengahkan masa mahkamah utk mengelakkan dirinya dari dibawa ke penjara Sg Buluh. Nyata telahan itu tepat apabila Najib memecat Peguam Syafie dgn melantik Zaid.
Tak perlu ulas mengapa sb kita semua dah tahu apa niat di sebalik pemecatan tersebut. Kluster Mahkamah dlm mereka ‘buy time’ masa mahkamah tapi dlm masa sama mereka menekan Ismail Sabri utk membubarkan Parlimen dgn kadar segera.
Tidak cukup dgn itu UMNO telah menghantar surat kpd ROS memaklumkan parti itu telah meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
Ini semua bagi memastikan kedudukan Zahid sebagai Presiden terjamin. Pelbagai cara atau tekanan dilakukan kpd Ismail Sabri malah dlm PAU yg lalu Ismail tidak dilayan seadanya sebagai PM.