Friday, April 6, 2018
Kabinet ‘suram’, Najib dilihat takut selepas parlimen dibubarkan
Gambar itu ditular melalui Whatapps dan Facebook, laman sosial popular di kalangan rakyat negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen mulai esok dalam satu sidang media jam 12 tengahari tadi.
Acaranya yang sepatutnya bermula jam 11.30 dilewatkan kepada jam 12 yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak.
Parlimen pula diumumkan mulai bubar esok bukannya hari ini.
Masanya Telah Tiba, Bersama Rakyat Bangkit Melakukan Perubahan, Undi Pakatan Harapan
KENYATAAN MEDIA
Masanya Telah Tiba, Bersama Rakyat Bangkit Melakukan Perubahan, Undi Pakatan Harapan
Hari ini DYMM Yang Di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen ke-13 yang akan berkuat kuasa Sabtu 7 April 2018
Menurut Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya seterusnya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk mengumumkan tarikh-tarikh penting termasuklah hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-14.
Ini bermakna telah tiba masanya kuasa memilih kepimpinan negara kembali ketangan rakyat Malaysia. Gunalah kuasa membuat pilihan yang amat penting ini demi masa depan anak cucu dan generasi akan datang. Kuasa undi saudara bakal menentukan halatuju negara untuk lima tahun ke depan.

ECRL bakal bawa masuk puluhan ribu pekerja China?
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak pemaju telah memohon kepada Putrajaya untuk mengambil pekerja warga China bagi projek melibatkan proses ambil alih tanah seluas 17,000 hektar atau melebihi 20,000 lot itu.
“Mereka telah memohon untuk merekrut pekerja China kerana peralatan dan jentera yang digunakan adalah teknologi China yang menggunakan bahasa Mandarin untuk sistem operasi dan manual,” jelasnya dalam jawapan Parlimen baru-baru ini.
Beliau berkata, selepas semakan, kerajaan mendapati permohonan untuk pengambilan pekerja asing bagi projek ECRL itu memenuhi semua kriteria dan nisbah kelayakan yang ditetapkan oleh Agensi Kawal Selia.
“Selain itu, perbincangan terhadap pekerja asing dari China sedang dijalankan berdasarkan kes demi kes dan hanya untuk projek-projek kerajaan yang berdampak tinggi akan diluluskan,” katanya.
Dr M: Perlu tunggu saya dibunuh baru polis, tentera sedar?
Beliau mengimbas kembali bekas diktator Filipina Ferdinand Marcos yang hanya dapat dijatuhkan selepas pasukan keselamatan tidak lagi menyokongnya selepas Marcos membunuh musuh politiknya, Benigno Aquino pada 1983.
"Saya ingin mengingatkan anda tentang Marcos...Dia boleh menjadi diktator kerana mendapat sokongan polis dan tentera.
"Tetapi selepas dia membunuh Aquino, polis dan tentera memutuskan untuk tidak lagi menyokongnya dan dia pun dijatuhkan.
Kesian NAJIB.. sampai last minute pun dia berkempen nak puji BN
NAJIB TERSASAU DAN GEMETAR
Najib mengambil masa lebih 20 untuk mengumumkan pembubaran parlimen pada 7 April, Sabtu. Masa pengumuman beliau mengambil kesempatan saat ditunggu itu menceritakan kejayaan kepimpinan kerajaanya.
Menurutnya 99.4% akur janjinya kepada rakyat dalam tempoh lima tahun dipenuhi.
Ada kalanya Najib tersasasu untuk menyebut perkataan “serta” ini menunjukkan gelora dan gemetar jiwanya untuk menerima pilihan raya ke 14 yang akan diumumkan paling lewat Isnin depan oleh SPR.
Najib juga seperti biasa menerang-nerang suaranya menegaskan mengenai keyakinannya agar rakyat memberi sokongan kepada partinya. Beliau juga berbangga yang Malaysia dibawah pimpinannya terkenal seantero dunua. Saya bersetuju kenyataan Najib ini seluruh dunai mengenali dan menyebut-nyebut nama Malaysia angka skandal 1MDB. Trims.
Najib umum Parlimen bubar esok
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan berkuatkuasa esok untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 12.00 tengah hari ini selepas menghadap dan mendapat diperkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
“Saya ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya telah pun menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan menyembah warkah kepada Baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubarkan pada hari Sabtu, 7 April 2018,” katanya di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyaurat kabinet terakhir.
Hadir sama pada sidang akhbar melalui televisyen dan Facebook rasmi Najib dari Pejabat Perdana Menteri itu adalah timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet.
Susulan itu, perdana menteri menasihatkan semua ketua menteri dan menteri besar, kecuali Sarawak, untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum negeri dapat diadakan secara serentak.
Sejarah bakal tercipta - Bersatu diharamkan, PH tak diluluskan namun NAJIB BN tetap kecundang
SEJARAH BAKAL TERCIPTA - BERSATU DIHARAMKAN, PAKATAN HARAPAN TAK DILULUSKAN, TAPI NAJIB TETAP KECUNDANG
Walaupun Bersatu sudah menghantar jawapan dan menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan atau RoS pada 28 Mac lalu, kemungkinan parti pencabar UMNO itu akan dibatalkan pendaftarannya adalah cerah sekali.
Melihat kepada beberapa renteran peristiwa antara RoS dan Bersatu sejak kebelakangan ini, tidaklah sukar untuk memahami bahawa sebab-sebab seolah-olah sedang dicari untuk melemah dan membatalkan pendaftaran parti itu.
Berbanding Bersatu, layanan RoS ternyata berbeza terhadap UMNO yang kali terakhir mengadakan pemilihan setiap tiga tahunnya pada 2013, kemudian membuat penangguhan selama 18, tetapi selepas tempoh itu berakhir pada 2018, RoS dengan senang hati memberi kebenaran penangguhan lagi sehingga 2019 meskipun tiada peruntukan berhubung penangguhan kali kedua itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)