Monday, September 13, 2021

BROUGHT IN DEAD.. Apakah kita pakat bertawakkal saja..??

 


Kes kematian akibat Covid-19 di Kedah yang dilaporkan pada 12 September 2021 berjumlah 36 kes, 29 daripadanya atau 80.5 peratus adalah dikategorikan sebagai 'brought in dead' atau kematian di luar hospital.
 
Trend kematian di luar hospital atau BID di negeri ini semakin membimbangkan terutama selepas kemunculan varian baru yang dikatakan tidak mempunyai sebarang gejala. Varian baru ini telah mula dikesan dan merebak di Kedah sejak awal Julai lalu.
 
Namun sehingga kini belum ada tanda-tanda sebarang usaha gigih dilakukan oleh pemerintah negeri untuk mengekang penularannya selain masih bergantung kepada strategi sekatan pergerakan dan menunggu kadar vaksinasi lengkap meningkat dengan sendirinya. 
 
Maksudnya kita pakat bertawakkal saja laa..
 
~grand imam vip~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...