Wednesday, December 7, 2022

Bosan dengar ceramah politik mahiaddin.


 Bosan dengar ceramah politik mahiaddin. 

Balik2 cerita sama "dah ada 115 Sd".
Balik2 cerita sama "dah dapat surat pengesahan terima dokumen dari istana"

Hantar 115 SD pukul 4 pagi dgn harapan dititah angkat sumpah pukul 10pagi? 

Surat pengesahan "dah terima dokumen" tu bukan surat pengesahan kamu akan dilantik jadi PM". Tu sekadar satu kenyataan bahawa apa yg hantar tu pihak istana sudah ambil maklum.

Takkan benda simple macam ni kau tak boleh nak brain? Pernah lihat tak pejabat2 kerajaan bila kita hantar dokumen rasmi akan cop "diterima" atau ada kala bg kita satu salinan dan cop "diterima" siap dgn tarikh dan masa? Lebih kurang macam tu la surat yg kau dapat tu.

Bukan surat pengesahan apa yg kau hantar tu dah cukup utk melayakkan kau jadi PM. Kau hantar 221 sd pun akan dapat benda yg sama jugak dulu iaitu SURAT MAKLUM DOKUMEN TELAH DITERIMA.

Lepas tu meroyan konon bila dia dah hantar 115 SD mana mungkin ada pihak lain yg dapat majoriti. Ye betul kalau betul kamu ada 115 SD maka tak ada siapa yg lain ada majoriti.

MAI NAK HABAQ.. TANG MANA NAK MULA SIASATAN HILANGNYA RM600JUTA..!


 RM600 BILLION PERUNTUKAN HILANG RM600JUTA...

Ramai yang minta disiasat apa yang Mahiaddin buat dengan perbelanjaan RM600 bilion. Sebelum ini siapa pun tak ambil tahu Mahiaddin belanja sebanyak itu sehingga Sanusi yang amat cerdik cerita dalam ceramah dia.

Kata Sanusi mafhumnya bahawa semasa Lim Guan Eng jadi Menteri Kewangan selalu disebut bahawa Kerajaan tak ada duit (siap dengan lenggok pelat cina Sanusi dok permain) tapi bila Mahiaddin jadi PM, Kerajaan pimpinan Mahiaddin belanja RM600 bilion katanya.

Untuk siasat perkara macam ni yang keluar selamba dari mulut Sanusi yang puaka tu memang agak sulit tetapi sebelum ini aku sudah tulis berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara tapi tak tahu apa tindakannya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...