Friday, February 7, 2020

Bekas MENTERI BN beritahu mahkamah dia didesak NAJIB & ROSMAH meluluskan PROJEK SOLAR.

Projek solar: Saya ditekan Najib, 'mem' dan Rizal, kata bekas menteri
News | Diterbitkan 6 Feb 2020, 6:17 petang | Dikemaskini 6 Feb 2020, 6:40 petang


KES ROSMAH | Bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau didesak meluluskan projek tenaga solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak pada 2016.

Tekanan itu didakwa datang dari perdana menteri ketika itu, Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan pembantunya Rizal Mansor.

Dalam kenyataan saksi yang dibacakan hari ini, Mahdzir berkata beliau didatangi Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin pada tahun 2015 dengan cadangan menggantikan sistem penjanaan elektrik yang digunakan oleh 369 sekolah di luar bandar Sarawak dengan sistem hibrid solar.

"Saya menolak cadangan Saidi pada masa itu kerana Kementerian Pendidikan terikat dengan kontrak perkhidmatan sedia ada.

"Saya juga mempunyai keraguan tentang keupayaan Jepak untuk melaksanakan projek hibrid solar," kata Mahdzir.

Berikutan itu, Mahdzir berkata beliau menerima arahan bertulis daripada Najib pada 16 Disember 2015 untuk meluluskan projek yang dipohon oleh Jepak.

DILEMMA MUAFAKAT NASIONAL (MN) ATAU PAKATAN NASIONAL (PN)???




1. Sehari menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dikatakan menjadi penentu halatuju, samada Umno akan terus mengukuh Muafakat Nasional (MN) atau bersama Tun Mahathir membentuk Pakatan Nasional (PN).

2. Umno dan Pas sebenarnya berada dalam dillemma yang mahakarma kerana telah terhidang di depan mata, dua pilihan yang memberi impak bertentangan. Kekal MN atau Gerak PN?

3. Kekal haluan bersama MN, Umno dan Pas mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU15. Namun syarat asasnya ialah, Tun Mahathir mesti kekal sebagai Perdana Menteri hingga habis penggal. Jika DSAI jadi PM8 Mei ini, impian Umno dan PAS untuk menang PRU15 menjadi sangat kabur.

4. Pilihan kedua ialah, Umno dan PAS bersama membentuk kerajaan segera PN acuan Tun Mahathir. Ya mereka mungkin cukup bilangan, tetapi haluan ini sangat berisiko yang boleh menyebabkan impian menang PRU-15 berkecai.

5. Seyogia diingatkan, bebanan paling besar yang ditanggung oleh PH selama menjadi kerajaan hari ini ialah keberadaan Tun Mahathir. Kebencian rakyat akan berganda apabila pengkhianatan demokrasi berlaku, kerajaan berubah tanpa pilihanraya, negara tidak stabil, menteri bertukar begitu menyusahkan, polisi hilang arah, pelabur kekal bungkam, ekonomi makin hancur dan rakyat terus tersepit. Ada berani?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...